Viral

“Pelajar diminta pulang ke rumah”-Ini Yg Berlaku Kepada Pusat Tahfiz Selepas Diserang 5 Lelaki

LIPIS: Pusat tahfiz di Jalan Cheneras di sini yang diserang lima lelaki kerana didakwa tidak berpuas hati dengan pembayaran makanan di pusat itu sunyi tanpa pelajar.

Tinjauan mendapati kesemua pelajar diminta pulang ke rumah masing-masing dan hanya akan menyambung semula pengajian pada September ini.

Semalam, tular dua video memaparkan lima suspek bersama seorang pelajar pergi ke pusat tahfiz tersebut dengan tiga daripadanya menyerang seorang penjaga dan pelajar di pusat tahfiz itu.

.Difahamkan pusat tahfiz itu mula beroperasi pada tahun 2016 membabitkan seramai 25 pelajar majoriti dari daerah ini dan dua lagi berasal dari Gua Musang, Kelantan.

KEADAAN Pusat Tahfiz di Jalan Cheneras di Lipis yang sunyi selepas kejadian diserang lima lelaki termasuk seorang pelajar pada Khamis lalu.- UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI

Selain itu, difahamkan seramai dua tenaga pengajar dan tiga mudir berkhidmat di pusat tahfiz itu sejak ia mula ditubuhkan

Semua Suspek Serang Pusat Tahfiz Di Lipis Sudah Ditangkap

Terkini! Polis menangkap tiga lagi suspek kes pukul seorang pelajar dan guru pusat tahfiz di Jalan Cheneras di sini yang tular semalam pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, dua suspek termasuk lelaki utama yang mencetuskan kejadian itu ditahan di Perhimpunan Yamaha RXZ 4.0 di Kuala Terengganu pada pukul 2 pagi Sabtu.

Seorang lagi di tahan di Felda Lepar Utara Satu, Jerantut pada pukul 8 pagi.

“Ketiga-tiga suspek berusia 30-an dibawa lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis untuk proses dokumentasi sebelum mendapat perintah reman dari mahkamah” katanya

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksa4n kerana mer. usuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksa4n kerana pencerobohan kawasan”.

Tiga suspek yang ditahan pada hari ini juga positif d4dah jenis heroin dan turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta D4dah Berb4haya 1952.

Semalam polis memberkas dua suspek di Kampung Damak, Jerantut selepas kejadian tersebut dan juga didapati d4dah jenis Meth4mphetamin.

Tangkapan kelima suspek itu dibuat berikutan polis menerima laporan selepas mereka tersebut menyerang pusat tahfiz dan menceder4kan dua mngsa semalam.

“Kejadian ini dipercayai berpunca akibat suspek tidak berpuas hati terhadap penjaga pusat tahfiz berkenaan berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz itu,” kata Azli.

sumber:limauasamboi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.