Viral

Setelah Video Seorang Wanita Menanggalkan Baju Kurung Dan Tudung Di Sebuah Kelab, Pihak Kelab Tampil Dengan Kenyataan Ini

Ada seorang sahabat telah menghantar satu klip 54 saat dengan caption “acara menghina Islam” yang dikatakan berlaku di sebuah kelab komedi di TTDI.

Seorang wanita berbaju kurung & berhijab di atas pentas berkata;

“Hello & assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Amira Binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar Perak. Im Malay & Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. BUT, one second…”

Wanita itu meletakkan mic dan mula menanggalkan tudung & baju kurungnya sehingga penonton mula bersorak.

Secara jujur, jikalau benar wanita itu adalah Melayu & Muslim serta telah menghafal 15 juzuk Al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam.

Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan di khalayak ramai.

Jikalau benar dia ‘claim’ telah menghafal 15 juzuk Al-Quran dan melakukan perbuatan seperti itu, dia menghina dirinya kerana Allah memuliakan orang yang menghafal Al-Quran, memahami & mengamalkannya tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan.

Islam telah datang memuliakan kita, Barangsiapa mencari kemuliaan di luar Islam, maka kita akan dihina sekali lagi.

Video,

 

Komen komen netizen,

Dulu, kejadian sebegini dianggap menghina Islam. Sekarang, menghina diri sendiri. Dulu, Ini bukti Islam terancam. Sekarang, ini hal individu. Dulu, Menteri agama Dr. Mujahid kena kecam & diminta bertanggung jawab. Sekarang, …

Jika wanita ini berniat menghina Islam, sesungguhnya tindakannya itu boleh menjebakkan diri kpd kemurtadan. Allah tdk rugi sekelumit pun dr tindakannya. Sebaliknya dialah yg rugi hasil tindakan biadapnya.

Menghina dirinya sendiri, setelah Islam datang mengangkat dan memuliakan dirinya.
Alangkah ruginya seluruh kehidupannya.
Apa sangat yg dikejarnya dlm hidup ini, hingga sanggup menggadai maruah dan kemuliaan iman dan Islam itu.

Perlu diambil tindakan kerana menghina agama Islam walaupun pelakunya org Islam. Semua yg terlibat dgn aksinya termasuk pemilik kelab mesti diambil tindakan.

Moga Allah buka pintu hati beliau atas kesilapan yg dilakukannya itu utk pulang ke landasan Islam yg indah ini…

Kalau lah Saidina Umar Masih Ada,rasanya kepala perempuan nih Akan terpisah Dari jasad. Kompromi apa lagi Yang nk dipersembahkan kepada puak2 nih

Pelik lh …patutnya di berasa sedih sbb dh hafal 15 juzuk tpi masih boleh menanggalkn tudung di khalayak ramai..sdang ada org x mampu menghafal 1 juz pon tpi sentiasa menutup aurat..jgn takbur dgn kekurangan dn krlebihan yg kita ada..insafi diri..renunglh balik kenapa masih belum taat kpd perintah Allah wlpn dh hafal 15 juz…berdoa lh untuk diberi hidayah dik…mnjadi pnghufaz Al Quran bkn utk diwar2 kn tpi utk meningkatkan keimanan dan ketakwaan dik..

Bilamana kalangan muslim sibuk bercakaran sesama sendiri…liberalisme semakin kuat menapak dalam amalan kehidupan muslim moden.

Sebelum dibuka tudung dan baju nmpk sgt berharga diri seorg wanita..setelah dibuka hilang terus harga diri seorg wanita..

Memang menghina diri.. Islam tak tercalar satu mm pun.. Tapi maruah diri sebenarnya yang dikoyak. Tak semua non muslim yang tengok approved. Yang rasa kesian pun ada kot atas attention-seeking effort dia.

Kalau bukan islam dan seperti yg diperkata oleh nya,tetap ianya satu penghinaan terhapad islam krn dijadikan konten utk diketawakan.

Siapakah gerangan wanita itu…harap dapat dipamerkan wajahnya sebagaimana dia mempamerkan badannya itu…

Yang salah pada diri sdiri seorg gadis tu. dia gagal kawal dirinya, bukn seorg saja di dunia ni di uji dan di duga tapi malah ramai sbb tulh kehidupan ni banyak ujian cuma diri kita kena pandai kawal dan paham nya terhadap agama sdiri.

Kenyataan dari Kelab tersebut,

 

The Crackhouse Comedy Club (CH) strongly condemns the contents of a now-viral video showing an individual allegedly insulting Islam during an open mic show on our premises.

CH would like to inform the public that:
i) The individual in question and her partner were banned from the venue immediately after the performance
ii) A police report on the matter has been filed at Balai Polis Taman Tun Dr Ismail

A detailed statement will follow.

Crackhouse Comedy Club (CH) mengutuk sekeras-kerasnya satu rakaman video yang kian tular di media sosial yang memaparkan seorang individu melakukan persembahan yang dikatakan menghina agama Islam.

Untuk makluman awam:

i) Selepas berlakunya persembahan tersebut, individu berkenaan telah dilarang daripada kembali ke Crackhouse Comedy Club
ii) Crackhouse Comedy Club telah memfailkan laporan polis mengenai insiden ini di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

Kenyataan terperinci akan menyusul.

Komen tidak puas hati netizen

 

 

Kredit penulisan Firdaus Wong Wai Hung/Fb/RJ

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *