Viral

Padah Aniaya Orang, Scammer Tak Tahan Muntah Paku Merayu Pulangkan Duit

Sejak akhir-akhir ni memang makin kerap kita lihat scammer buat ‘kerja’ menipu orang ramai demi mengaut keuntungan dengan mudah tanpa memikirkan akibatnya.

Walaupun orang ramai sudah sedia maklum untuk sentiasa berjaga-jaga dengan helah scammer ini, masih ada saja yang terjerat dalam perangkap mereka.

Ada yang enggan melaporkan isu ini kepada pihak polis kerana beranggapan akan mengambil masa yang lama dan melalui prosedur yang renyah. Oleh itu, mendorong mereka untuk bertindak sendiri.

Itulah yang dilakukan oleh seorang individu apabila dia bertindak menyantau seorang scammer yang mencuri duitnya.

Perbualan antara scammer dan mangsa itu telah dikongsikan di Twitter oleh @alffm_ pada beberapa hari lepas.

Menurut gambar yang dikongsi, mangsa berjaya menghantar santau kepada scammer sehingga individu tersebut muntah paku selama tiga hari berturut-turut.

Gara-gara tidak tahan, scammer dilihat merayu kepada mangsa agar berhenti menyantaunya dan akan memulangkan kembali duit yang dicuri.

Walau bagaimanapun, mangsa tidak berkompromi dengan scammer tersebut malah sempat mengugut agar segera memulangakan semula duitnya sebelum dia bertindak lebih agresif.

“Salah orang kau nak scam bro”, kata si mangsa kepada scammer.

Kini, ciapan tersebut berjaya meraih perhatian ramai dengan mendapat 6043 retweets dan 8151 likes!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tergamam melihat perbualan tersebut. Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen di Twitter. Ada yang setuju dengan tindakan mangsa namun ada juga yang sebaliknya.

Berikut antara komen-komen netizen di Twitter

Sumber: MediaKL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.