Viral

“Betul, Allah uji dengan suami” Kecewa Dengan Musik video tersebut, Ini Kata2 isteri Aliff Syukri…

Hangat diperkatakan video memaparkan aksi menari ghairah bersama Baby Shima sehingga dikecam teruk, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya sebentar tadi, Aliff turut memohon maaf kepada ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.

BACA: “Dah Sedia Ke Tanggung Dosa Penonton?” – PU Syed Tegur Aliff Syukri

“Kepada semua, saya nak mohon kemaafan dan kekhilafan selama saya berada di media sosial ini. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki terutama mak dan isteri saya. Saya minta maaf banyak-banyak,” katanya.

Dilihat menangis teresak-esak, Aliff berkata dia membuat keputusan undurkan diri dari media sosial demi ibunya, isteri serta anak-anak. Ujarnya lagi, dia menyifatkan kali ini adalah ujian paling berat buat dirinya.
“Demi mak saya, bini saya, anak-anak saya, saya tak nak main media sosial dah. Saya minta maaf banyak-banyak. Terima kasih atas sokongan semua kepada saya. Sesungguhnya ini dugaan paling berat buat saya. Doakan yang terbaik buat perniagaan saya,” katanya.

Sementara itu, pada kapsyen video tersebut Aliff turut mengucapkan selamat tinggal pada akaun Instagram miliknya itu yang mempunyai pengikut mencecah 4.3 juta. Aliff turut mengatakan dia hanyalah insan kerdil yang mempunyai banyak dosa serta mendedahkan dia sebenarnya sakit mental.

“Selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang saya nak berpisah dengan awak dan nak ada kawan banyak seperti ini. Saya akan rindu momen dan memiliki 4.3 juta kawan dan semua media sosial saya termasuk Facebook dan TikTok yang berjuta-juta.

“Saya hanyalah insan kerdil yang banyak dosa. Saya sebenarnya ada sakit mental dan dah tak tahan. Dari kosong sampai ke tahap ini, saya redha dan ikhlaskan demi kebaikan semua. Doakan yang terbaik buat saya,”tulisnya

Terdahulu,

Semalam, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi dikecam apabila memuat naik paparan muzik video lagu dangdutnya menari ghairah bersama Baby Shima.

Video itu turut mendapat perhatian Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri yang memberikan teguran kepada Aliff supaya membatalkan hasrat melancar muzik video tersebut

“Sekali lagi Aliff Syukri buat kontroversi dengan merakamkan album atau lagu dangdut terbaharu. Saya tak pasti sama ada sedar atau tak perbuatan merakamkan lagu dangdut kalau berunsur keagamaan atau bagi nasihat tak jadi masalah.

“Tapi jemput artis yang goyang gerudi dan macam-macam. Saya tak kenal siapa artis tersebut. Cuma saya harap pihak Alif Syukri tidak menerbitkan lagu ini dan tidak didedahkan kepada masyarakat. Ini bukan sesuatu yang sihat,” katanya.

PU Syed turut mengingatkan Aliff supaya memikirkan perasaan isteri dan anak-anak melihat aksi tidak sepatutnya itu yang dipertontonkan di khalayak ramai.

“Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuan kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang. Apa yang kamu mahu dedahkan kepada masyarakat.

“Cukup kenyangkah kamu dengan kecaman orang? Sering kali kamu keluarkan kontroversi sampai terpaksa orang lain pula bagi nasihat,” katanya.

Dalam pada itu, PU Syed berharap agar Aliff berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan perkara dilarang agama serta bertanyakan adakah dia sudah bersedia menanggung dosa orang ramai.

“Kamu ada nama dan pangkat, tolonglah berfikir sebelum melakukan perbuatan mungkar. Fikir halal haram, fikir pahala dan dosa dan fikir mati kita.

“Saat kematian kita bagaimana. Adakah kamu bersedia untuk menanggung segala dosa penonton yang menonton video dangdut mengarut kamu ini?

“Fikirkan bersama wahai Aliff Syukri. Datuk Seri minta maaf saya tak sebut pangkat. Yang penting nama kamu Aliff Syukri, yang penting kamu takut kepada Allah SWT lebih daripada kamu takut kehilangan harta sendiri,” katanya.

 

 

Sumber: ROTIKAYA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.