Viral

Saya Memang Harapkan Viral Kak KM Akui Salah Satu Cara Dia Cari Rezeki

Nama usahawan jamu sensasi, Kak KM rasanya tidak perlu dikenalkan lagi kerana setiap gambar atau video yang dikongsikan olehnya sering dikecam orang ramai.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri dilihat ‘kebal’ dengan kecaman ramai seperti baru-baru ini aksi menampar punggung bersama beberapa usahawan selebriti lain.

Sengaja buat konten aneh dan ‘panas’

Terbaru, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberitahu dirinya sengaja membuat konten yang aneh dan ‘panas’ sehingga mengundang kecam warganet.

“Pertama kali, alhamdulillah kerana setiap kali saya berkongsi pasti akan menarik perhatian netizen.

“Dan, saya memang mengharapkan viral,”katanya.

Semuanya demi bisnes

Jelas Kak KM, konten yang dilakukan olehnya itu hanyalah demi menarik perhatian ramai dan ia merupakan petanda positif terhadap perniagaan yang diusahakannya selama ini.

Aksi tepuk punggung selebriti, usahawan undang kritikan

“Apabila viral, ia menandakan produk laku kerana orang akan mengambil peduli mengenai diri saya seperti aktiviti yang dilakukan dan apa yang dijual.

“Sebenarnya perkara-perkara viral yang saya buat ini merupakan suatu perkara positif untuk perniagaan saya,”ujar Kak KM.

Di sudut lainnya Kak KM menyatakan dirinya juga manusia ada kalanya melakukan kesilapan, namun yang menjadi keutamaan buatnya ialah ibu serta keluarganya.

“Ye la takkan la dalam hidup ni kita asyik nak buat benda jahat je kan, bila soal keluarga saya akan sentiasa utamakan.

“Saya dan adik beradik sangat rapat dan kami akan sedaya upaya untuk bahagiakan mak saya, contohnya hari tu dah beli rumah dan kali ni akan ada lagi surpriseuntuk mak,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

 

“Ingat Balasan, Ingat Azab, Ingat Bala Allah!” –  PU Amin Tegur Video Usahawan Tepuk Punggung

Pendakwah bebas, PU Amin menegur tindakan sekumpulan pengasas produk tempatan susulan tularnya video tepuk punggung baru-baru ini.

Dalam hantaran video di TikTok, kata PU Amin, aksi itu seakan-akan tidak memikirkan soal maruah dan sensitiviti agama Islam.

“Ingat balasan, ingat azab, ingat bala bencana Allah SWT. Bertepuk tampar punggung di khalayak awam. Ramai yang menantikan, ramai saksikan. Boleh jadi trend ka selepas ni. Ramai tengok, macam syok ja. Jangan sampai macam tu sekali.

[VIDEO] "Ingat Balasan, Ingat Azab, Ingat Bala Allah!" -  PU Amin Tegur Video Usahawan Tepuk Punggung

“Yang buat ni bukan anak orang, tapi mak-mak orang yang buat perangai macam ni. Kadang-kadang tak fikir ka fasal maruah diri, tak fikir ka fasal sensitiviti agama dan tak fikir ka anak-anak kecil kita tengok video macam ni?” ujarnya.

Video yang viral itu membabitkan empat usahawan tempatan popular iaitu Ifa Raziah, Datuk Seri Vida, Kak KM dan Cheta Pot Pet.

Tambah PU Amin lagi, tindakan tanpa kawalan itu didorong oleh galakan dan sokongan masyarakat semasa terhadap mereka.

“Kita pun kadang mungkin dibeli dengan kekayaan dia. Dia suka puji puja, kita sokong dia. Kita tak pernah rasa nak boikot dia. Sebab apa, sebab kita suka tengok kekayaan orang macam ni.

“Tak boleh kita meniaga jual badan kita. Berhentilah dari perangai macam ni. Takut anak-anak kita pun ikut benda sama. Moga moga Allah pelihara kita. Jangan sebab benda macam ni turun pula bala bencana,” katanya.

 

Sumber: OMM, Gempak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *