Viral

Bad Indigo & Ashira Aziz Sah Bercerai, Tetap Kawan Sampai Bila-Bila

Ikatan perkahwinan pasangan selebriti, Bad Indigo dan isteri, Ashira Aziz tidak bertahan lama setelah mereka mengumumkan sah bercerai.

Tak akan buka aib

Menerusi hantaran video di Instagram (IG) pada Khamis, Bad, 46, menyatakan mereka telah berpisah secara baik dan membuat keputusan untuk kekal berkawan.

Kami sudah capai persetujuan bersama, jadi kami dah sah berpisah tapi tetap berkawan. Kita memang nak berkawan sampai bila-bila.

Tambah pemilik nama Badrul Izhan Yeop Abdullah, dia menegaskan tidak timbul orang ketiga dalam rumah tangga namun punca perpisahan menjadi rahsia.

Saya sayang dia. Apa sebabnya kita tak boleh cerita… yang penting tak ada orang ketiga. Apa-apa yang berlaku dalam perkahwinan ni, ia adalah satu aib.

Mendedahkan aib walaupun sendiri yang mendedahkan adalah dosa. Biar Allah yang tahu. Semoga tiada lagi pertanyaan mana Ashira, mana Bad? Minta semua jangan cerita benda tak betul fasal kami.

Jangan keluar cerita tak betul

Sementara itu, Ashira, 37, memohon agar tidak ada mana-mana pihak membuat spekulasi tidak betul mengenai rumah tangga mereka.

Kata pemilik nama lengkap Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, dia juga tidak akan menjawab pertanyaan daripada pihak media yang ingin mengetahui lebih lanjut.

Kami tak nak keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita-cerita yang kat luar tu yang tak betul. Jadi harap benda ni jelaslah.

Tak ada masalah antara kami, kalau ada masalah saya tak ada dalam kereta ni.

Saya tak terima pertanyaan media yang ingin tahu apa punca perpisahan. Biarlah saya, dia (Bad) dan Allah saja tahu.

Tak Wujud Orang Ketiga

Dalam pada itu, Bad pula membuat pencerahan bahawa tidak wujud orang ketiga dalam rumah tangga mereka hingga mencapai kata putus untuk berpisah.

“Yang penting tiada orang ketiga,” katanya sambil disokong Ashira yang hanya menyimpan hal itu antara diri mereka dengan Allah SWT.

Untuk rekod, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ashira Aziz dan Bad daripada kumpulan Indigo selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 11 Mac tahun lalu.

Bad bergelar bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 13, dan Rania, 12 manakala Ashira pula berstatus ibu tunggal pada 2015 dan memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 16.

Sumber: Instagram @bad.indigo_official

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *