Viral

Ramai K3cewa Neelofa ‘t1kam bel4kang’ St0kis & Ej3n, Tpi Tak Boleh Buat Apa2.

Umum mengetahui pelakon, pengacara dan usahawan tersohor iaitu Noor Neelofa telah memasarkan produk inai diberi nama Innai Nunha sehingga telah meraih pelbagai reaksi di kalangan warganet.

Neelofa umum HQ Innai Nunha jual di Shopee

Terbaharu, perkongsian InstaStory usahawan berusia 33 tahun itu sekali lagi menarik perhatian ramai pihak terutama pihak ejen dan stokis produk inai keluarannya.

Menerusi perkongsian tersebut, dilihat Neelofa memberitahu kepada orang ramai bahawa mereka boleh membeli produk inai tersebut di Shopee Innai Nunha HQ dengan harga RM35/kotak.

Apa guna ada stokis dan ejen kalau HQ buka jualan di Shopee?

Ekoran itu, ramai dilihat tidak berpuas hati apabila Neelofa membuka platform dalam talian baharu iaitu Shopee bagi menjual produk inai miliknya. Kebanyakan yang tidak berpuas hati tersebut adalah barisan stokis dan ejen Innai Nunha di mana ia dikatakan akan menganggu hasil jualan mereka.

Mana tidaknya, bukan mudah untuk ejen dan stokis mahu menghabiskan stok yang dipegang oleh mereka sekiranya pihak HQ mula menjual produk tersebut. Malah, ada di antara mereka terpaksa repacking semula inai dalam kotak tersebut hanya disebabkan sachet tidak mempunyai cetakan gambar.

“Apa guna ada stokis and agents kalau HQ buka jualan untuk HQ dekat Shopee. Tamak. Lepas tu kisah seller dapat pack yang kena repacking inai dalam casing sendiri. Sebab sachet tak print macam dalam gambar ini. Kalau den (saya) dapat stok yang kena repacking sendiri and nak jual mesti rasa tak confident.

“Apa punya HQ la buat benda tak habis macam tu. Kesian seller. Belajar-belajarlah dari kesilapan orang lain. Dah beberapa kali dah ceritanya.”tulis pengguna dikenali Ija Juhari.

Kesian ejen teraniaya modal beribu-ribu

Perkongsian tersebut juga mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengatakan tindakan Neelofa seperti ‘menikam belakang’ ejen dan juga stokis produknya sehingga terpaksa mengeluarkan modal beribu-ribu ringgit.

Mereka turut berpendapat bahawa hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana akan menjejaskan jualan stokis dan agen yang bertungkus lumus memasarkan produk tersebut.

Masa jadi ejen untuk produk Kucate pun cakap belit2, sama juga susu pisang…

Malah, ada yang mendedahkan diri mereka turut terjerat semasa mahu menjadi sebahagian daripada ‘ahli keluarga’ produk Kucate and Nilofa milik keluarga Neelofa dengan mengatakan amaran yang diberikan adalah berbelit-belit.

Dari dulu lagi dia tak pandai berbisnes

Apa2 pun, dia kalis benda negatif

Antara komen lain netizen.

Afzan Suhana, sbb 2 sy x bekenan dr dlu lg apa benda pun dia jual.. termasuk set baju set purdah, set purdah pun x labuh.. tu pun ada jugak yg beli.. adoiiiiiiiiiiiii.. klu betul2 perhalusi.. dorang akan bijak memilih

Fadhilah Yazit, Pernah nampak stokis dia edar stock dekat agen2 masa stock sampai awal2 haritu tengah2 malam.
Agen duk bersila atas lantai duk mengira sachet inai yang dilonggok atas lantai.

Ingatkan sampai dah siap packing dalam kotak. Bila komen memang stokis tu kata sampai dalam loose pack dan kena packing sendiri. Mudah betul dia buat kerja

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dan penjelasan daripada Neelofa ataupun mana-mana pihak terlibat mengenai isu ini. Berkemungkinan juga usahawan itu kalis kepada komen-komen dan tidak mempunyai masa bagi memikirkan sesuatu yang remeh seperti ini.

Sumber: Facebook Ija Juhari, Instagram @neelofa, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.