Viral

Baru Sahaja Dikebumikan Sorang Wanita Dedahkan Satu Video Cik Non Buat Ramai Terkejut

Warganet hari ini dikejutkan dengan pemergian pengasas produk, Cik Non yang disahkan meninggal dunia oleh suaminya akibat komplikasi kesihatan di Hospital Kajang, awal pagi tadi.

Sekiranya dulu Cik Non atau nama lengkapnya Nor Shahada Aisyah Mohd Yasin ditularkan dengan cerita negatif, kali ini arwah mengundang sebak menerusi perkongsian orang ramai di laman Facebook.

Seorang pengguna Facebook, Anis Farhana memuat naik dua video daripada TikTok suami arwah memaparkan Allahyarham menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya dengan mengerjakan solat.

Sebuah video memperlihatkan Cik Non mengajar anak perempuannya untuk bersolat, manakala satu lagi video menunjukkan arwah menjadi makmum sebelum bersalaman dengan suaminya setelah selesai menunaikan solat.

“Allah tak pandang permulaan perjalanan hambaNya tapi Allah pandang pengakhiran hambaNya.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman disisiNya. Amin,” tulis Anis.

Ternyata meskipun sering menerima cacian dan makian segelintir individu, ibu seorang cahaya mata itu sentiasa cuba memperbaiki diri secara perlahan-lahan sehingga ditakdirkan ‘pergi’ buat selama-lamanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan berita pemergian arwah selain menyifatkan ia adalah pengakhiran terbaik buat Allahyarham Cik Non.

Diam2 ubah diri, kita macam mana?

Sedih pula tengok…

Nampak jahil, tak selamanya jahil

Terdahulu, nama Cik Non menjadi popular selepas videonya tidak memakai pelitup muka ketika masuk ke pusat beli-belah sewaktu pandemik Covid-19 selain beberapa lagi kontroversi lain.

Lihat video di bawah :

 

Cik Non viral meninggal dunia, ramai minta netizen henti kongsi video ‘lama’

Lama menyepi, Cik Non atau nama sebenarnya Nor Shahada Aisyah Mohd Yasin dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 3.45 pagi tadi.

Ceknon meninggal dunia

Perkara itu disahkan sendiri oleh suaminya di laman Tiktok sekaligus mengejutkan ramai individu di luar sana.

“Saya dari pihaknya ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa pada anda semua.”

“Jika Cik Non ada buat apa2 pada u all, minta maafkan lah ya…”

“Mungkin saya takkan buat apa-apa live, kebumikan…tunjukkan jenazah dia…”

 

Kuman serang otak

Sementara itu, hasil semakan di Facebook pula memaklumkan Allahyarham Cik Non mengalami cirit-birit berlarutan selama 3 hingga 4 hari.

Selain itu, arwah juga dilaporkan telah ditidurkan selepas jangkitan kuman menyerang otak.

Salam takziah diucapkan buat ahli keluarga Ceknon, moga arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman.

Sumber : Redaksi,OMM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *