Viral

“Hang Mampu Masuk 7E, Tak Semua Org Ada..”- Kata2 Sharnaaz Kepada Amir Rajalawak Jadi Perhatian

Pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak, 32, mengakui tidak kisah bersengkang mata setiap hari mengusahakan perniagaan air minumannya demi kelangsungan hidup selepas aktiviti seni tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, aktiviti hariannya banyak dihabiskan membuat air minuman itu dan berniaga di gerai tepi jalan miliknya di Prima Saujana, Kajang.

Menurut Amir, dia bersyukur punca pendapatan daripada perniagaan itu cukup untuk membeli keperluan harian biarpun keuntungan diperoleh tidak banyak.

“Setiap hari saya turun berniaga sekitar jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kemudian saya pulang rumah, terus sambung buat air lagi pada waktu malam

“Seawal jam 7 pagi pun, saya sudah bangun untuk buat lagi sebelum bersiap membuka gerai. Disebabkan saya kena menggaji pembantu gerai, adalah dapat keuntungan bersih dalam RM200.

“Tapi, tak kisahlah asalkan ada juga pendapatan untuk beli keperluan harian, itu sudah memadai. Rasa penat belakang kira, asalkan saya dapat menampung belanja sepanjang PKP 3.0 ini,” katanya.

Pelakon drama Man Transform itu juga mengakui terharu apabila mendapat sokongan luar biasa daripada orang ramai.

“Kadang-kadang ada pembeli datang awal dan apabila tak nampak saya, mereka ingatkan gerai tak buka. Mereka akan terus hubungi saya untuk bertanya sama ada saya buka gerai.

“Begitu juga pelanggan yang sememangnya sudah menjadi pembeli setia sejak beberapa tahun. Perniagaan ini pun saya sudah usahakan sejak 2017 namun pada tempoh sekarang saja saya buat sepenuh masa,” katanya.

 

Menurut Amir, dia juga sebenarnya terkesan dari segi pendapatan apabila banyak aktiviti seni tergendala.

“Sepatutnya bulan ini, saya terbabit dalam tiga drama. Namun semua sudah ditunda dan saya kena buat inisiatif berniaga ini untuk terus mencari punca pendapatan.

“Tapi, saya okay saja asalkan ada punca pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan harian. Lagipun, bukan banyak barang pun saya beli kerana lebih selesa jalani gaya hidup sederhana.

“Biarlah orang nak anggap apa pun memandangkan saya artis, tapi bagi saya tiada keperluan pun nak bermewah-mewah,” katanya.

“Tak Ramai Orang Ada..”- Sharnaaz Ahmad Puji Sikap Amir Raja Lawak, Tak Malu Cari Rezeki Tepi Jalan

Pelakon Sharnaaz Ahmad baru-baru ini ada menitipkan doa buat pelawak dan juga usahawan, Amir Raja Lawak yang baginya mempunyai ‘sesuatu’ yang tidak ramai ada dalam diri mereka.

Kata Sharnaaz, dia mengagumi sikap Amir yang sentiasa berusaha mencari rezeki ketika berada dalam keadaan susah.

Sesuatu tentang beliau yang tak ramai orang ada. Berusaha bila susah..

Dalam pada itu, pelakon filem Jebat The Movie itu turut mendoakan agar perniagaan air jagung Amir berjaya dan mampu memasuki kedai serbaneka terkenal tempatan seperti 7Eleven dan sebagainya.

Berusaha bila susah, dan tidak goyang kaki. Terus maju amir. Kami doakan satu hari air jagung hang mampu masuk 7e dan kedai 24 jam. Amin.

Sekadar info, Amir kini menjalankan perniagaan air minuman berasaskan jagung yang dikenali sebagai Air Jagung Amirreka.

Dia yang dilihat tidak malu berpanas dan berniaga di tepi jalan mendapat pujian peminat dan juga rakan artis kerana dilihat mempunyai usaha tersendiri dalam meneruskan kehidupan meskipun bergelar anak seni.

Amir Raja Lawak okay saja

Amir Raja Lawak menerima dengan hati terbuka apabila dia dan pasangan, Nur Intan Syafinaz masih belum dikurniakan cahaya mata biarpun sudah melayari bahtera perkahwinan selama tujuh tahun.

Amir, 34, atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia tetap bersyukur dengan kehidupannya sekarang dan tidak mahu mengambil peduli jika ada yang berkata buruk mengenainya.

“Saya dari dulu memang macam ini. Kalau orang kecam pun saya buat tak tahu je. Orang kata, tak hidup dipuji tak mati dikeji. Kami tiada tekanan walaupun tiada anak. Saya dan isteri jalani hidup macam biasa saja,” katanya ketika ditemui di sidang media supertele Penanggal Mak Kiah di sini.

Menurut Amir, dia dan isteri tidak pernah patah semangat dan akan terus berusaha untuk ke arah itu.

“Ada juga usaha yang dibuat dari segi perubatan. Urutan badan itu dan rawatan tradisional itu kami ada buat,” katanya.

Ditanya berkenaan pengambilan anak angkat, Amir sama sekali tidak pernah terfikir soal itu kerana menurutnya, banyak risiko yang perlu dihadapi sekiranya berbuat demikian.

“Tak pernah terfikir. Takut kalau ambil anak orang tiba-tiba tak boleh nak teruskan. Kami pula yang akan kena kecam nanti. Saya fikir belum masanya lagi. Biar semua ada dulu macam kereta dan rumah. Biar betul-betul stabil dulu,” katanya.

Mengulas lanjut perjalanan karier seninya ketika ini, Amir berkata, semuanya masih dalam keadaan baik dan pendapatan yang diterima mampu untuk terus menampung keluarganya.

“Setakat ini alhamdulillah semuanya okay saja. Lagipun isteri saya bekerja dan saya juga ada perniagaan lain. Jadi kedua-duanya bekerja, macam itulah,” katanya.

Amir dan Intan melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac 2015.

Sumber : MuraiMy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *