Uncategorized

Aku Sedar Aku Bukan Femes Pun’ – Pelakon Lan Siro Kini Cari Rezeki Menoreh Getah, Tetap Syukur Dpt RM20 Sehari

” Ye cari saya ke?? Ada ni ha menoreh

getah..kerja kampung je masa ni. Alhamdulillah

Allah pinjamkan lagi kudrat untuk kerja guna

tulang 4 kerat ni..”

 

 

Itu luahan pelakon Lan Siro bertukar angin

mencuba bidang baharu bagi menampung

perbelanjaan harian selepas menyedari pasang

surut dunia seni dan demi kelangsungan hidup,

SeIain mengusahakan kebun getah di

kampungnya di Temerloh, Pahang, Lan juga

mula berjinak-jinak dalam perniagaan menjual

barangan bundle selain bekerjasama dengan

beberapa orang rakan dalam projek penternakan

kambing.

Dapat RM20 sehari pun rezeki

Menurut Lan atau nama sebenarnya Azlan

Mokhtar, 40, pekerjaan baharu yang dilakukan ini

juga merupakan salah satu usahanya supaya

tidak terlalu bergantung harap melalui

pendapatan sebagai pelakon.

” Sekarang ni musim hujan,harga getah jatuh..

tapi kalau tak buat lagi tak dapat. Alhamdulillah

RM20 sehari pun rezeki..

” Aku tak up (kongsi) benda-benda glamour

sebab aku sedar aku bukan famous pun nak up

benda yang gah-gah..okay lah nk balik dah nak

hujan..” luah Lan

Tambah Lan, beliau terpaksa melakukan

pelbagai pekerjaan memandangkan sudah 2

bulan tidak mendapat tawaran berlakon dari

mana-mana produksi.

” Kali terakhir saya terlibat dengan

penggambaran adalah pada bulan Ramadan

lalu.

” Sekarang ini kiranya lebih dua bulan tiada job

jadi kenalah buat benda lain sebab kita tidak

tahu sampai bila boleh berlakon.

” Di kampung ada sedikit kebun pokok getah

saya usahakan namun hasilnya tidaklah banyak.

” Sekarang ini saya mula berjinak-jinak menjual

barangan bundle. Selagi ada kudrat saya akan

usaha buat apa sahaja.

” Industri juga tidak menentu sekarang ini tapi

saya tidak mahu cepat melatah atau salahkan

mana-mana pihak kerana kurang mendapat

tawaran,” katanya kepda mStar.

Dah dua tahun bercrai dengan bekas isteri

Dalam masa sama pelakon Abang Sado Jemur

Kain ini juga mendedahkan dia perlu bekerja

keras kerana mahu memberi nafkah kepada dua

orang cahaya matanya selepas hampir dua

tahun berpisah dengan bekas isteri.

Mengakui hidupnya kini tidaklah terlalu senang,

namun Lan bersyukur kerana masih diberikan

rezeki dan peluang untuk mencuba sesuatu baharu.

” Hampir dua tahun saya menduda dan anak-

anak tinggal bersama bekas isteri.

” Sebagai bapa saya kena kuat bekerja dan beri

duit untuk anak-anak yang sedang membesar.

” Walau dalam keadaan apa sekalipun saya perlu

jalankan tanggungjawan sebagai ayah.

” Syukur sekarang ini tidaklah susah. Masih

boleh hidup seperti biasa, cuma tidaklah

senang.

” Kalau dahulu saya boleh bergantung kepada

pendapatan dalam dunia seni, sekarang tidak

lagi. Kena cekap mengatur perjalanan,” jelas Lan

lagi.

Tak putus asa cari peluang berlakon

Walaupun tawaran berlakon semakin perlahan,

Lan berkata dia tetap akan meneruskan karier

seni dan tidak pernah berputus asa mencari

peluang.

” Saya tidak pernah tinggalkan dunia lakonan

kerana minat yang mendalam. Tidak semua

orang diberi peluang ini dan berlakon seakan-

akan sudah menjadi makanan jiwa buat saya.

” Bukan lagi fikir soal glamor atau duit, tetapi

saya anggap tanggungjawab untuk menjayakan

watak supaya sampai kepada penonton.

” Mungkin suatu hari nanti saya tidak lagi

berlakon dan akan terus terlibat dengan kerja

belakang tabir.

” Ini adalah asam garam dunia seni dan

terpulang kepada diri sendiri untuk terus

bertahan,” ujarnya.

 

10 biodata dan fakta mngejutkan tentang Lan Siro

1) Pemilik nama sebenar Azlan Mokhtar ini

merupakan anak kelahiran Temerloh, Pahang.

Beliau dilahirkan pada 17 September 1982 dan

kini menginjak usia 40 tahun.

2) Lan Siro bergiat dalam dunia seni sebagai

pelakon dan model.

3) Bakatnya dicungkil daripada program realiti

Anak Wayang pada tahun 2009 yang antara lain

melahirkan pelakon Amar Baharin, Dayana Roza,

Afzan A. Rahman dan Feeya Iskandar.

4) Antara drama dibintanginya seperti Jamilah I

Love You, Abang Sado Jemur Kain, Bodyguard,

Cinta Roller Coaster dan Dia Anak Jeneral.

5) Termasuk telefilem Mama Mama Mia, Istidraj,

Perempuan Disarung Ungu dan Album Usang.

6) Pembabitannya di layar lebar menerusi filem

Malay Regiment dan Ratu Kala Jengking.

7) Sinonim dengan watak antagonis dan drama

bercorak aksi di bawah produksi A Aida

Production Sdn Bhd.

8) Selain bergelar anak seni, beliau turut menyara

kehidupan sebagai peniaga bazar Ramadan,

jurulatih peribadi dan penjual makanan

kesihatan.

9) Pada 2019, Lan Siro berkongsi kisah beliau menjadi penunggang Grab Food di sekitar Lembah Klang setelah 8 bulan tidak mendapat tawaran berlakon.

10) Pernah menjadi jurulatih peribadi kepada aktres Izara Aishah, Mimi Lana dan beberapa pelakon lain.

 

Sumber:mstar dan iluminasi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://thebolalive.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.