Viral

Wanita Ini Terang Perbezaan Servis Swasta Dan KK “Servis tu iyalah dah bayar RM1 berpadananlah dgn servis yg diberikan”

“Di mana nak bersalin? Bersalin di Hospital kerajaan ke swasta?”

Itulah persoalan yang wajib bermain di fikiran ibu yang mengandung. Malahan, itu juga soalan cepumas oleh semua orang terhadap golongan bakal ibu. Bimbang dengan layanan dan perkhidmatan yang bakal diterima selalunya menjadi faktor utama.

Namun, banyak lagi faktor yang boleh dibandingkan sebelum keputusan muktamad dipilih. Berikut satu perkongsian menarik dari seorang Ibu mengenai fasliti yang perlu di naik taraf

“Kalau servis swasta bila kita buat ultrasound kita angkat baju tunjuk perut diselimutkan dengan selimut yang sejuk dan selesa. Lepas tu nurse pun letak tisu sekeliling pinggang takut kena baju kita.

“Lepas tu letak gel and ultrasound tu buat 2-3 gambar and makesure patient dapat tengok baby and happy. Doktor pun akan ucap congrats and senyum lebar.

“Lepas tu nurse akan datang dan bersihkan gel dekat perut kita. Sampai dah bersih dia makesure kita turun elok-elok.

“Tapi dekat KK kita baring atas katil, angkat baju. Doktor akan letak 2-3 keping kertas keras macam baking paper. Dia letak gel dia terus check and dapat 1-2 gambar puas hati dia kasi tengok and done.

“Gel tu kita bersihkan sendiri. Dengan 2-3 keping kertas keras yang dah memang bersisa dengan gel. Tadi aku dok berharap doc lap gel tu sampai bersih. Tapi rupanya memang kena buat sendiri. Kakakakakak.

“Sama juga dengan anak kalau kat swasta. Bila baby datang check private dia akan bukakan baju baby settlekan baby ibu duduk tepi. Sampai dah siap nurse yang akan siapkan baby. Pastu ibu dapat baby dukung balik.

“Kalau dekat kerajaan ibu yang dalam pantang tu yang kena uruskan baby dia semuanya. Pakaikan pampers baju bedung semua ibu kena buat sendiri sambil berdiri waima czer ke normal ke semua kena buat sendiri.

“Den cuma cakap fasiliti/kemudahan yang sepatutnya dinaik taraf. Servis tu iyalah dah bayar RM1 berpadananlah dengan servis yang diberikan. Bukan den minta selimut selesa, tisu lembut, nurse dan doktor senyum sepanjang hari sambil memimpin tangan den macam kat UK buat. No! Den cakap pasal fasiliti. Kemudahan awam.

“Faham tak maksud kemudahan awam. Macam kemudahan awam di klinik, hospital, sekolah, macam toilet, katil, kerusi, bilik menunggu, ruang pesakit ini fasiliti yang sepatutnya rakyat dapat.

“Ini ruang menunggu doktor. (Refer gambar)

“Sempit, tiada aircond, tiada kipas. Ada 4 biji kerusi besi. Tengok tu ibu tengah kipas baby. And bayangkan ada ibu yang baru lepas bersalin dok kelek anak menunggu.

“Fasiliti yang boleh di naikkan taraf oleh pihak bertanggungjawab untuk keselesaan rakyat.

“Jangan dok fikir bayar RM1 nak expect macam-macam. Itu servis dari doktor. Dia nak layan baik ke buruk ke. Dapat misi mulut lantang ke apa ke. Itu kena bertahan jerlah.

“Tapi aku cakap pasal fasiliti. RM1 bukan untuk bayar fasiliti klinik atau hospital tu atau bayar gaji doktor. So fahamlah.

Kredit: FB Ija Juhari

Reaksi netizan:

Saya sebagai staff pun letih bila berkhidmat dlm serba kekurangan..sistem yg lapuk..even pengurusan dlm cam dolu dolu jugak

Cam kes peruntukan bantuan makanan tuk anak2 sekolahla kot. Peruntukannya banyak. Tapi final produk ala2 je. Masing2 ada share. Mangsanya anak2. Bila amanah dijadikan bisnes.

Peruntukkan walaupun dah dikelurkan dan diperuntukkan utk fisiliti yg baik tapi ketirisan berlaku di mana2 aje. Sebab tu kualiti fisiliti tak berkualiti yg diterima di mana-mana juga bangunan kerajaan.

Hospital Awam Atau Swasta? Pilihan Di Tangan Anda

Kemudahan penjagaan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik berikutan perbelanjaan besar yang diperuntuk kerajaan, tetapi masih ramai yang lebih gemar mendapatkan khidmat rawatan masalah kesihatan mereka di hospital swasta.

Persoalannya kenapa?

Menurut pengamal perubatan Dr Y. Foong, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ada dalam kalangan masyarakat yang memilih rawatan di pusat penjagaan kesihatan swasta.

“Mungkin ada orang yang tidak suka dengan waktu menunggu yang agak lama di hospital awam. Kerana beberapa sebab tertentu, masa untuk menerima rawatan mungkin agak lama dan sudah tentu ada yang tidak gemar dengan situasi sebegini.

“Ada juga yang mungkin tidak berapa puas hati dengan rawatan yang diberikan. “Kadang kala juga mereka mahu mendengar pendapat kedua tentang masalah yang mereka hadapi,” kata Dr Foong.

Apa Kata Pesakit

Peniaga Abdul Rahman Bakar, yang lebih suka mendapatkan rawatan di hospital swasta berkata:

“Di hospital swasta, saya dapat rawatan yang cepat dan saya juga boleh pilih pakar yang saya mahu untuk rawatan. Saya juga boleh pilih pakar untuk konsultasi masalah kesihatan saya,” kata beliau.

Pakar teknologi maklumat Steven Lim bersetuju dengan pendapat Abdul Rahman. Katanya rawatan di hospital swasta dapat diberikan dengan cepat sementara konsultasi dan temujanji diadakan di waktu yang sesuai bagi pesakit.

“Keluarga dan rakan dapat melawat tanpa ada banyak halangan,” katanya.

Insurans Penjagaan Kesihatan Swasta

Kini ramai yang suka pergi ke hospital swasta kerana majikan mereka menyediakan insurans penjagaan kesihatan sebagai satu daripada kemudahan di tempat kerja.

Terdapat pelbagai perlindungan insurans kesihatan, daripada pelan keluarga hinggalah kepada pakej perlindungan pakar.

“Perkara pertama seseorang yang mendapat perlindungan insurans perlu lakukan ialah menghubungi syarikat insurans untuk mengetahui perlindungan perubatan yang diberikan bagi sesuatu khidmat rawatan itu.

“Mereka juga perlu mengetahui samada perlindungan tersebut meliputi konsultasi serta ujian bagi pesakit luar,” kata aktivis sosial dan pengguna Fatimah Mansur, sambil mengingatkan kebanyakan polisi insurans kesihatan tidak meliputi masalah kesihatan yang sedia ada serta juga penyakit kronik.Juga penyakit jangka panjang yang tidak boleh sembuh.

“Adalah baik bagi anda menghubungi syarikat insurans untuk mengetahui rawatan serta perlindungan kesihatan yang diberikan,” kata Fatimah.

Kos Tinggi

“Mahal lah,” kata peruncit K. K. Wong yang mahu dikenali sebagai Kay, bila ditanya sama ada beliau memilih hospital swasta atau pusat kesihatan awam.

Menurut Kay, kerajaan membelanjakan berbilion Ringgit untuk menyediakan serta meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan awam di negara ini.

“Kerajaan membelanjakan wang yang banyak dari segi penjagaan kesihatan untuk orang ramai. Sudah tentu jika anda mencari kemewahan seperti bilik yang dilengkapi televisyen, ia tidak didapati di hospital kerajaan.

“Tetapi hospital sepatutnya bagi mereka yang sakit untuk mendapatkan rawatan, jika anda nak tengok televisyen lebih baik duduk di rumah sahaja,” kata beliau.

Kata Kay, orang ramai perlu sabar dengan masa menunggu dan rawatan di hospital awam. “Terpaksa menunggu untuk konsultasi serta mendapatkan ubat dan juga masa untuk masuk wad adalah perkara biasa. Apatah lagi bayaran yang dikenakan amat murah (berbanding hospital swasta)”, tambah Kay.

Permata Dalam Sistem Penjagaan Kesihatan

Seorang doktor yang sudah bersara, M. Anthony, berkata bekerja di hospital kerajaan merupakan sesuatu yang beliau banggakan.

“Semasa zaman kolonial serta tahun-tahun selepas Merdeka, kemudahan serta infrastruktur kesihatan awam memang tidak mencukupi serta ketinggalan. Tetapi kini, semua kelengkapan di hospital kerajaan di negara ini bertaraf dunia,” kata Anthony yang merupakan graduan perubatan dari universiti di Ireland pada tahun 1950-an.

Kata Anthony hospital kerajaan adalah permata dalam sistem penjagaan kesihatan di negara ini.

“Hospital ini memang mudah menerima reputasi yang tidak baik tetapi sebenarnya merupakan model atau contoh bagi kecemerlangan di bidang klinikal.

“Hospital ini masih merupakan institusi yang dituju pesakit bila mereka memerlukan rawatan,” kata beliau.

Katanya masalah utama ialah kekurangan petugas di hospital awam.

“Sepatutnya bilangan jururawat, doktor, ahli fisioterapi dan petugas perubatan lain mencukupi, tetapi bilangan pesakit yang mahukan rawatan terlampau ramai. Ini menunjukkan masih ramai yang mahukan perkhidmatan di hospital kerajaan”, kata beliau.

Bila jumlah pesakit yang mahukan rawatan di hospital awam menjadi begitu ramai bila dibandingkan dengan petugas yang berkhidmat, sudah tentu beban tugas menjadi lebih berat, tambah beliau.

Rawatan Percuma

Pendidik V. Vasugi mempunyai pandangan sebegini:

“Hospital awam tetap ada bagi kita semua. Ini sebabnya kita perlu menghargai mereka. Mereka memberikan khidmat cemerlang dan ini kita patut bangga”, kata beliau.

Kerajaan juga menyediakan rawatan percuma di hospital bagi penjawat awam serta keluarga mereka dan ini antara sebabnya masih ramai yang mahukan perkhidmatan di hospital awam.

“Kerajaan memberikan perkhidmatan rawatan percuma bagi kakitangan awam serta keluarga mereka. Ini jarang berlaku di negara lain,” kata Ahmad Kassim, yang bersara daripada perkhidmatan diplomatik Malaysia.

Khidmat Cemerlang

Baru-baru ini juga, penulis menerima rawatan di wad ortopedik di sebuah pusat perubatan awam di sini.

Jururawat, doktor serta atendan di wad itu menjalankan tugas mereka secara profesional dan penuh dedikasi.

Contohnya bila ‘loceng bantuan’ dibunyikan pesakit, tak sampai beberapa saat jururawat muncul untuk memberikan bantuan yang diperlukan pesakit.

Para pegawai perubatan serta juga pakar menjalankan tugas mereka di wad itu secara bergilir-gilir hampir 24 jam sehari.

Bagi penulis, kecemerlangan serta profesionalisme tetap wujud di hospital awam yang merupakan permata dalam sistem kesihatan di Malaysia.

kredit: BERNAMA

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *