Viral

Doktor Terang Kenapa Babak Dalam Drama Ini Dianggap Cuai

ARA-GARA tidak peka dengan teknik penggunaan peralatan perubatan yang sepatutnya, seorang doktor menegur salah satu babak lakonan Redza Rosli dalam drama berjudul Bisik Bisik Gelora.

Menurut Dr Hafeez yang berkongsi perkara tersebut di laman TikTok miliknya, babak tersebut menggambarkan kecuaian oleh pihak hospital atau ia sebenarnya sekadar gimik yang tidak menjadi.

Dalam babak yang dipaparkan, watak Jad Izzuddin lakonan Redza terlantar dalam keadaan kritikal di sebuah hospital, namun cara penyambungan tiub bantuan pernafasan adalah tidak sama seperti amalan perubatan sebenar.

Hafeez tegur babak yang tidak realistik dalam drama.

“Ini babak dramatik atau cuai. Benda yang terkeluar dari mulut itu adalah tiub pernafasan untuk seorang yang hendak ditidurkan. Tiub itu sepatutnya diikat dan bukan digigit sebab ia boleh tercabut keluar.

“Benda yang macam bubble itu pula adalah ambu bag yang digunakan untuk mengepam udara secara manual apabila seseorang itu pengsan. Ia tidak sepatutnya ditinggalkan di situ. Kalau tinggal memang nampak macam cuai,” katanya.

Tambah Dr Hafeez, jika keadaan sebegitu benar-benar berlaku disebabkan kecuaian pihak hospital, pesakit boleh mengambil tindakan saman.

Doktor perubatan itu turut memberi cadangan kaedah terbaik untuk melakonkan babak sebegitu dengan kos yang rendah.

“Kalau saya orang berkenaan, episod seterusnya saya akan saman hospital. Jika mahu babak dramatik dengan kos rendah cukup dengan hanya memakai topeng oksigen.

Jalan cerita sudah elok, tetapi babak tersebut mer0sakkan

“Kita sudah melalui fasa Covid-19 selama dua tahun dan orang ramai tahu bagaimana keadaan pesakit kritikal.

“Jalan cerita sudah elok, tetapi babak tersebut merosakkan,” ujarnya.
Bisik Bisik Gelora menggandingkan Redza dan Raysha.

Drama Bisik Bisik Gelora merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Riza Baharudin.

Selain Redza pelakon lain yang turut terlibat adalah Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir dan Hafidz Roshdi

kredit:mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.