Viral

“Jangan kaitkan saya lagi” – Ayam punya hal, Ali Puteh rugi puluhan ribu

PELAWAK Ali Puteh meluahkan rasa kecewa apabila perjanjian sebagai duta sebuah syarikat pembekal ayam tidak berjalan seperti mana diharapkan.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, berkata, disebabkan perkara itu juga dia mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai duta syarikat pembekal ayam berkenaan.

“Saya tidak mahu ada pihak lain berdepan masalah apabila berurusan dengan syarikat pembekal itu.

“Jujurnya saya kecewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian tidak berjalan seperti sepatutnya,” katanya.

Ali Puteh enggan dirinya dikaitkan dengan syarikat pembekal ayam.

Ali dilantik sebagai duta pada April lalu turut meminta agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan syarikat tersebut terutama melibatkan urusan bekalan ayam.

Dalam pada itu, Ali memberitahu kecewa apabila usaha gigihnya melaksanakan tanggungjawab sebagai duta tidak menerima bayaran setimpal seperti dijanjikan.

Malah kata Ali, disebabkan menerima tawaran sebagai duta, dia telah melepaskan pelbagai tawaran lain bernilai puluhan ribu kerana ingin memberi fokus kepada kerja-kerja mempromosikan produk syarikat berkenaan.

Saya telah lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada tanggungjawab sebagai duta.

ALI PUTEH

PELAWAK

“Saya terima tawaran ini kerana diperkenalkan oleh seorang kawan yang memang saya kenal. Melihat sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil saya terima. Tetapi perkara lain pula yang terjadi.

“Ini sangat menyedihkan kerana saya telah lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada tanggungjawab sebagai duta,” jelasnya.

Meskipun kecewa, Ali berkata dia reda dan menerima ketentuan takdir dengan hati terbuka selain menganggap ia bukan rezekinya.

Pun begitu, dia berharap tiada pihak yang akan menjadi mangsa apabila timbul masalah di kemudian hari.

“Saya tidak mahu nanti timbul masalah, nama saya dikaitkan dengan syarikat tersebut selain enggan ada pihak jadi mangsa,” katanya.

Untuk info, pada 18 Februari 2022, mahkamah telah memerintahkan Ali untuk membayar kos sebanyak RM60,000 kepada bekas kakak iparnya itu akibat mengeluarkan kata-kata aib di Instagramnya pada dua tahun lalu.

Ali pada masa yang sama memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.

Sumber:Mstar/Utusan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.