Viral

Nabil Ahmad anggap kerugian terlepas konsert Billie Eilish satu rahmat

Pelawak dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad bersetuju dengan pandangan warganet yang mengatakan dia dan keluarganya terhindar daripada perkara melalaikan ekoran terlepas menyaksikan konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, semalam.

Memetik portal Harian Metro, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad mengakui tersilap melihat tarikh konsert tersebut namun menganggap ia adalah sebagai satu rahmat buat mereka sekeluarga.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Itulah ramai yang komen benda itu ‘lagha’ (melalaikan). Saya pun rasa benda yang sama. Memang Allah nak mengelakkan kita daripada bersama dengan benda-benda macam itu.”katanya.

Nabil berkata, dia sebenarnya membeli tiket konsert hanya disebabkan mahu anak-anak merasai ‘aura’ konsert artis antarabangsa dan sekaligus ia bakal menjadi pengalaman pertama buat mereka sekeluarga. Tambah Nabil, mereka tidak pernah pergi ke mana-mana konsert kecuali pementasan Disneyland bersama anak-anak.

“Sebenarnya saya beli tiket di bahagian tempat duduk yang dikatakan jauh dari pentas. Kami pun tak pernah tengok konsert, selalu hanya ke pementasan Disneyland bersama anak-anak.

“Jadi bila mereka dah besar, saya nak ajak mereka merasai konsert artis antarabangsa. Lagipun ini bakal menjadi pengalaman pertama kami sekeluarga. Saya sendiri pun sebenarnya nak melihat cara produksi antarabangsa bekerja dan bagaimana mereka mengendalikan konsert itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

 

Dalam pada itu, Nabil menyangka konsert Billie Eilish itu akan berlangsung selama dua malam dan dia tidak perasan sangat mengenai tarikh tersebut memandangkan ia tidak berapa penting.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata ini, dia baru sahaja membeli tiket itu kelmarin atas permintaan anak-anak dan menyangka tiket yang dibeli itu adalah untuk hari Jumaat.

“Ya Allah betul saya tak perasan tarikh sebab benda itu tak berapa penting. Saya beli kelmarin sebab anak-anak yang nak. Anak ada beritahu kawannya pergi pada Khamis, jadi saya menyangka tiket kami untuk Jumaat. Saya sebenarnya terkeliru antara malam Jumaat dengan hari Jumaat,” katanya lagi.

 

Mengulas lanjut, Nabil tidak menafikan banyak komen yang diterimanya dengan menyatakan Allah melindungi mereka sekeluarga dan ia adalah sebagai peringatan kepadanya.

 

Terdahulu, Nabil mendedahkan dirinya terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM2,540 gara-gara terlepas menonton konsert Billie Eilish sebelum membuat panggilan telefon kepada isterinya untuk memaklumkan perkara tersebut.

 

 

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *