Viral

Pemuda B0ngkar Mentaliti Sebenar Golongan B40 Menyewa Di Apartment RM350 Sebulan

TOPIK mengenai golongan B40 yang terdiri daripada kumpulan isi rumah terendah dalam Malaysia sering diperkatakan menerusi media sosial.

Paling diingati tentunya kenyataan kontroversi seorang pensyarah wanita yang memperlekeh pelajar B40 pada Mac lalu.

Terbaharu, seorang individu di Twitter dikenali sebagai Asrul Muzaffar turut memuat naik satu nukilan berjudul 10 Memori Hidup Di Kawasan Biforti (B40).

Menurut individu itu, ada penduduk yang tergamak membela ayam di kawasan apartment berkenaan. (Gambar Hiasan)

Imbas Asrul, dia pernah menyewa sebuah apartment B40 di Lembah Klang ketika zaman bujang dan mengakui fasa itu meninggalkan banyak kenangan buatnya.

“Dulu masa bujang aku pernah sewa apartment B40 kat Lembah Klang. Memang murah gila, cuma RM350 sebulan untuk satu unit. Memang kecil. Dari pintu depan jalan tujuh langkah dah sampai pintu bilik.

“Tapi tak kisahlah tu asal jimat duit. Dah jangka pun kecil dan tak selesa. Tapi yang aku tak sangka ialah mentaliti B40 majoriti penduduk kawasan itu,” tulisnya dalam posting asal yang dimuat naik ke Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Bercerita lanjut, Asrul berkata perangai suka menanda petak parking sudah sekian lama berlarutan, malah lebih teruk ada yang bersikap pengotor dan tergamak membela ayam di kawasan kediaman itu.

“Cop parking memang bermaharajalela. Pernah aku terletak kereta tempat yang dia dah cop sebab aku tak tahu. Esoknya dia letak timbunan sampah atas kereta aku.

“Ada unit tingkat bawah sekali bela ayam. Siap ada reban ayam. Waktu siang dia akan lepas ayam merewang sana-sini. Setiap tingkat ada tempat buang sampah. Ala yang boleh buka, letak plastik sampah dalam tu kemudian bila tutup, semua jatuh kat tong sampah besar kat bawah.

“Selalu la juga jumpa yang pakai letak je plastik sampah kat luar atau dia biar penutup tu terbuka kemudian plastik sampah tersangkut kat situ sebab besar sangat. Bau tak payah cakap la,” dedahnya.

Antara kenangan lain sepanjang menetap di sana termasuklah ruangan tertentu yang tidak boleh diakses kerana sikap tamak penduduk yang meletakkan motosikal pada tempat tidak sepatutnya.

Pernah sekali tu satu unit kat blok aku terbakar. Sebab anak dia bakar tali raket badminton dalam bilik.

Gangguan bunyi, kerosakan kenderaan serta kecurian juga pernah berlaku ketika dia menetap di kawasan apartment berkenaan.
“Ada tempat parking motosikal tapi mereka pergi letak kat bahagian tangga tingkat bawah sampai halang orang nak lalu. Oh ya, semua blok tiada lif, jadi kena menapak guna tangga.

“Ada yang beli mesin karaoke, melalak sampai tengah malam perasan suara dia macam Siti Nurhaliza. Budak-budak B40 pula lepak kat taman depan blok, kemudian gelak kuat-kuat sampai 2-3 pagi. Sekali tu rakan serumah aku jerkah nak turun dengan parang baru mereka senyap.

“Cermin kereta kena pecah dua kali. Mungkin budak penagih nak curi duit kecil dalam kereta. Peliknya sistem audio mereka tak curi. Cuma duit syiling atau duit not RM1 dan RM5 yang ada dalam kereta untuk guna bayar tol,” ujarnya.

Menurut Asrul, golongan B40 di penempatan itu juga tidak berdisiplin, malah mereka juga suka berlumba motosikal sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Selain sikap pengotor, ada dalam kalangan penduduk yang suka membuat gangguan bunyi. (Gambar Hiasan)

“Sebelum beli kereta, aku naik bas. Kat stesen bas situ B40 tak pernahnya beratur. Bas sampai, semua dok berebut nak naik.
“Pernah sekali tu satu unit kat blok aku terbakar. Sebab anak dia bakar tali raket badminton dalam bilik. Lilin jatuh, api sambar katil, akhirnya satu rumah terbakar.

“Malam minggu pukul 1 ke 2 pagi nanti adalah bunyi ‘preng’ rempit B40 memekak dengan motosikal mereka,” ceritanya panjang lebar.

Dedah Asrul, dia akhirnya berpindah ke kawasan yang lebih baik, namun sebagaimana lumrah, hidup semua orang tidak terlepas dengan pelbagai masalah lain juga.

“Tapi memang jimat duit banyak duduk situ sebab sewa murah. Dengan duit yang disimpan, aku beli kondominium M40 yang aku duduk sekarang. Bila kondo siap, terus aku cabut dari kawasan B40.

“Kondo M40 pun ada juga masalah tapi masalah satu sampai 10 yang kat atas tu dah tak ada dah. Yang jadi masalah pula bila ada yang mengelat bayar maintenance fee atau tree huggers yang tak bagi trim pokok walaupun dah jadi sarang nyamuk,” ujarnya lagi.

kredit:mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.