Viral

“Saya minta maaf sentuh isu gaji & komisen pekerja Machines” – Bunga

Sebelum ini, tular di laman sosial penyanyi Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari meluahkan rasa kesal terhadap layanan buruk yang diterimanya daripada pekerja dari premis Machines di KLCC.

 

Luahan yang dilemparkan oleh penyanyi itu ternyata mendapat pelbagai reaksi ramai sehinggakan ada seorang pengguna Instagram tidak bersetuju dengan kritikan yang diberikan olehnya berkenaan pekerja Machines tersebut.

 

Perkongsian tersebut telah berjaya meraih perhatian Bunga dimana dia menjelaskan menerusi Story Instagramnya, pada hari kejadian keadaan premis tersebut tidak mempunyai ramai pelanggan dan mempunyai bilangan pekerja yang ramai.

 

Jelasnya, dia sudah menunggu lebih 20 minit untuk mendapat layanan oleh pekerja di premis tersebut meskipun pada ketika itu pekerja yang berurusan dengannya tidak sibuk bersama pelanggan lain.

 

Tegas Bunga, memandangkan dia sebelum ini mempunyai pengalaman bekerja sebagai promoter, dia mengetahui cara sebenar untuk melayani pelanggan dengan baik dan bukan seperti yang diterimanya daripada pekerja premis tersebut.

 

Bagi penyanyi kelahiran Perak itu, setiap pelanggan dan pekerja perlu menghormati antara satu sama lain tanpa menghakimi seseorang daripada luaran sahaja.

 

Bukan itu sahaja, Bunga turut mengakui kesilapannya dalam menyentuh isu gajinya serta komisen pekerja tersebut dalam video sebelum ini dan memohon maaf atas kecuaiannya itu.

 

Malah, penyanyi yang berusia 22 tahun itu berharap tiada salah faham yang akan berbangkit selepas ini serta masing-masing perlu belajar dari kesilapan dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

 

Sumber: TikTok @yanaothmannn, Instagram @bungaisme

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.