Viral

Shahrol Shiro dilantik Ahli MPK, janji selesaikan isu gangguan gajah liar

Sejak kebelakangan ini, nama pelawak yang terjun ke bidang politik, Shahrol Shiro sempat ‘panas’ apabila dia menyentuh perihal isu stesen radio sehingga mencetuskan perdebatan termasuklah rakannya dalam kumpulan Shiro, Ajak.

 

Isu tersebut berlarutan sehingga Ajak meluahkan apa yang terpendam kepada media dengan memetik sekali sikap Shahrol selama ini.

 

Enggan memanjangkan isu, Shahrol dilihat tidak membuat sebarang penjelasan dan perkara berkenaan berlalu begitu sahaja.

 

Dilantik Ahli MPK

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru pelawak asal Johor itu, dia telah memuat naik video ketika dilantik menjadi Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK) 2022/2023.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

 

Terasa besar tanggungjawab yang digalas

Dalam kapsyen yang disertakan, Shahrol mengakui bahawa tanggungjawab yang digalas selepas mengangkat sumpah sememangnya sangat berat namun akan berusaha bergerak bersama menteri untuk memberi manfaat kepada penduduk Kluang.

 

“Tangan kita ringan semasa mengangkat sumpah tetapi tanggungjawab dan amanah yg dipikul amat berat.Semoga barisan ini dapat bergerak bersama memberi manfaat penduduk Kluang.Kepada Allah kita berserah,” tulisnya.

Akan segera tangani masalah gajah liar

Dalam laporan yang dikeluarkan Utusan Malaysia pula, pelawak berusia 38 tahun itu memaklumkan akan berusaha menangani  gangguan gajah liar di kawasannya walaupun isu tersebut sudah lama terjadi.

Walaupun sudah lama berlaku kejadian seperti ini, namun masih belum ada tindakan konkrit dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk syarikat yang bertanggungjawab membina kawasan kediaman ini.
“Jika sebelum ini kumpulan gajah berkenaan hanya mengganggu tanaman yang ditanam di pinggir kawasan kediaman berkenaan, namun sejak akhir-akhir ini gajah sudah berani untuk masuk lebih dekat ke rumah penduduk.
“Apa yang dibimbangi adalah sekiranya ada provokasi daripada penduduk akan menyebabkan kumpulan gajah berkenaan marah dan mungkin boleh mengakibatkan keadaan lebih buruk termasuk kematian,” katanya

 

Terdahulu, majlis Angkat Sumpah MPK telah diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di hadapan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Norliyati Md. Nor dan Setiausaha MPK, Mohamad Yazid Baharudin.

Shahrol yang mula berjinak-jinak dalam dunia politik sekitar 2019 telah  dilantik sebagai Penolong Bendahari Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kluang dan terus aktid dalam politik di Johor sehingga kini.

 

Sumber: Instagram shahrol_shiro, Utusan Malaysia(Adnan Ibrahim)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

 

Terima Kasih Banyak!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

 

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.