Viral

Konvoi VIP Didakwa Punca Jalan Jem, Rider Pakat Bunyikan Hon

Seperti yang kita tahu, golongan VIP sering diberi layanan istimewa walau di mana sahaja mereka berada. Bukan sahaja di majlis-majlis bahkan di atas jalan raya!

Mungkin anda pernah melihat kereta-kereta VIP diiringi oleh kereta pengiring dan pihak polis demi menjaga keselamatan dan memberi keutamaan kepada mereka bagi melancarkan lagi perjalanan.

Namun dengan tindakan ini, rakyat menganggap seperti tidak adil serta menyusahkan pengguna jalan raya lain yang kadang kala terpaksa memberhentikan kenderaan di tengah-tengah jalan untuk memberi laluan kepada VIP.

Terbaharu, tular sebuah video TikTok dan dimuat naik semula ke Twitter oleh @datukhensem memaparkan ramai penunggang motosikal diarahkan berhenti oleh pihak berkuasa di tengah jalan bagi memberi laluan kepada individu penting tersebut.

Kehadiran kereta pengiring yang mengiringi VIP menjadi punca sesaknya lalu lintas jalan raya. Malah, disebabkan terlalu banyak kereta pengiring menyebabkan orang ramai di situ terpaksa menunggu lama sehingga dibenarkan semula untuk beredar dari situ.

“Inilah puncanya,” kata lelaki yang merakam video itu sambil membunyikan hon beberapa kali sebagai tanda protes kepada kereta VIP yang menyebabkan jalan sesak ditengah-tengah waktu puncak.

Sehingga kini, gerangan VIP itu masih tidak diketahui namun di ruangan komen, rata-rata setuju dengan tindakan membunyikan hon orang ramai kepada golongan tersebut.

Selain itu netizen berpendapat perbuatan membunyikan hon sepatutnya dinormalkan kepada mereka kerana sudah membazirkan masa pengguna jalan raya yang lain.

Video yang tular di laman Twitter

Sumber:rakyatnow

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *