Viral

Benda Dah Tersebar, Pemain Ini Jelaskan K0ntroversi Rai Kemenangan di Kelab Malam

Sebuah video memaparkan beberapa individu dipercayai pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di kelab malam tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi lapan saat itu, antara pemain yang dipercayai berada dalam rakaman tersebut ialah Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok.

Turut menarik perhatian netizen ialah ‘kelibat’ seorang lelaki dipercayai pemain kebangsaan beragama Islam turut berada di lokasi itu sambil memegang sebatang rokok.

Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial

Susulan video itu, Junior tampil untuk menjelaskan perkara sebenar kepada portal Harimau Malaya selepas video berkenaan tersebar.

“Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutama di sini (Malaysia) yang boleh memperlihatkan tidak baik. Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu, tetapi terdapat pemain-pemain bukan muslim bersama.

“Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan, ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya,” katanya.

Aktiviti Peribadi Pemain Tak Wajar Diulas?

Dalam pada itu, portal media bola yang berpengaruh, mensihati para penyokong supaya menjadi matang. Elakkan untuk mengulas isu peribadi melibatkan pemain

“Sebagai penyokong bolasepak, kita seharusnya ulas & fokus terhadap isu bolasepak, taktikal, pertukaran & prestasi pemain serta isu-isu semasa di dalam bolasepak.”

” Isu aktiviti peribadi & di luar padang oleh para pemain tidak wajar diulas kerana ia adalah hak peribadi para pemain tersebut.

Jadilah penyokong yang matang dan waras.” tulis portal Harimau Malaya

Namun ada di kalangan penyokong tidak bersetuju dengan nasihat berkenaan, kerana bagi merka pemian bola kebangsaan merupakan ikon dan idola kepada anak-anak muda

Bimbang jika tingkah laku yang tidak elok di luar padang, terutama pemain dari kalangan muslim akan turut menjadi ikutan

“Atlet adalah idola pada budak untuk masa hadapan. Kalau cara hidup seharian tak perlu diperbaiki, kalau macam tu tak perlulah biarkan budak² ni ikut cara mereka. Baik ikut pemain hoki, berilmu malah jauh lagi hebat peringkat diorang pergi”komen seorang netizan

kredit: kosmo, fb harimau malaya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.