Viral

Kedai Dikenakan Tindakkan JHEAT, Akhirnya Rakan Baik Dakwa ‘Gadis Air Buah’ Merupakan Mangsa Keadaan

Sejak tularnya video ‘gatal’ abang-abang rider di kedai air buah di Setiu Terengganu, pelayan wanita yang gemar menayang ‘aset’ baik di media sosial dan di kedai tempatnya bekerja telah mendapat perhatian ramai.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Susulan daripada itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa kedai tersebut sememangnya dalam pemantauan pihak mereka sebelum video tersebut viral lagi.

Walau bagaimanapun, menerusi laporan dari Utusan Malaysia, pihak JHEAT telahpun melakukan serbuah ke atas kedai air buah terbabit dan difahamkan pihak merekajuga sudah mengambil keterangan terhadap pelayan wanita berusia 35 tahun itu.

Walau bagaimanapun, menerusi laporan dari Sinar Harian pula, pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin memaklumkan yang pelayan wanita itu ditahan di dalam premis miliknya ketika operasi bersama pihak polis serta Majlis Daerah Setiu pada malam Selasa.

“Keterangan telah direkodkan, beberapa saksi termasuk saksi tambahan akan turut dipanggil bagi membantu siasatan.

“Sebaik siasatan lengkap, kertas siasatan akan dihantar ke bahagian pendakwaan syarie untuk didakwa di bawah mana-mana seksyen, ” katanya.

Beliau mengesyorkan kes itu dirujuk mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Untuk makluman, sebelum ini wanita berkenaan telah dipanggil ke pejabat JHEAT untuk diambil tindakan dan diberi nasihat.

Terdahulu, video pelayan kedai  air buah yang bergambar dengan ‘lelaki-lelaki gatal’ telah tular di media sosial dan mendapat kecaman ramai.

Video lamanya yang seakan memegang bahagian bawah badan pelanggan lelaki juga kembali menjadi bualan kerana rata-rata netizen berasa jijik dengan tindakan kurang sopan itu.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: Ohmymedia, Utusan Malaysia (Zaid Mohd. Noor), Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *