Viral

Tiga Kali MeninggaI Dvnia? Ini Kisah Mat Kilau Yang Ramai Belum Tahu

Mat Kilau didakwa tiga kali meninggal dunia ?

Anak kelahiran Pahang, sudah tidak asing lagi dengan mendengar nama seorang insan yang digelar sebagai Mat Kilau.

Namun, baru-baru ini nama Mat Kilau telah diperkatakan semula setelah salah seorang pengarah Malaysia  iaitu, Syamsul Yusof mengeluarkan kenyataan bahawa filemnya yang dinantikan oleh masyarakat Malaysia kini iaitu, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawansedang ditayangkan setelah lama ditundakan sejak 2018 yang lalu.

Mat Kilau atau nama penuhnya Mat Kilau Bin Imam Rasu dikenali sebagai seorang pahlawan Melayu yang bermati-matian berjuang demi menentang penjajah British di Pahang.

Dengan mengikut jejak bapa beliau yang turut dikenali ramai, Imam Rasu iaitu Tok Gajah sudah terukir namanya di dalam buku sejarah yang pasti tidak akan dialpakan dari segenap lapisan masyarakat khususnya di Malaysia.

Zaman kian berlalu dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang ini, anak-anak generasi kini mungkin semakin lama semakin mengendahkan jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang tanah air Malaysia.

Lantaran itu, sewajarnya haruslah kita mengetahui bagi mengelakkan dari ceteknya pengetahuan mengenai negara sendiri atas faktor kurang menghayati dan meminati sejarah tempat tanah tumpah darah bonda kita ini.

1. Peribadi Mat Kilau.

Pastinya berlegar-legar dalam pusat ingatan kita semua mengenai bagaimana Mat Kilau mendapat namanya itu?

Menerusi temubual bersama cucunya, Mohd Alhamadi Abu Bakar, gelaran Mat Kilau ini adalah disebabkan perwatakan beliau seorang yang baik dan mempunyai bakat, maka orang kampung mula mengelarnya sebagai “Kilau”.


Bapanya Tok Gajah, bukanlah sebarangan orang kerana beliau merupakan seorang Imam Perang Indera Gajah Pahang (setara dengan Orang Besar Berempat dan Orang Besar Berlapan – bergajah tunggal) serta merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang.

Kredit: basitayie.blogspot.com

Dikatakan bahawa kelahiran Mat Kilau ini pernah menjadi bualan orang ramai kerana ada yang mengatakan beliau dilahirkan pada sekitar tahun 1865-1866. Namun demikian, sering juga dikaitkan beliau dianggap lahir pada tahun 1847.

Mat Kilau dipercayai dilahirkan di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut, Pahang yang mana beliau ini sebenarnya merupakan anak sulung kepada isteri ketiga Tok Gajah iaitu Teh Mahda Binti Tok Kaut. Dengan itu, pastinya bagi mereka yang lahir di Jerantut, Pahang sewajarnya turut merasai bangga kerana tanah kelahiran mereka adalah tempat dimana lahirnya seorang pejuang tanah air Malaysia.

Gambar Hiasan (Kredit: Trixoli)

Hasil perkahwinan Mat Kilau bersama Yang Chik binti Imam Daud yang merupakan dari Kampung Kedondong telah dikurniakan dengan tiga orang anak.

Pada era zaman kanak-kanak Mat Kilau, beliau telah dipelihara seperti kanak-kanak yang biasa dimana dibesarkan di kampung sahaja. Tamsilnya, didedahkan dengan mengaji Al-Quran, belajar berzanji serta berdikir Maulud. Sejurus daripada itu, barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang pada detik itu.

2. Tinggi ilmu kebatinan, boleh hilangkan diri.

Secara dasarnya, Mat Kilau turut terkenal dengan kehebatan beliau dalam ilmu yang dipelajari terutamanya dengan ilmu kebatinannya itu. Ironinya, sememangnya Mat Kilau mempelajari silat sebagaimana sahabatnya yang lain tetapi beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata misalnya keris, tombak dan parang.

Tak dapat disangsikan lagi, Mat Kilau juga dikatakan pernah mempelajari ilmu kepahlawanan yang sangat mengagumkan iaitu beliau boleh menghilangkan dirinya. Ilmu ini difahami banyak dituntut daripada ayahnya sendiri, Tok Gajah.

Manakala ilmu kebatinan secara agama dan kerohanian pula dipelajari daripada Haji Osman yang turut dikenali juga sebagai Haji Muntuk. Sebelum Haji Osman berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang yang pertama, Mat Kilau mempelajari banyak ilmu dengannya.

Sebagai seorang pejuang dan juga pahlawan anak melayu jati, Mat Kilau banyak mengamalkan amalan-amalan seperti mantera, jampi serapah, doa, dan isim bagi mempertahankan diri sendiri dan terutama sekali sudah semestinya demi menewaskan musuh.

3. Mat Kilau melarikan diri?

Sikap Mat Kilau yang dikatakan berpandangan jauh ke hadapan ini mempunyai pemikiran yang matang menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani orang kerana beliau gemar dalam bergaul dengan setiap lapisan masyarakat.

Keperibadiannya ini merupakan salah satu faktor yang membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.

Kredit: soscili

Walakin begitu, pada tahun sekitar 1890-an, difahami telah berlakunya pemberontakan menyebabkan rakyat Pahang memarahi dengan tindakan pihak British itu kerana mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.

Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman.

TOKOH NEGARA MALAYSIA: Dato' Bahaman
Dato Bahaman (Kredit: penatokoh.blogspot.com)

Bahang nyalaan tidak berkilau terasa di jiwa Mat Kilau bersama-sama Dato Bahaman dan Tok Janggut. Mereka mula bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke atas pihak British. Tetapi, sayup dan pilu menghambat perasaan mereka apabila pihak pemberontak sesungguhnya tidak mendapat sokongan daripada Sultan terhadap pergerakkan penentangan British pada saat itu.

Dikatakan Sultan hanya mementingkan darjat dan jalinan persahabatan dengan pihak British sehingga sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di Semantan.

Pada Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford iaitu seorang pentadbir penjajah British telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau.

Terlalu ramai pengikut Mat Kilau yang sanggup sehidup semati bersama Mat Kilau seperti yang diketahui Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.

Hugh Clifford (Author of In Court and Kampong Being Tales and Sketches of Native Life in the Malay Peninsula)

Kredit: GoodreadsDi saat British menyerang Jeram Ampai, Kuala Tembeling dan Lubuk Terua, Mat Kilau dan sahabatnya berjaya merampas dalam masa 15 hari sahaja dan ini menimbulkan ketidakpuasan hati kepada pihak British.

Lantaran itu, Mat Kilau dan sahabat-sahabatnya yang lain terpaksa berundur. Dalam pada mereka berundur, dikatakan bahawa mereka berjaya membunuh E.A. Wise selaku Pemangku Penguasa Ulu Pahang.

Oleh disebabkan itu, Mat Kilau bersembunyi di Kampung Penar Patani dan memulakan kehidupannya sebagai pelarian dengan mengantikan namanya sebagai Mat Siam.

Kisah kemunculan Mat Kilau: Kenapa ada ahli sejarah yang masih belum percaya? | SOSCILI
Kredit: soscili

Dalam meneruskan sisa-sisa hidupnya, Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur untuk menyerahkan Mat Kilau sama ada dalam keadaan hidup atau mati kepadanya.

4. Tiga kali Mat Kilau Meninggal Dunia ?

Disamping mengetahui bahawa Mat Kilau ini terkenal dengan ilmu dan semangat kepahlawanannya itu, ramai yang tidak mengetahui bahawa Mat Kilau juga pernah didakwa meninggal dunia sebanyak tiga kali!

Dengan kuasa Tuhan, Mat Kilau mampu menjalani kehidupanya meskipun pahit-maung melandanya selagi hayat dikandung badan.

Pada saat Mat Kilau dikhabarkan terpaksa berundur, pihak British menjangka bahawa Mat Kilau telah meninggal dunia. Perkhabaran ini dikukuhkan lagi apabila ada kenyataan bahawa Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.

The Free Press menerangkan bahawa,

“Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Inilah berita pertama yang dikhabarkan oleh orang ramai mengenai kematian Mat Kilau, tetapi sebenarnya Mat Kilau berjaya diselamatkan oleh beberapa orang sahabatnya iaitu Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, pastinya rahsia yang disimpan bakal terbongkar. Tidak menjadi satu kekecewaan jika dalam kehidupan seseorang itu bakal munculnya duri dalam daging. Tanpa disangka, salah seorang anak muridnya, memberitahu bahawa Mat Kilau masih lagi hidup!

Satu-satunya cara untuk membunuhnya ialah dengan peluru yang disalut emas sahaja. Maka, tersebarlah berita mengenai Mat Kilau masih lagi hidup kepada Sultan Mansur. Lalu, Sultan Mansur mengarahkan Haji Abdullah untuk menangkap Mat Kilau.

Sungguhpun begitu, sesuatu yang sangat tidak dijangka apabila Haji Abdullah daripada mempunyai niat menangkap Mat Kilau bertukar kepada menjadi sahabat sebaik sahaja dia kagum melihat kehandalan Mat Kilau dalam mampu menghilangkan dirinya atau erti kata lain menghaibkan dirinya di depan mata Haji Abdullah.

Mat Kilau berkata bahawa syarat jika mahu menangkapnya terdapat dua cara:

  • Membalutnya dengan kain kuning.
  • Ketika mengebumikannya mestilah diiringi dengan Dato Bahaman, Tok Gajah dan anak-anak muridnya sahaja. Jika orang lain mahu melihatnya, mereka mestilah melihat dari jauh sahaja.

Meskipun hal ini hanya orang tertentu sahaja yang mengetahui tetapi perkara itu juga telah dibocorkan.

Dugaan demi dugaan yang harus Mat Kilau tempuhi ini terlalu berdukacita sehingga menyentak jiwa dan perasaan, akhirnya Mat Kilau berjaya ditembak sehingga tembus kulitnya dan rebahlah seorang insan mulia tanah air Malaysia. Inilah pengkhabaran kedua mengenai kematian Mat Kilau yang telah diuar-uarkan oleh orang ramai.

Namun, bukanlah semudah itu yang ramai orang sangka untuk menumpaskan Mat Kilau itu kerana pada saat pengebumian Mat Kilau itu dia akhirnya terjaga! Ini sekali gus membuatkan Sultan Mansur teruja melihat kehebatan Mat Kilau ini.

Bagi memuaskan hasrat Raja Chulalongkorn, mayat Mat Kilau ditanamkan juga akan tetapi sebaliknya mereka menggantikan mayat Mat Kilau dengan batang pokok pisang!

Kredit: Google

Selepas peristiwa itu, Mat Kilau memulakan kehidupannya dengan berpindah-randah serta memegang nama sebagai Mohamed bin Ibrahim dengan gelaran Mat Siam dan bukan lagi Mat Kilau. Selain Mat Siam, Mat kilau juga pernah memakai nama-nama yang lain seperti Mat Dahan, Mat Dadu, Mat Teoh dan Din.

Ada juga yang mengatakan bahawa, beliau terpaksa melakukan sedemikian kerana beberapa pejuang tanah air kita ini seumpamanya Mat Kilau, Dato Bahaman, Mat Lela melakukan Sumpah Bahadur yang bertujuan untuk menyorok identiti sebenar mereka kerana diburu pihak British. begitulah kisah tiga kali Mat Kilau dikatakan meninggal dunia

5. Kemunculan semula Mat Kilau.

Kredit: selamatkanpahang.blogspot.com

Pada 26 Disember 1969, sesuatu yang telah mengemparkan seluruh rakyat Malaysia apabila kemunculan semula Mat Kilau dengan pengakuan sumpahnya bahawa beliau adalah Mat Kilau anak Tok Gajah atau Imam Rasu ketika di Masjid Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Berita yang sangat tergempar ini amat mengejutkan orang ramai kerana seperti yang diketahui bahawa Mat Kilau telah diisytiharkan mati sebelum ini. Beliau bersama-sama para pengikutnya telah beberapa kali berperang dengan tentera Inggeris dan tentera Siam di sekitar negeri Pahang, Terengganu dan juga Kelantan.

Sekitar tahun 1895, Mat Kilau dilaporkan hilang dan didakwa telah terbunuh di sempadan Kelantan-Siam dalam Laporan Pemangku Residen British di Pahang.

Pada awal bulan Januari 1970, berikutan dengan isu tersebut, kerajaan Pahang telah membentuk Jawatankuasa Menyiasat Munchul-nya Mat Kilau yang dianggotai oleh enam orang anggota jawatankuasa dan diketuai oleh Dato’ Abdul Aziz Ahmad atas perkenan kebawah duli Sultan Pahang ketika itu.

Laporan Kuasa Menyiasat Munchul-Nya Mat Kilau (Kredit: patmaukm.blogspot.com)

Apa yang lebih menyukarkannya ialah apabila, beberapa hari selepas mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut, tahap kesihatan Mat Kilau dikatakan secara tiba-tiba merosot sehingga menyebabkan beliau tidak boleh bercakap dengan cara yang boleh difahami orang dan pergerakannya juga menjadi terbatas.

