Viral

Pemuda Yang TuIar Jatuh Semasa Perbarisan Buka Cerita Sebenar..

Gambar-gambar seorang warga emas berlari berkaki ayam mendapatkan anak buahnya yang juga merupakan seorang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang rebah sewaktu perbarisan  Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang pastinya menjadi hal paling viral hari ini.

Kasih seorang bapa

Mana tidaknya, gambar yang dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di akaun Facebooknya membuatkan warganet sebak kerana terkenangkan kasih seorang bapa.

Anak yatim piatu

Menerusi laporan dari Sinar Harian, Nik Mohd Adhar yang berusia 22 tahun itu memaklumkan bahawa dia merupakan anak yatim piatu dan sudah dibesarkan oleh bapa saudara, Abdul Aziz Ya’acob, 60 serta isterinya Rosmawati Ismail, 53 sejak kecil lagi.

“Abah, bapa saudara saya,”
“Emak kandung saya meninggal dunia ketika saya berusia tiga bulan manakala ayah pula meninggal sewaktu saya berumur tujuh tahun,” katanya.

Dua kali rebah, dah 3 hari demam

Tambah Nik Adhar, ibu dan bapa saudaranya yang bekerja sebagai pemandu teksi sudah menganggapnya seperti anak mereka sendiri dan dia juga memanggil warga emas itu dengan panggilan mak dan abah.

Menurutnya, ketika kejadian, dia memang sudah tidak berapa sihat sejak tiga hari yang lalu. Bapa saudaranya melulu ke dalam barisan setelah kali kedua dia rebah.

“Sebenarnya semasa abah datang melulu tu, itu kali kedua saya rebah.
“Kali pertama saya masih boleh bangun dan kedua, abah datang,” katanya.

Difahamkan, pemuda tersebut berasal dari Tumpat Kelantan dan sedang bertugas di Tawau Sabah.

Anak angkat Asyraf Wajdi

Momen mengharukan tersebut juga telah mendapat perhatian  Ketua Pemuda UMNO,  Datuk Dr  Asyraf Wajdi Dasuki  yang mengakui terkejut apabila gambar-gambar yang tular adalah anak angkatnya yang  pernah bersekolah di Sekolah Geting Tumpat dan segera menghubungi pemuda itu untuk bertanya khabar.

Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan

Leave a Reply

Your email address will not be published.