Viral

Suami Kpada Arwh CheNon M0honBantuan Ramai, Ada sesuatu terjadi Pada Akaun Arwh

BERITA permergian pengasas produk Cik Non atau Nor Shahadah Aisyah pada 14 Jun lalu ternyata mengejvtkan netizen.

Biarpun pernah dikcam dek video kontroversi, Cik Non menerima pujian ramai selepas dia tampil bertudung sebelum diumumkan mennggalDunia aklbat jang.kitan ku.man pada 0 tak.

Terbaharu, suami Cik Non yang dikenali sebagai Fizi tampil membuat penjelasan berhubung kewujudan akaun TlkTok pal.su yang menggunakan nama serta wajah Allahyarham.

“Okey guys Assalamualaikum. Yang dekat saya original (akaun) semua dah ditutup. Dan saya pun ada terdengar ada lagi, saya cari nama yang nama Nor Shahadah apa entah.

“Tapi pengikut dia tak ramai, cuma 850. Saya mohon jasa baik kamu semua boleh tak report akaun tu ramai-ramai, bantu saya dan arwah isteri saya,” ujarnya.

Menurut pemuda itu, akaun Instagram dan Facebook milik Cik Non juga sudah ditutup, namun akaun TikTok palsu berkenaan masih wujud dan boleh diakses orang ramai.

“Sebab akaun tu kami tak buat. Akaun yang saya pakai ni pun akaun arwah, cuma saya dah private kan. Tinggal satu ni je akaun. Dua akaun Cik Non ada dekat telefon ni dan ia tidak dibuka.

“Akaun Facebook, Instagram semua dah tutup. Bantu saya report akaun tu, Nor Shahadah apa, saya ada baca komen seminggu lepas, tengok balik hairan juga, yang original semua dah tutup. Bila saya tengok pengikut dia, ni mungkin akaun palsu.

“Mungkin orang tu dah lupa password. Saya pun dah buat report tapi kena ramai-ramai buat report. Semoga semua yang tolong saya report akaun tu, saya doakan dia dimudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki. Amin,” ujarnya.

Saya mohon jasa baik kamu semua boleh tak report akaun tu ramai-ramai, bantu saya dan arwah isteri saya.
FIZI

Video penjelasan suami Allahyarham yang dikongsi menerusi Tlk Tok meraih hampir 200,000 tontonan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tutur kata suami Allahyarham yang cukup tenang dan tidak melatah dengan kewujudan akaun palsu berkenaan.

“Lembut betul cara awak bercakap. Alhamdulillah. Di situ nampak kesabaran awak. Teruskan penghijrahan.

“Tertib awak jawab. Sabar itu indah. InsyaAllah moga perjalanan hidup awak dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan urusan awak dan arwah. InsyaAllah moga husnul khotimah buat arwah, Amin.

“Soft spoken sangat. Semoga dipermudahkan rezeki awak dan keluarga. Semoga arwah Cik Non dicucuri rahmat Allah,” tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, mStar pada 14 Jun lalu turut melaporkan berita kematian Cik Non selepas khabar duka itu disahkan oleh suaminya menerusi satu perkongsian video.

Cik Non pernah tular pada tahun 2020 kerana video memaparkan dia masuk ke sebuah pusat beli-belah tanpa memakai pelitup muka ketika pandemik Covid-19.

Klik untuk Vide0:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber : Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.