Viral

Viral Buatkan i Lagi Tambah Followers Dosa Pahala Urusan Masing2 – Farra Inalis

Isteri kepada penyanyi rap Caprice, Farra Inalis menyifatkan cacian maki dan komen bukan-bukan dari netizen sebahagian daripada keuntungan dalam pemasarannya.

Tidak meminta untuk dikecam, kata Farra yang juga usahawan produk tempatan, individu yang sentiasa menulis komen yang negatif punyai penyakit hati!

“Nak puaskan hati manusia? Sampai kiamat pun memang tak mampu. Kenapa saya nak melenting kalau orang caci maki atau nak komen bukan-bukan, sedangkan mereka sedang memberi manfaat dekat saya tanpa mereka sedar.

“Viral, buatkan I lagi tambah followers and lonjakkan sales I. Untung free marketing, bukan I minta. Mereka sendiri yang sukarela nak tolong.

“Sanggup komen macam-macam untuk puaskan hati sendiri walaupun tak pernah kenal I, inilah dinamakan manusia yang ada penyakit hati,” katanya.

Farra atau mesra disapa Elis tampil menjawab soalan netizen yang bertanyakan tip untuk kekal tenang ketika teruk dikecam oleh pengguna media sosial.

Tambah Elis, urusan dosa dan pahala adalah urusannya dengan Yang Maha Esa.

“Walupun I free hair tak bermakna I jahat… I berdosa urusan I dengan Allah, I boleh minta maaf dan bertaubat bila tiba masanya.

“I dengan suami itu urusan antara kami, tak perlu nak tolong remind me ‘kesian suami tanggung dosa’.

“Helloo, he known who his marriage with. Korang sesama manusia tak berhak nak menghukum, pilihan masing-masing.

“For me, all those negative comments i anggap mungkin mak cik or pak cik bawang need attention atau nak tumpang glamour kat komen, biarkanlah… kesian hidup sunyi sangat, tak ada benda best kan?

“Mungkin dengan fitnah atau hina orang boleh buat dia rasa bahagia.

“I busy tak sempat nak baca semua, kalau terbaca pun buat tersenyum sorang-sorang.. I takkan delete pun komen-komen tu tetap kat situ tunggu anak cucu bawang-bawang tu sendiri yang baca.

“Baru dia kenal keturunan dia perangai macam mana,” tambahnya.

Sumber : gempak

“Aksi dlm Tandas Pun Nak Tunjuk Ke” – Netizen Tegur Caprice Dan Isteri

Sebelum ini penyanyi rap, Caprice mendedahkan isterinya, Farra Inalis Hussni diganggu oleh seorang individu bernama ‘Najib’ dan meminta bantuan ramai bagi mengubati penyakit misteri yang dialami oleh pasangannya itu.

Buat video tarian Marry Me

Terbaru, perkongsian Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli di laman Instagram miliknya mengundang kecaman di kalangan warganet apabila dia memuat naik video tarian Marry Me yang menjadi fenomena pada masa kini.

Menerusi video berdurasi tiga puluh dua saat itu, isterinya dilihat menari sambil memegang beberapa jenis perisa vape.

Seriuslah olok2 berak?

Pun begitu, apa yang menarik perhatian warganet adalah pada bahagian Caprice seolah-olah sedang membuang air di tandas sehingga mendedahkan aurat bahagian pahanya.

Perlu ke nak tunjuk part ni?

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet, di mana ramai berpendapat bahawa rakaman di tandas itu tidak manis dimasukkan dalam video berkenaan.

Ini kerana batas seorang lelaki hanyalah selepas lutut sahaja dan bukannya menutup lutut tetapi mendedahkan bahagian paha.

Peliklah tengok dia ni…

Di samping itu, ada warganet terkilan melihat video yang dikongsikan oleh penyanyi itu untuk tontonan ramai.

Kena buatan orang ke tu?

Tidak kurang juga ada yang menyindir perbuatan itu dengan nasib yang menimpa isterinya yang dikatakan terkena buatan orang baru-baru ini.

Apa2 pun, benda dah post, enjoy jelah


Diharapkan selepas ini Caprice lebih berhati-hati sebelum berkongsi konten untuk tatapan umum, lebih-lebih lagi namanya dikenali ramai.

Lihat video dibawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

 

Kena sihir, dekat Tik Tok sakan bergelek pula” – Dikecam Menari, Isteri Caprice Bagi Respon

Sebelum ini, Caprice ada kongsikan dugaan yang dia terpaksa harungi ketika berumah tangga apabila penyanyi rap itu keadaan isterinya yang dikatakan terkena sihir.

Tak lama selepas perkongsian itu, timbul pula isu apabila netizen mempersoalkan ‘sakit’ yang dialami oleh isterinya, Farra Inalis itu apabila…

Kalau takde benda positif saya diam, peribadi saya dan suami sangat berbeza – Farra

Netizen lihat Farra berjoget sakan di TikTok. Terpanggil dengan segala kritikan netizen, Farra tampil beri respon berkenaan dengan isu tersebut baru-baru ini.

Katanya, dia banyak terima DM di Instagram baru-baru ini, biarpun ada yang memberi kata-kata sokongan, ada juga yang mempertikaikan ‘sakitnya’ itu dan Farra menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak mendedahkan sudut itu kepada umum.

“Pertama sekali, lately ni Lis banyak terima DM daripada korang dan saya baca semua. Ada yang mendoakan, ada yang bercerita mengenai sihir dan ada juga yang judge.

“Ada juga netizen yang mula judge saya, sebab katanya dekat IG suami kena sihir, dekat Tik Tok sakan bergelek pula. Eh, abang kakak what do you expect? Awak nak saya tunjuk muka lesu? Nak saya cerita yang saya tak lalu makan? Saya tak suka tunjuk benda negatif pada pengikut saya. Jadi kalau takde benda positif saya diam,” katanya.

Tegasnya lagi, keperibadiannya dengan Caprice juga ada bezanya dan mereka pernah bergaduh mengenai hal ini.

“Kalau nak tahu secara peribadi saya dan suami sangat berbeza. Sebab apa, saya lebih suka simpan sendiri, Ariz pula suka bercerita dengan netizen. Sebenarnya, kami ada berbalah juga pasal sihir ni.

“Saya tak nak orang tahu, tak perlu la beritahu semua orang sebab orang tak suka kita itu akan tepuk tangan bila tahu benda tu… Tapi Ariz kata biarlah, kita ada Allah, kita percaya dengan Allah.”

Sumber: Instagram @capricedaddycap, OMM, lobak merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *