Viral

“Ingat Semua Dah Lupa Aku..” – Pernah Menjadi Pemandu Uber, Ini Keadaan Danny X-Factor Sekarang

Masih ingat lagi dengan kumpulan X-Factor? Kumpulan yang merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia pada sekitar tahun 2000. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu yang diminati anak muda.

Danny,salah seorang anggota yang digilai ramai gadis sekarang terbabit dalam industri perfileman. Mesti ramai dah lama tak lihat Danny sekarang

Penyanyi dan pelakon Danny X-Factor meluahkan rasa terharu apabila ada ramai peninat yang masih mengingati dan merinduinya terutamanya di platform TikTok.

Menerusi laman sosial tersebut, Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, 42, berkongsi catatan tersebut untuk tatapan umum.

“Ingat semua dah lupa aku. Selepas buka akaun TikTok terasa dihargai. Terima kasih pada yang dah hadir, like dan follow. Thanks guys,” tulisnya pada satu hantaran video.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan sokongan buat Danny untuk membuat kemunculan semula dalam industri seni tanahair.

“Insyallah,” jawab Danny pada komen tersebut.

Bakal Buat Kemunculan Semula

“Episod Bersiri kisah Benar.. Target  3 Bulan Back to Danny Xfactor.. #RoadToDannyXfactor  Jom Suppprt ya..  Lepas ni nk ambik watak Hero jah hihihi..” tulis Danny

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya juga menyatakan yang mereka tidak pernah melupakan Danny kerana wajah tampannya cukup memberikan impak pada zaman remaja mereka.

“@hazwanhairul:Pehhh mana boleh lupa bang.. abang la punca ramai amek 125z merah putih dulu bang tahun 2001/2002.”

“@Akmal Hizzat Azizan:Dulu kalau apa-apa je asyik “weh ensem macam danny x factor tak?”

“@Shiapa aja la aku:bang, dulu aku rasa kau paling hensem dalam malaysia bang sumpah.”

“@smellliketeenspirit:mana bole lupa. abang dulu level-level Aaron Aziz Fatah Amin tau.”

“@Muhammad Iqbal:kami tak penah lupa pun..abang dah hiburkan zaman kecik kami.”

“@BlackSweet:Terima kasih Danny dan XFactor kerana pernah menghiburkan kami dan menceriakan hari-hari muda kami..semoga sihat selalu.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 400,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sebelum ini Danny dikatakan menjadi pemandu perkhidmatan Uber dan dia mula berasa seronok selepas mendapat pendapatan yang disifatkan sebagai lumayan selain melihat pelbagai karenah manusia.

Danny atau Mohd Khardanie Anwa tidak kisah walaupun ada segelintir pihak yang memberikan komen negatif mengenai pekerjaan yang dilakukannya itu termasuk yang menuduhnya sudah ‘tidak laku’ dalam industri hiburan.

Pada mereka yang tidak tahu, sebenarnya Danny merupakan bekas pramugara.

Danny juga memiliki syarikat Double Channel Sdn Bhd dan projek terbaru ialah karnival online Timorfest. Selain itu, dia juga terbabit dengan penggambaran program TV iaitu Destinasi Selebriti dan terbaru 2 Roda untuk saluran RTM.

Sekadar info, Danny pernah mencipta kemahsyuran satu ketika dulu bersama kumpulan X-Factor yang dianggotai oleh Fendi, Zack, Shah dan Ivarn.

Selain dikenali menerusi Sehangat Api, 7251364 dan Tak Sanggup, Danny turut menempa nama menjadi pelakon dalam filem Seri Dewi Malam, Idola, No Problem, KL Menjerit 1 dan banyak lagi.

Sumber : murai

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.