Viral

Seronok Sangat Tepuk Punggung Dikhalayak Ramai Akhirnya Terima Padah Ini Tindakan MCMC Terhadap Kak KM Dan Lain2

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal yang memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok masing-masing.

MCMC berkata, susulan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung tindakan individu berkenaan, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap ketiga-tiga individu terbabit di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, pada Rabu.

Aksi tepuk punggung, Kak KM buat hal lagi… - Malaysiapost

Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

“Sehubungan itu, orang ramai khususnya selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Penutupan sementara ibu pejabat dan bangunan lama MCMC Cyberjaya - BebasNews

 

Didie Alias Nasihat Ifa Raziah Agar Berpada-Pada Promosi Acara Yang Libatkan Kerajaan

Pelakon, pengacara dan juga usahawan Didie Alias berharap agar sahabatnya, Ifa Raziah dapat menggunakan cara yang lebih sesuai untuk mempromosikan acara anjurannya pada masa akan datang.

Sebagai seorang yang turut dikenali sebagai penganjur karnival jual beli, Didie berkata, gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.

“Saya Akan Tegur Dia” - Didie Alias Nasihat Ifa Raziah Agar Berpada-Pada Promosi Acara Yang Libatkan Kerajaan

“Saya pun penganjur juga… bila kita sudah buat sesuatu yang levelnya sangat bagus, mungkin kita boleh guna cara lain untuk menjemput pengunjung. Setahu saya, acara yang dikelolakannya itu melibatkan pihak kerajaan.

“Jadi bagi saya, boleh nak buat sebarang video promosi untuk memasarkan acara yang dianjurkan cuma haruslah berpada-pada dan kelihatan profesional,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Didie menjelaskan, penganjur sepatutnya membantu usahawan yang terlibat dalam acara berkenaan untuk mempromosikan perniagaan mereka.

“Kita tahu yang orang akan buat apa sahaja di media sosial. Sebagai kakak kepada mereka yang terlibat dalam video itu dan mempunyai pengalaman lama, saya nasihatkan supaya mereka fikir dulu sebelum buat apa-apa.

“Sebab keempat-empat mereka itu semua usahawan berjaya. Mereka kenalah hati-hati pada masa akan datang,” katanya lagi.
Menurut Didie, dia akan menegur Ifa jika dia berpeluang bertemu dengan selebriti versatil itu kelak.

Ifa raziah | Explore Tumblr Posts and Blogs | Tumgir

“Saya akan tegur dia… Tetapi saya kena ambil maklum juga sama ada content yang dikeluarkan itu dibuat secara sengaja atau tidak. Mungkin dia tidak sengaja dan orang besar-besarkan… sebab kita pun tak tahu keadaan sebenar.

“Kalau tak sengaja tak boleh cakap apa. Tapi kalau niat nak promosi, bagi saya buat pada level yang profesional.

“Apabila orang respect awak sebab awak baru habis (acara) raya hari tu. dengan menteri semua ada di situ, awak kena jaga mileage. Sepatutnya kena fokus pada usahawan sahaja,” tutup Didie.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila video yang memperlihatkan selebriti media sosial, Kak KM menepuk punggung tiga lagi usahawan iaitu Datuk Seri Vida, Ifa Raziah dan juga Chetapotpet di khalayak umum.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *