Viral

Sikap Boros Dalam Berbelanja Punca Gaji RM1,200 Tak Cukup, Kata Pakar Kewangan.

Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan

Kakitangan awam yang menerima gaji minimum sebanyak RM1,200 bakal berdepan krisis kewangan yang teruk terutama bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Pakar Ekonomi, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, gaji pokok penjawat awam yang diterima ketika ini adalah lebih rendah daripada purata pendapatan isi rumah kasar yang direkodkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2020 iaitu sebanyak RM7,089.

“Selain itu, gaji permulaan kakitangan awam juga berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan negara iaitu sebanyak RM2,208.

Imran Azhar on Twitter: "Amboi! Shopping sakan mu nie. RT @DakzJahat: Shopping time... Kering pulus deng.. http://t.co/LCRPmdat" / Twitter

“Jumlah itu juga jauh lebih rendah daripada purata perbelanjaan isi rumah terutama di Selangor (RM5,830), Kuala Lumpur (RM6,913) dan Putrajaya (RM7,980)” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sudah tiba masanya kakitangan awam di negara ini menikmati gaji permulaan yang lebih tinggi bagi memastikan mereka tidak terbeban dengan pelbagai masalah termasuk bebanan hutang.

“Gaji minimum RM1,200 harus dinaikkan. Langkah ini bukan sahaja dapat memastikan pekerja tidak terbeban dengan masalah kewangan, malah meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Dengan kenaikan gaji minimum ini, ia dapat memastikan golongan tersebut tidak berada dalam keberhutangan dan menghadapi pelbagai masalah lain seperti masalah sosial selain mental akibat daripada tekanan hidup,” katanya.

Dalam pada itu, pakar kewangan, Azizi Ali pula memberitahu, sikap boros berbelanja menjadi salah satu kepada penyumbang punca gaji minimum RM 1,200 yang diterima penjawat awam pada setiap bulan ketika ini tidak mencukupi.

Lebih parah, gaji bulanan yang diterima tidak diuruskan dengan baik serta teliti sehingga ada yang terpaksa melakukan dua pekerjaan, berhutang dan mengikat perut.

“Perbelanjaan secara tidak berhemah dan melebihi kemampuan ini berpunca daripada tidak mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang mencukupi.

media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2019/05/On...

“Mereka yang berbelanja secara berlebihan harus mempunyai disiplin dan belajar cara urus kewangan dengan baik,” katanya.

‌Tambah Azizi, terdapat pelbagai platform termasuk YouTube yang membincangkan mengenai pengurusan wang secara berhemah selain bahan dalam bentuk cetakan untuk rujukan orang ramai.

‘’Pengurusan kewangan perlu dikawal dengan teliti bermula dari sekarang. Sampai bila perlu melakukan dua pekerjaan. Sehingga umur pencen?’’ tegasnya.

Tambahnya lagi, isu berbelanja melebihi kemampuan bukanlah satu perkara yang baharu dan ia perlu dikikis agar kehidupan lebih terjamin.

Kosmo! Ahad lalu melaporkan gaji minimum sebanyak RM1,200 bagi penjawat awam dianggap sudah tidak relevan lagi terutamanya untuk menampung peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

 

AIDILFITRI FASA PERALIHAN KE ENDEMIK BUKAN TIKET BERBELANJA SAKAN - Laman Web MKN

Presiden Kongres Kesatuan PekerjaPekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, Datuk Adnan Mat berkata, situasi tersebut menyebabkan ada dalam kalangan penjawat awam yang terpaksa melakukan dua pekerjaan semata-mata untuk memastikan keperluan keluarga dapat disediakan sepenuhnya.

Sumber : Kosmo! Online, ohtular.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *