Viral

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof mendapat bantahan daripada salah satu persatuan silat yang merupakan anak cucu pejuang Tanah Melayu

Salah satu persatuan silat yang merupakan anak cucu kepada pejuang Tanah Melayu membantah Filem Mat Kilau yang diarahkan oleh Syamsul Yusof.

Mereka mendakwa, bahawa filem Mat Kilau ini tidak menepati banyak aspek dengan sejarah hidup Mat Kilau yang sebenar. Termasuklah penggunan keris dalam filem ini. Namun, Brader ingin ungkap mengenai matlamat sesebuah filem dihasilkan.

Filem hakikatnya, adalah propaganda. Propaganda untuk menaikkan sesebuah negara atau bangsa secara tidak langsung. Contohnya filem Ip Man. Kisah dan plot empat siri filemnya, sebenarnya jauh menyimpang daripada kisah sebenar Ip Man.

Ip Man digambarkan di layar perak begitu hebat, sehingga pernah mengalahkan ramai musuh dari berbilang bangsa. Sehingga Ip Man dianggap tidak terkalah pada hayatnya dalam dunia seni tempur. Padahal, ia hanyalah rekaan daripada penulis skrip dan sutradaranya.

Walaupun rekaan, filem Ip Man ini telah berjaya menaikkan nama seni kung fu Wing Chun dan bangsa Cina di seluruh dunia. “Dunia” beranggapan, semua orang Cina handal atau setidak – tidaknya, punya asas Kung Fu. Itulah “propaganda” yang Brader maksudkan.

Begitu juga dengan filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof ini. Ia adalah sebuah kisah fiksyen yang “menginspirasikan” pejuang Melayu yang bernama Mat Kilau. Dalam filem ini, sutradara menggambarkan susuk tubuh Mat Kilau yang hebat dan penuh berkarisma.

Dalam masa yang sama, turut memaparkan semangat orang Melayu yang jitu dalam memepertahankan tanah air sendiri. Sanggup menggadaikan nyawa, demi mempertahankan maruah dan tanah air. Mat Kilau menjadi pencetus semangat, kepada orang Melayu yang dianggap lemah dan lekeh oleh penjajah.

Lebih bermakna, apabila sutradaranya menyampaikan mesej keTuhanan dan keIslaman kepada penonton. Memperlihatkan, bahawa sesebuah bangsa akan menjadi kuat, apabila menjunjung agamanya ditahap yang tertinggi dalam jiwa dan sanibari.

Tidak dinafikan, filem Mat Kilau punya beberapa kelemahan dari segi teknikal. Namun, ia masih boleh diperbaiki pada masa akan datang. Brader percaya, jika diberi peluang, kepercayaan dan dana yang cukup. Syamsul mampu hasilkan karya yang jauh lebih baik.

Jika orang Cina berbangga dengan filem Ip Man, maka kita sebagai orang Melayu mesti berbangga dengan filem Mat Kilau ini. Kita mesti memberi sokongan padu, supaya filem pejuang yang lain pula akan diangkat.

Contohnya seperti Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Maharaja Lela, Rentap, Antanom dan Tok Gajah pada masa hadapan. Jika filem Mat Kilau ini mendapat sambutan box office seperti Munafik 2, tidak mustahil dunia perfileman kita akan meriah dengan kisah – kisah pejuang di tanah air kita.

Sumber; -BraderFilem-

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.