Dikatakan perkara tersebut berlaku kerana Mat Kilau telah melanggar Sumpah Bahadur yang dibuat bersama-sama rakan seperjuangannya supaya tidak mendedahkan identiti dan kisah mereka kepada umum.

Hasil daripada kajian terperinci yang dilakukan bagi mengesahkan kebenaran pengakuan Mat Siam itu. Sebuah inisiatif telah dilakukan iaitu setiap individu yang ada berkait dengan Mat Kilau telah dipanggil termasuklah sanak saudara, anak-anak murid, sahabat- sahabat seperjuangan, individu-individu tertentu dan sebagainya.

Hal ini adalah kerana pengakuan mereka diperlukan bagi menambah bukti- bukti kukuh sebelum jawatankuasa itu boleh membuat keputusan sama ada Mat Siam sememangnya Mat Kilau.

Sahabat-sahabat seperjuangan Mat Kilau seperti (Mat Saman bin Sulaiman atau Mat Kelantan) dan (Raja Ibrahim bin Tan Kechik atau Pak Him) serta (Maimunah binti Mat Salleh atau Mek Munah) yang mengenali Mat Kilau turut dipanggil juga. Hanya mereka sahaja yang masih ada bagi membuktikan pengakuan Mat Siam itu.

Mereka diundang khas bagi membuat pengecaman terhadap Mat Siam di Pusat Pertanian Paya Besar, Batu 5, Jalan Gambang, Kuantan.

Mat Kilau | Pejuang Melayu Yang Banyak Ilmu Dan Petua
kredit: HASRULHASSAN.COM

Pada jam 10:30 pagi, hari Khamis bersamaan 6 Ogos 1970, Tan Sri Hj. Yahya, Menteri Besar Pahang ketika itu mengisytiharkan bahawa Mat Siam adalah Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang yang menentang Inggeris pada akhir abad ke-19 berdasarkan Laporan Jawatankuasa Menyiasat Munchul-nya Mat Kilau yang telah dijalankan penyiasatan teliti selama tujuh bulan.

Bayang-bayang kesedihan dan kepiluan tercalit di wajah, apabila dikatakan bahawa sepuluh hari selepas pengisytiharaan tersebut iaitu pada 16 Ogos 1970, jam 6:45 pagi, Mat Kilau meninggal dunia dan dikebumikan di tanah air kelahirannya, Kampung Pulau Tawar, Jerantut kerana sakit tua.

“JAGA AGAMA, JAGA KELUARGA, JAGA NEGARA JANGAN SAMPAI BANGSAKU TIADA NEGARA “
– Mat Kilau

Demikian amanat yang terakhir daripada Mat Kilau buat keluarganya. Sultan Pahang yang ketika itu berada di Johor telah memerintahkan dua kaki payung kebesaran diraja warna bendera negeri hitam dan putih dipayungkan ke atas jenazah Mat Kilau. Dengan itu, inilah sebenarnya perkhabaran mengenai kematian Mat Kilau buat kali yang ketiganya.

6. Rahsia Mat Kilau.

Secara jujurnya, ramai lagi masih berteka-teki mengenai mengapakah Mat Kilau mendedahkan dirinya itu. Namun, ada seorang insan yang diberi nama Tok Peramu yang merupakan seorang guru yang berusia dikatakan pernah mengubati Mat Kilau sewaktu uzur dan mengatakan bahawa Mat Kilau tidak pandai menyimpan rahsia.

Tok Peramu menjelaskan tidak lama lagi, Mat Kilau akan meninggal sebab itulah dia mengaku dirinya itu siapa. Tekaan Tok Peramu itu benar-benar nyata kerana selang beberapa hari Mat Kilau pergi buat selamanya.

Tetapi yang menjadi persoalan yang utama ialah siapakah Tok Peramu yang sebenarnya?

Mengikut pendapat di sosial media, ramai yang menjelaskan Tok Guru Peramu itu ialah Dato Bahaman yang merupakan rakan seperjuangan Mat Kilau. Dato Bahaman juga turut menyembunyikan identitinya sama seperti Mat Kilau tetapi beliau menafikan pada khalayak ramai bahawa beliau bukan Dato Bahaman.

Jadi, adakah benar Sumpah Bahadur itu sememangnya menyebabkan punca kematian Mat Kilau yang merelakan dirinya menyimpan rahsia berpuluh-puluh tahun kerana Dato Bahaman ketahui kelak jika mengingkari Sumpah Bahadur itu dua perkara bakal terjadi iaitu, hidup dan tidak selamat ataupun selamat dan tidak hidup.

Sumber: Integriti TV, STUDIO KEMBARA, ML studios

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *