Viral

“Rakyat Perlu Berjimat , Ubah Perangai & Gaya Hidup…” Harga Barang Dijangka Naik 30 Peratus.

Harga kawalan siling ayam,  telur ayam dan subsidi minyak masak tulen dalam botol yang dimansuhkan mendorong ke arah jangkaan kenaikan harga barangan sehingga 30 peratus.

Menurut Kosmo, Datuk Nadzim Johan selaku Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyatakan rakyat perlu melakukan perubahan dalam cara mereka berbelanja untuk mengelakkan ‘terkesan’ dengan kenaikan harga barang.

Harga barangan makin tak terkawal, kerajaan buat apa?, keluh orang ramai

“Rakyat perlu berjimat cermat, hidup sederhana & ubah gaya hidup..”

Tambah Datuk Nadzim, rakyat perlu mengubah cara hidup kepada lebih produktif bagi menghadapi krisis kenaikan harga barang dan perlu berjimat cermat untuk kelansungan hidup.

“Disebabkan kenaikan harga barangan, rakyat juga perlu me­lakukan perubahan daripada kenaikan harga 30 peratus ini. Mereka perlu bersedia dan berlapang dada menghadapinya selain mengambil langkah sepatutnya.”

“Rakyat boleh lalui kehidupan yang tidak mewah dan bersederhana. Jadi mereka perlu berjimat cermat, ubah perangai serta gaya hidup.”

“Kerajaan nak tarik subsidi, tariklah tetapi kena lihat apa hendak dibuat misalnya, ke mana arah duit subsidi tersebut. Mungkin boleh dijadikan untuk membantu rakyat supaya produktif.”Harga barang basah meningkat

“Contohnya pemberian lesen perniagaan atau membantu asnaf yang memerlukan, perumahan kepada orang susah atau menggalakkan penanaman ja­gung.”

Kata beliau lagi, perkara ini penting untuk memastikan rakyat dapat dibantu dari segi kos sara hidup

Rakyat semakin tersepit dengan kenaikan harga barang | Nasional | Berita Harian

Apa akan berlaku selepas 1 Julai 2022?

Semalam, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi selaku Menteri KPDNHEP mengumumkan beberapa perubahan akan berlaku bermula 1 Julai 2022.

Beliau memberitahu, subsidi minyak masak tulen, harga siling ayam dan telur ayam akan dimansuhkan bermula Julai 2022.

Apa akan berlaku selepas itu?

Pautan untuk memeriksa harga barang keperluan harian yang dikeluarkan FAMA

Adakah kerajaan sudah bersedia membantu rakyat terutama golongan B40 menghadapi kenaikan harga makanan asas serta barang keperluan lain?

Mekanisme apa yang Menteri KPDNHEP telah sediakan untuk menyokong perubahan harga kelak? Jika tidak ada jalan penyelesaian, adakah Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob sudah bersedia untuk dikecam rakyat kerana GAGAL membantu rakyat ketika ekonomi negara masih belum kukuh?

Alexander sendiri tidak berani memberi jaminan harga barang keperluan tidak akan memberi impak kepada kos sara hidup rakyat selepas penghapusan subsidi serta harga siling yang disenaraikannya.

Walau beliau menyatakan kenaikan akan dipantau, ternyata ia boleh diibaratkan retorik.

Ini membebankan rakyat secara keseluruhan. Impak domino akan menguasai harga semua jenis barang keperluan dan tidak terhad hanya kepada yang telah beliau senaraikan.

Implikasi inflasi sudah mula menampakkan kesan terutama kepada pengguna dan turut memberi impak besar terhadap permintaan. Peniaga sudah mula merungut apabila terpaksa menanggung kerugian kerana rakyat sudah kehilangan kuasa membeli.

Sudahkah Kerajaan Keluarga Malaysia bersedia untuk menerima natijah sama seperti PH dan PN kerana GAGAL membantu rakyat?

Inilah akibatnya apabila sesebuah kerajaan tidak mempunyai kestabilan. Apa fungsi Majlis Pemulihan Negara jika hanya membawa kepada kerosakan ekonomi negara?

Sewajarnya Perdana Menteri segera memikirkan strategi dan jalan penyelesaian menang-menang agar rakyat tidak menunjukkan kemarahan mereka melalui saluran lain

SUMBER : Kosmo, redaksi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.