Viral

Pentas Pavilion KL ‘meletup’ ketika fashion show, netizen anggap teguran Allah

Tular sebuah video memaparkan satu kawasan berdekatan pentas dalam pusat beli-belah Pavilion di Kuala Lumpur mengalami letupan kecil yang berlaku petang semalam.

Rakaman itu dikongsi pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi ketika dia sedang menunggu giliran untuk memperagakan koleksi pakaian sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW 2022).

 

“Paknil tengah tunggu giliran nak masuk untuk walk baju @Neonate Clothing Co. Tiba-tiba…,” tulis Aznil atau mesra dipanggil Paknil menerusi hantaran di aplikasi TikTok.

 

Sementara itu, tular sebuah lagi video perkongsian di akaun Facebook Rizal Hakimm Punyer yang turut memaparkan kejadian sama tetapi dari sudut berbeza yang dirakam orang awam.

Kejadian mencemaskan di KLFW 2022

Kedua-dua rakaman tersebut memperlihatkan beberapa anggota keselamatan sudah bersiap sedia bagi memadam kebakaran sebelum muncul letupan kecil itu dipercayai berlaku di belakang pentas.

Meninjau komen pada posting di Facebook, rata-rata netizen meninggalkan komen dari sudut berbeza dengan menganggap kejadian itu adalah teguran daripada Allah SWT.

Menurut segelintir netizen, tiada keperluan untuk mengadakan pertunjukan fesyen seperti itu kerana menyifatkan acara berkenaan seperti melalaikan serta tiada manfaat kepada orang

Banyak sangat benda ‘lagha’

 

 

Baru tegur sikit dah gelabah

Banyak dah petanda ni…

Peringatan Allah terhadap kemungkaran

Pakaian entah apa-apa?

 

Bagaimanapun, memetik kenyataan Pavilion KL pagi ini, punca kejadian adalah disebabkan alatan kabel terlalu panas namun sudah diganti dengan baharu selain tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan.

Sumber: TikTok @datukaznilnawawi , Facebook Rizal Hakimm Punyer & Pavilion KL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *