Viral

Penduduk Buat Perangai Cop Parking Pasu Bunga Kena Sita Pihak Berkuasa

Bagi mereka yang tinggal di perumahan bertingkat, sudah menjadi kebiasaan apabila terdapat segelintir penduduk bersikap mementingkan diri sendiri dengan melakukan cop ruangan tempat meletak kereta.

Terbaru, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyita beberapa barangan menerusi ops sitaan halangan di dua lokasi perumahan pangsapuri kos rendah di sekitar Ampang, Selangor.

Menurut laporan Sinar Harian, barangan seperti pasu bunga, kerusi dan kon itu dipercayai digunakan untuk ‘menanda’ cop parkir bagi meletak kenderaan mereka.

“Operasi diadakan di rumah pangsa kos rendah 420, Bandar Baru Ampang dan rumah pangsa kos rendah Taman Bakti, Taman Cempaka itu berikutan aduan orang ramai,”

“Orang awam boleh mengemukakan sebarang aduan melalui http://aduan.mpaj.gov.my atau saluran nombor WhatsApp 019-266 8100,” kata MPAJ dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Operasi sitaan halangan di tempat awam dan jalan awam itu dilakukan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan, Jabatan Penguatkuasa serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPAJ.

Tindakan pihak MPAJ itu menerima reaksi positif dalam kalangan netizen yang berharap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) lain dapat bertindak melakukan operasi sama.

“MPAJ terbaik, harap kekalkan dan bagi contoh PBT-PBT di negeri lain juga,” kata pemilik akaun John John.

“Letak papan tanda.. aduan cop parking ambil gambar.. buat laporan dapat sagu hati,” kata seorang lagi netizen, Abd Razak Abdul Mutaleb.

Terdahulu, tular beberapa rakaman orang awam memperlihatkan membawa keluar keretanya dari parkir sebelum meletakkan tong sampah di ruangan berkenaan sekali gus mengundang rasa tidak puas hati netizen.

Lihat video dibawah :

 

Parkir rumah flat bukan milik bapa sesiapa

Tahun yang sepatutnya negara kita telah mencapai Wawasan 2020 dengan pelbagai kemajuan infrastruktur serta mentaliti kelas pertama.

Malangnya, mentaliti kita masih tertinggal 30 tahun di belakang. Kita masih lagi kurang sifat empati dan masih banyak lagi sikap pentingkan diri. Tengok sahaja di rumah-rumah flat, apartment dan teres, masih banyak orang ingat tempat letak kereta awam di kawasan perumahan macam bapak mereka yang punya.

Mereka ingat mereka beli kondominium beli rumah dapat lot parking sekali. Mereka tak faham ke rumah flat ini statusnya srata. Tiada kawasan tanah yang boleh dimiliki mana-mana penghuni.

Kalau kawasan rumah tu 850 ft, maka 850 ft jelah yang dia miliki. Malah kalau rumah bawah ada tempat letak kereta depan rumah sekalipun, dia tak boleh klaim parking depan rumah tu hak dia.

Tempat letak kereta rumah flat ni parking awam, untuk semua. Tiada lebih tiada kurang. Orang dah duduk lama ke, orang baru duduk ke, sama sahaja, parking itu tetap tiada hak sesiapa pun.

Jadi takde siapa-siapa berhak cop atau book parking letak kon, kerusi, pasu bunga, botol, tong sampah dan lain-lain sampah.

Tak cukup pakai sampah, yang book pakai motor pun ada. Padahal boleh je letak motor kat tempat parking motor.

Bila orang lain alih sampah dia dan letak kereta kat situ, dia bagi notis cakap kita pula bodoh sebab ambil parking dia. Ada yang lebih sampah dia pergi simbah cat, calar dan pancit tayar kereta kita.

Yang halang kereta orang buat double park ni tak tau dah nak cakap apa. Dah la tak turun handbrake, tak tinggal nombor telefon sampai menyusahkan orang lain pula. Ini memang betul-betul sampah punya mentaliti.

Ada pula siap berniaga kat tempat letak kereta. Sudahlah parking tu terhad, dia pergi buka bengkel, gerai char kuay teow, kedai burger dan macam-macam lagi.

Bila penguasa datang sita kedai mereka, cakap majlis perbandaran nak jatuhkan perniagaan orang Melayu. Mungkinlah otak mereka tertinggal kat longkang atau jamban.

Yang duduk rumah teres pun ada yang boleh tahan sampahnya. Depan rumah sendiri tak nak parking, dia pergi parking depan rumah orang lain. Dia tak sedar ke hidup dia dah menyusahkan jiran lain?

Kita punya perangai ni, punyalah bangang sampai orang lain yang terpaksa uruskan hal-hal mudah macam ni. Tapi tulah, bila majlis perbandaran buat operasi, sedar lah seminggu dua lepas tu buat balik perangai sama.

 

Inilah malangnya bila kita ini bukan sahaja suka buat sampah, malah otak juga sampah. Aku tak yakin lagi 50 tahun pun kita akan berubah. Aku tak yakin.

Tapi kalau jumpa lagi kes macam ni, boleh laporkan kepada pihak berkuasa seperti info berikut:

Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SHARE UTK SIMPANAN

INFO:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:

1. Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
2. Tel: 03-8886 6412.

Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kernderaan, butiran kejadian.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar) , Facebook group B40 Buat Perangai Apa Harini, OMM, buasirotak.blogspot.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.