Uncategorized

“Org baru meniaga dah beli VeIIfire..aku dah niaga 20thun “..” Netizen mula persoalkan Hidayah

Meskipun bergelar ibu tunggal, namun ianya tidak mematahkan semangat isteri kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah untuk berjaya dalam perniagaan.

Lebih manis, berkat usahanya menjual cempedak dan menjalankan perniagaan produk kecantikan, Hidayah berjaya memiliki semula kereta jenis Toyota Vellfire.

Baru-baru ini, Hidayah ada memuat naik gambar bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah sempena hari raya Aidiladha.

Turut kelihatan, sebuah kereta Vellfire dibelakangnya sekaligus membuatkan pengikutnya bertanya kepada Hidayah adakah dia membeli kenderaan tersebut selepas kereta arwah suaminya dijual.

Hidayah dilihat ada membalas komen pengikutnya bahawa itu adalah hasil kerja keras dalam mencari rezeki selepas pemergian suaminya.

Dalam pada itu ada yang tumpang gembira dengan pencapaian Hidayah itu yang akhirnya dapat membeli sendiri kereta tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Terdapat juga komen dari netizen yang agak pelik hidayah yang baru saja berniaga dapat membeli kereta mewah itu.

“Org baru meniaga dah beli Vellfire”

Terdahulu, perkongsian Hidayah menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa sedih ternampak kereta yang dimiliki arwh suaminya di jalan raya.

Hidayah berkata kereta jenis Toyota Vellifre itu hanya tinggal kenangan selepas ianya dibeli oleh orang lain.

Sumber : Rotikaya

TIDAK mudah untuk seorang isteri melupakan kenangan bersama Allahyarham suami, termasuk harta peninggalan yang pastinya mempunyai banyak kenangan indah yang begitu berharga.

Itulah yang berlaku kepada balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali yang berkongsi video terbaharu di aplikasi TlkTok apabila ‘terserempak’ dengan kereta jenis Toyota Vellfire milik arwh.

arwh.

Menerusi kapsyen yang ditulis dalam video itu, Nor Hidayah berkata, kereta tersebut kini hanya tinggal kenangan dan mengabadikan video terbabit supaya anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey tahu mengenai kewujudan kereta bapanya.

“Ternampak kereta arwah suami – BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Bila Hamzah dah besar inilah kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.

“Hamzah nanti doakan bisnes ibu berjaya boleh Ibu beli kereta macam arwah ayah,” tulisnya.

Perkongsian Nor Hidayah itu dibanjiri lebih 2,000 komen daripada netizen dengan rata-ratanya mendoakan agar wanita itu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk membesarkan anak.

Raisya marissa: “Sedihnya harta anak-anak

dirampas, InsyAllah rezeki Allah luas.”

ZakariaAhmad84: “Saya peminat arwah, saya doakan awak dengan anak awak di berikan rezeki yang melimpah ruah.”

LindaB7: “Dulu time arwah selalu buat show kat Shah Alam, pasti akan singgah kat Restoran Night Circle, kereta tu selalu parking kat depan kedai.”

Dalam pada itu, Nor Hidayah turut mengucapkan terima kasih kepada peminat Allahyarham Abam dan pengikut akaun media sosialnya kerana terus menyokongnya.

 

Video

 

Sumber : Malaysiapost

Balu pelawak Allhyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali, meluahkan rasa terkilannya apabila ada pihak yang mendakwa dirinya seolah-olah tidak pernah bersedih dengan pemergian suaminya.

Begitupun, menurut Hidayah, dia sedlkit pun tidak terkesan dengan cakap-cakap belakang yang tidak pernah tahu akan perasaan sebenar yang perlu ditanggungnya selama ini.

“Ada orang berkata aku tak sedih dengan kematian suami. Tak mengapalah, cakaplah apapun, Allah maha mengetahui segalanya.

Ingat lagi pesan arwah suami ‘sayang, biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan, janji kita dengan cara kita, jangan berhenti berdoa AIIah sentiasa ada bersama kita,” luahnya menerusi satu entri di lnstagram.

Dalam entri tersebut, Hidayah memuat naik gambar dirinya bersama anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini sudah menginjak usia setahun.

Jelas Hidayah, mungkin orang di luar sana tidak melihat kesedihan sebenar yang dirasainya kerana hal tersebut tidak pernah ditunjuk.

“Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk. bersedih (selain takvt kerana Allah), tidak diajarkan dalam agama.

“Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk tidak menghiraukan kata-kata negatif dalam kalangan netizen.

“Sabar sahajalah Dayah. Abaikan cakap-cakap negatif tu. Takkan kita nak tunjuk kesedihan kita kepada orang ramai pula kan. Hanya orang yang memahami sahaja yang mengerti,” komen salah seorang netizen.

“Kalau suami dah tak ada kena meratap sampai hujung nyawa ke? Yang bercakap tu jauh dari landasan Islam kot. Sabarlah, Allah lebih mengetahui kedudukan hamba-Nya,” tulis pengikutnya yang lain.

Hidayah kini menjalankan perniagaan termasuklah menjual cempedak goreng sebagai salah satu punca pendapatannya untuk meneruskan kehidupan selepas pemergian Abam.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.