Viral

[VIDEO] “Kesian Tengok Muka Menahan Malu..” – Netizen Sedih Kak Long 7E Diperlakukan Seperti Lembu?

Heboh mengenai video kontroversi milik usahawan terkenal, Datuk Alif Syukri bersama Baby Shima dalam mempromosi lagu mereka berjudul ‘Baby Sayang’.

Aduhai, sanggup pula tu Kak Long 7E jadi macam tu”

Netizen simpati tengok Kak Long, mungkin terpaksa terima sebab terdesak ”

Ekoran itu, muncul pula video terbaharu yang memaparkan gandingan Aliff Syukri, Baby Shima dan individu digelar Kak Long 7E dalam satu video di TikTok.

Kak Long 7E pernah menjadi bualan hangat orang ramai dahulu akibat menampilkan perbuatan kurang ajar menegur staf kedai serbaneka 7 Eleven.

 

Video tular berdurasi 21 saat itu telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen yag meluahkan rasa kesal dan simpati apabila melihat Kak Long 7E diperlakukan seperti lembu.

Alif Syukri seakan menarik Kak Long 7E yang ‘ditunggang’ (diduduk) oleh Baby Shima seperti gaya menaiki lembu atau kuda.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berkata mereka seakan nampak perit Kak Long 7E dalam mencari rezeki untuk menampung kehidupan seharian.

Ada juga segelintir daripada mereka yang mengakui sebelum ini ‘meluat’ dengan Kak Long 7E namun mereka tidak sanggup melihat keadannya diperlakukan seperti itu.

Namun begitu, ada juga sesetengah daripada mereka yang membidas komen simpati orang ramai dengan berkata Kak Long 7E diberi pilihan sama ada untuk menolak mahupun menerima tawaran daripada Aliff Syukri.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak lebih 200,000 tontonan, 600 komen dan 3,000 tanda suka.

Sumber:Xtra.com

 

“Mak w4rning, Mak m4lu”, Bonda Rozita Bagi Aliff Syukri Tempoh 24 Jam, Ini Yg Berlaku.

Ibu usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim meminta anaknya memadamkan klip video teaser lagu dangdut berjudul Baby Sayang nyanyian duetnya bersama penyanyi, Baby Shima di lama Instagram ahli perniagaan berkenaan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya hari ini, Rozita meminta agar anaknya itu memadam video klip tersebut dalam tempoh 24 jam.

Rozita berkata, dirinya malu dengan tindakan anaknya itu seolah-olah melebihkan dunia sehingga sudah tiada adab dan akhlak demi sebuah konten.

“Ni baiklah Mak warning (beri amaran) Mak malu. Percayalah… tidak akan barakah rezeki dan nikmat kehidupan jika hilang rasa malu, melebihkan dunia sampai dah tak ada adab dan akhlak demi kerana content (kandungan media sosial).”tulisnya.

Dalam pada itu, Rozita memberitahu dirinya sudah menasihati anaknya itu untuk memadam klip video berkenaan tetapi usahawan itu masih berdegil sehingga membuatkan dia terpaksa berkongsi dan merayu di media sosial.

Rozita berkata, perbuatan tersebut sungguh memalukan dirinya, maruah cucu-cucunya di sekolah termasuk menantunya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang menjadi mangsa cemuhan warganet.

“Penat dah jiwa mak, Kri (Aliff Syukri). Kesian air muka, maruah cucu-cucu mak sampai terpingga-pingga di sekolah, dihina orang. Mak dan Ida (isteri), anak-anak tak bersalah. Kami jadi mangsa kamu dan netizen menghina kami.”luahnya lagi.

Rozita dalam hantaran itu turut merayu kepada Aliff Syukri supaya memadam video klip berkenaan yang menyebabkan keluarga mereka dicemuh dan dihina netizen.

“Kasihan pada arwah abah, nenek… Kri baik dan sayangkan makkan jadi mohon delete (padam).

“Kri hanya ada mak je (saja) orang tua – pandang Ida (isteri) – anak-anak – kami tak bersalah kri , nak ke mak atau Ida mati kerana tertekan,” katanya.
Tambah Rozita, usahawan itu seharusnya tahu bahawa malu merupakan sebahagian dari iman dan nasihat itu sebenarnya pakaian dan makanan roh.

Malah, Rozita mendoakan agar media sosial anakya itu ditarik agar dapat mengurangkan maksiat lebih-lebih posting yang ‘tidak cerdik’ yang menampakkan Aliff Syukri suka orang ramai mengecam mereka sekeluarga.

“Mak doakan satu je supaya media sosial Kri Allah tarik ..!! Insya Allah baru kurang maksiat kamu posting benda-benda yang nampak tak cerdik. Suka ke orang hina mak dan family (keluarga) kita?”luah Rozita Ibrahim lagi.

Terdahulu, klip video Aliff Syukri dan Baby Shima menerima kecaman ramai kerana dikatakan berunsur lu.cah. Bagaimanapun, penyanyi wanita itu menyalahkan ramai kerana terlalu berimaginasi dengan mengatakan video tersebut tidak senonoh.

Sumber: Facebook Rozita Ibrahim, OhMyMedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *