Viral

Tak Adil Kpd Keluarga Yang Tanggung Sengsara, Bapa Arwh Zulfarhan Buat Bantahan Hvkuman M4tI

Bapa arwah Zulfarhan Osman yang merupakan Pegawai Kadet Laut UPNM membantah langkah kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini.

Menurut Harian Metro, Zulkarnain Idros, 57, berkata langkah memansuhkan hukuman mati mandatori itu dibimbangi akan menyebabkan peningkatan kes kesalahan serius.

Zulkarnain turut menegaskan, hukuman penjara sahaja tidak sesuai untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk tidak mengulangi jenayah beat yang pernah dilakukan sebelum ini.

Bapa Zulfarhan menangis, sujud syukur keputusan mahkamah

“Saya memang tidak setuju dengan pemansuhan hukuman mati mandatori. Langkah itu dibimbangi akan menyebabkan kes pengedaran dadah dan bunuh akan meningkat di negara kita.”

“Lihatlah sahaja kes berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952, sebelum ini hukumannya mati mandatori dikuatkuasa pun kes pengedaran dadah masih tinggi. Bayangkan nanti apabila hukumam mati dimansuhkan pula.”

“Ia tidak adil kepada keluarga yang terpaksa menanggung sengsara…”

“Begitu juga kesalahan jenayah membabitkan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Apakah keadilan atau hukuman wajar lain bagi mereka yang didapati bersalah membunuh. Adakah hanya penjara seumur hidup sahaja.”

“Saya tahu hukuman mati itu masih wujud dengan hakim mempunyai pilihan lain mengikut budi bicaranya dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah, namun adakah jika sudah sah bersalah membunuh orang tetapi hukuman selain mati mandatori pula diberikan. Ia tidak adil kepada keluarga yang terpaksa menanggung sengsara.”

Kes bunuh Zulfarhan: 3 tertuduh nampak Zulfarhan dikelilingi lebih 20 orang

“Ia wajar ditentukan secara majoriti rakyat…”

Zulkarnain adalah bapa kepada Zulfarhan yang meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 akibat didera sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi awam.

Tambah beliau, kerajaan seharusnya melakukan undian terbuka yang membabitkan rakyat jika sesuatu polisi besar lebih-lebih lagi pemansuhan hukuman mati mandatori

“Ia membabitkan kehidupan rakyat negara ini. Saya berpendapat ia wajar ditentukan majoriti rakyat,bukan hanya sekumpulan pihak sahaja yang mungkin ada kepentingan lain”.

Jumaat lalu, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.Zulfarhan dinasihatkan ke hospital - Saksi

Kronologi kes pembunuhan Zulfarhan Osman Zulkarnain

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Pegawai Kadet Laut universiti itu, Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.

Mereka terdiri daripada Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Berikut kronologi kes:

21 Mei 2017

Zulfarhan disoal siasat berhubung kehilangan komputer riba sebelum dibelasah beramai-ramai menggunakan seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju.

Kes bunuh Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah

27 Mei 2017

Mangsa dibawa ke sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi dan dibenarkan pulang.

31 Mei 2017

Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat oleh dua pelajar UPNM.

1 Jun 2017
Saksi melihat Zulfarhan kaku sebelum dibawa ke Hospital Serdang dan disahkan meninggal dunia.

2 Jun 2017
Jenazah Zulfarhan diserahkan kepada keluarga dan dikebumikan di Johor.

14 Jun 2017
Enam penuntut UPNM dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Kes bunuh Zulfarhan: Pembelaan tutup kes selepas panggil 20 saksi | Astro Awani

12 November 2017
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pendakwaan untuk menggabungkan perbicaraan 19 penuntut UPNM yang didakwa membunuh, subahat bunuh dan mencederakan Zulfarhan.

29 Januari 2018
Perbicaraan bermula. Pihak pendakwaan memanggil 31 saksi memberi keterangan antaranya Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang, Dr. Salmah Arshad.

31 Julai 2019
18 penuntut UPNM dipanggil membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Seorang lagi, Muhammad Akmal Akif Alias dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mencederakan mangsa.

2 Oktober 2019
Kes pembelaan bermula. Seramai 20 saksi termasuk Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, Dr. Rohayu Shahar Adnan memberi keterangan.

Kes bunuh Zulfarhan: 18 pelajar UPNM diperintah bela diri | Utusan Borneo Online

8 April 2021
Pembelaan menutup kes.

29 dan 30 September 2021
Penghujahan akhir kes pembelaan

2 November 2021
Keputusan akhir kes pembelaan.

Sumber : Redaksi, www.utusan.com.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *