Viral

Kem4tian Ad1bah N00r Buat Ustaz Kazim Rasa Malu

KEMATIAN Allahyarham Adibah Noor pada Sabtu lalu memberi kesan kepada ramai orang terutama teman-teman rapat yang sudah lama mengetahui sakit dihidapinya. Ramai terkejut, kerana selama ini tidak ramai tahu dia sebenarnya menghidap kanser ovari, termasuklah ahli keluarganya sendiri.

Namun, sudah tertulis akan suratan takdir untuk dia meninggalkan dunia sebuah pentas ujian ini bagi menemui maha pencipta, Allah SWT pada Sabtu lalu.

Ramai yang hadir ketika pengkebumian Adibah.

Percaya atau tidak, ramai orang sayang Adibah.

Saat kematiannya sehinggalah jenazah dibawa ke tanah perkuburan, beliau diiringi ratusan rakan taulan. Malah, kematian yang antara sebab berpunca daripada kanser ovari dirahsiakannya selama ini turut menyentuh hati pendakwah selebriti Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias.

Sifat Adibah, 52, yang merahsiakan sakitnya itu menyebabkan Ustaz Kazim berasa malu atas kesabaran artis itu.

“Kita kenal Adibah Noor seorang yang sihat selama ini apabila melihat di kaca televisyen. Tiba-tiba sahaja dia menjadi kurus sebelum meninggal dunia.

“Rasa satu tamparan buat saya. Saya malu dengan Allah dan dengan arwah sebab dia sakit tidak ada seorang pun yang tahu. Jika ada pun (orang tahu) arwah minta supaya tidak ceritakan kepada orang lain.

“Berbeza dengan saya… satu dunia tahu saya sakit. Saya belum jatuh tahap orang yang sabar seperti Adibah. Dia senyap dan tutup mulut. Dia merahsiakan tahap kesihatannya selama ini,” kata beliau dalam satu sesi perkongsian di laman sosial.

Kazim melihat tindakan arwah Adibah merahsiakan tentang sakitnya itu sebagai satu pengajaran buat semua pihak untuk lebih bersikap sabar, sesuatu perkara yang dituntut dalam Islam. Dalam masa sama, Kazim juga mengulas sakit yang dialaminya selama ini sebagai satu ujian buat dirinya apabila ia menjadi bualan ramai.

“Ini satu pengajaran buat saya supaya menjadi sabar. Sakit itu kita simpan sebagai rahsia. Jika arwah boleh buat begitu kenapa kita tidak?

Kazim menunjukkan bahagian luka yang dialami akibat sakit misteri.

“Saya tak mahu cerita sakit saya menjadi viral, tetapi apa boleh buat. Tidak salah untuk memberitahu tentang sakit yang dialami kepada teman rapat dan orang yang boleh membantu. Ini satu ujian buat saya,” ujarnya. Ustaz Kazim sebelum ini pernah berkongsi cerita beliau mengalami sakit misteri sejak 1997 dan tidak pernah mengetahui puncanya meskipun sudah mendapat pelbagai jenis rawatan.

Akibat perbuatan sihir itu, Kazim sering mengalami luka-luka pada beberapa bahagian tubuhnya seperti muka dan kaki.

Bapa tak tahu Adibah Noor hidap kanser, pergi ziarah hospital ketika sakit tapi tutup mulut

TIADA kata yang dapat digambarkan oleh bapa kepada Allahyarham penyanyi Adibah Noor iaitu Mohd Omar Zainal Abidin atas pemergian anak ketiganya itu.

Reda dengan takdir Allah, Omar yang kini berusia 89 tahun berkata dia langsung tidak mengetahui tentang penyakit kanser ovari yang dihidap Adibah.

Bagaimanapun, Omar enggan bercerita lebih lanjut mengenai arwah anak perempuannya yang sudah tiada.

“Anak saya nombor tiga tu… kalau Tuhan nak pilih dia, nak ambil dia, ambil la. Saya tak tahu (Adibah kanser ovari)… dia tak beritahu. Saya pergi hospital, dia tak beritahu pun.

Bapa adibah

Bapa Adibah yang kini berusia 89 tahun.

“Dah la tu, tak payah cerita banyak, orang pun dah tak ada,” kata Omar kepada media.

Adibah Noor, 52, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas dan difaham sudah lama mengidap kanser ovari.

Saya tak tahu (Adibah kanser ovari)… dia tak beritahu.

Jenazah Allahyarham penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu selamat dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 pagi, Ahad.

Tidak mampu berbicara lebih panjang dengan keadaan tidak bermaya, Omar memberitahu anaknya sentiasa taat kepada ibu bapa dan Allah.

“Dia seorang anak yang taat. Kalau ada yang kata dia kedekut, terpulang pada orang itu. Saya tak ada apa nak cakap, tak boleh panjang cerita… tak larat,” ujarnya.

Adibah

Adibah merahsiakan penyakitnya daripada keluarga.

Terdahulu, rakan selebriti yang rapat iaitu Linda Onn mendedahkan Allahyarham seorang yang pemurah dan tidak pernah berkira dalam soal membayar makan ketika keluar bersama.

Malah, ramai rakan-rakan selebriti yang memuji keperibadian arwah Adibah yang dianggap seorang yang baik hati serta ikhlas dalam segala apa yang dilakukan.

Sumber Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.