Viral

“Makin meluat pula dgn tindakan u doc” – Dr Rafidah Terima Masej. Isi Kandungan Buat Dia Terus Bl0ck

Susulan kes kehilangan wang dalam akaun CIMB, nampkanya sehingga hari ini isu tersebut masih belum temui tanda-tanda penyelesaian

Hari ini Dr Rafidah memuat naik perkongsian perkembangan terkini kes terdebut serta memberi beberapa saranan

Selamat Tinggal CIMB
Part 5

 

“Pertama, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang memberi semangat dan menyokong perjuangan ini. Kepada kesemua yang telah menghadapi masalah yang sama seperti saya, saya bersimpati dengan apa yang telah berlaku.

Saya nampak terlampau ramai yang pernah melalui pengalaman duit lesap dari akaun masing-masing. Lepas itu, bank kata mereka tidak boleh buat apa-apa. Kasihan rakyat Malaysia.

Saya telah e-mel Bank Negara Malaysia dan akan susuli dengan e-mel yang lebih terperinci sebentar lagi. Semoga Bank Negara Malaysia dan pihak Kementerian Kewangan dapat meneliti kes-kes yang seumpama ini yang telah dihadapi oleh ramai masyakarat Malaysia.

 

Antara saranan saya adalah:

1. Pastikan ada ruang untuk masyarakat yang terkesan mendapat maklum balas dan tindakan susulan yang telah dan akan dibuat tentang kehilangan wang mereka. Dont leave people in the dark. Dont sweep under the carpet. The banks should take responsibility and refund back the amount ASAP. Kesian Pak Cik, Mak Cik, pelajar-pelajar dan yang mungkin sakit memerlukan duit rawatan.

2. Pihak bank sepatutnya bertanggungjawab. Tidak sepatutnya konsumer disalahkan 100%. Mohon mereka mempertingkatkan dan mengetatkan sekuriti di setiap bank. Mohon ada transparensi dan memberitahu rakyat permasalahan dan cadangan penambahbaikan.

Ada beribu orang di belakang saya yang mahukan tindakan dan perubahan di dalam sistem perbankan negara ini. Dont make us lose faith in the financial system.

Rafidah Abdullah
Akan perjuangkan rakyat Malaysia.

Dr Rafidah Terima Masej Salahkan Beliau

“Nak tergelak saya baca.

” Firstly, my fault? CIMB beri telefon KEDUA register akaun CIMB Click. Yang saya tidak pernah buat selama 30 tahun? iPhone 6 pulak tu? Tak suspicious ke benda tu? IT CIMB mana? Tidur?

Asyik salahkan orang lain ya

Blame patient? Saya BERITAHU mereka yang Itu faktor buah pinggang rosak sebab produk sampah, yes. That’s not blaming.

And finally, saya tolong pesakit-pesakit saya. Unlike all of you banks-you DO NOT care about consumers.

“And yes, saya dah BLOCK.” kongsi Dr Rafidah di facebook beliau

Duit Dr Rafidah RM13,000 lenyap secara tiba-tiba dalam akaun CIMB.

Terbaharu, Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah telah berkongsikan berkenaan kerugian RM13,000 daripada tiga transaksi tidak sah yang dibuat pada akaun simpanannya. Menerusi hantaran Facebook, beliau meluahkan kekecewaan terhadap tahap sekuriti yang disediakan oleh CIMB.

Perkara ini sangat mengejutkan kerana sebanyak tiga transaksi yang dibuat menerusi CIMB Clicks berjumlah RM13,000 pada 2.00 pagi hingga 2.30 pagi di akuan simpanannya tidak diberi sebarang amaran termasuklah nombor TAC. Malah, wang simpanan tersebut hilang sebegitu sahaja.

Beliau sudah pun membuat laporan polis dan menerima maklum balas daripada pihak CIMB yang mengatakan individu yang mengodam sudah mengeluarkan wang dan wang itu tidak boleh dikembalikan.

Menerusi hantaran terbaru, beliau telah menegaskan bahawa tidak pernah memuat naik aplikasi yang mencurigakan malah telah memadam kesemua aplikasi dan menetap semula peranti selepas kejadian tersebut.

Dr Rafidah juga baru sahaja dihubungi pihak bank terbabit dan dimaklumkan kejadian itu berpunca daripada satu pautan yang diakses daripada telefon miliknya beberapa hari yang lepas. Pautan ini membolehkan penambahan lagi satu peranti iaitu iPhone 6 suspek untuk mendaftar pada akaun miliknya.

Perkara ini bagaimanapun menjadi persoalan kerana selama 30 tahun menggunakan CIMB, tidak pernah sekalipun beliau mencuba mendaftar peranti baharu. Bukan sahaja boleh menambah peranti semudah itu, malahan mampu membuat transaksi tanpa perlu TAC.

Jadi, beliau mengesa pihak bank agar meningkatkan ciri keselamatan demi menjamin keselamatan pengguna sekaligus boleh mengelakkan insiden ini berulang lagi.

Pada hantaran utama, beliau mengucapkan selamat tinggal pada CIMB dan mahu menutup akaun dalam waktu terdekat dalam masa yang sama meminta orang ramai turut berhati-hati.

kredit: Dr Rafidah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *