Uncategorized

Ibu Bakal Isteri Masuk Hospital Gara2 Terkejut Dengar Azri Iskandar Pernah Lamar Wanita Lain

GARA-GARA pengakuan seorang wanita mendakwa dilamar Azri Iskandar, ibu kepada kekasih baharu aktor itu iaitu Dr Azra Diera dikatakan pengsan hingga dikejarkan ke hospital pada Jumaat.

Perkara itu dikongsikan Azri, 54, sambil memaklumkan bahawa ibu Azra mengetahui tentang kewujudan wanita dikenali sebagai ‘F’ menerusi video eksklusif yang disiarkan mStar.

Tiada biasa dengan dunia artis, Azri memberitahu ibu Azra mengalami tekanan darah rendah dan rebah selepas menunaikan solat.

“Ibu Azra sampai pengsan sebab terkejut selepas baca dan tonton video fasal perempuan itu. Kawan ibu dia yang hantar tanya ‘ini ke yang nak buat menantu?’.

“Masa itu ibu dia baru lepas solat dan terus jatuh, nasib baik adik Azra ada. Ibu dia alami tekanan darah rendah. Keluarga dia dah la tak biasa dengan dunia artis ini,” katanya.

Sebelum ini, Azri mengumumkan bakal berkahwin dengan seorang wanita yang juga penulis skrip bernama Dr Azra dalam masa terdekat.

Bagaimanapun pada Jumaat, seorang wanita bernama ‘F’ membuat pendedahan eksklusif kepada mStar bahawa dia pernah bercinta dengan Azri selepas aktor itu bercerai dengan pelakon Ellie Suriaty.

Wanita itu juga mendakwa pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu pernah berjanji untuk bernikah dan sudah berjumpa keluarga Azri di kampung.

Berkongsi lanjut perkenalan dengan pelakon itu, F berkata, dia mengenali Azri sejak lima tahun lalu namun berhubung semula dua hari selepas Azri bergelar duda.

Susulan pendedahan itu juga, Azri turut memberitahu dia digugurkan daripada membintangi persembahan Teater Tan Sri Elyas kerana didakwa membawa impak buruk pada imej figura berkenaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku penganjur.

Azri menerusi kiriman mesej kepada mStar berkata, kontroversi yang berlaku menyebabkan digugurkan daripada pementasan teater Tan Sri Elyas oleh DBKL.

“Pihak produksi menganggap kontroversi yang berlaku akan memberi imej buruk kepada Tan Sri Elyas dan DBKL,” ujarnya.

Sebelumnya, Azri dan pelakon Ellie Suriaty sah bercerai talak satu

pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.

Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27.

Azri Iskandar minta wanita mengaku dilamar jangan perasan,

SUSULAN pengakuan seorang wanita dikenali sebagai ‘F’ mendakwa hatinya dipermainkan, pelakon Azri Iskandar tampil menepis tuduhan tersebut.

Kata duda berusia 54 tahun itu, dia tidak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan selepas bercerai dengan Ellie Suriaty dan apa yang didakwa wanita itu tidak benar sama sekali.

“Itu fitnah. Saya tidak cintakan orang lain pun. Dulu dengan Ellie, dia tak nak saya, saya lepaskan.

Then wanita pertama lepas bercerai adalah Azra la. Dia la saya punya kekasih dan saya ingin memperisterikan dia secara sah.

“Saya tak ada perempuan lain. Bila pula saya ada perempuan lain, lepas itu, kahwin pula dengan orang lain. Jahatnya Azri Iskandar,” ujarnya kepada mStar ketika dihubungi.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai ‘F’ membuat pendedahan secara eksklusif kepada mStar bahawa dia berasa dipermainkan apabila aktor itu membuat keputusan berkahwin dengan wanita lain.

Wanita itu memberitahu dia sudah berjumpa dengan keluarga Azri sebelum mendapat tahu pelakon itu akan berkahwin dengan wanita bernama Azra.

Dalam pada itu, Azri menjelaskan dia membawa F pulang ke kampung bagi menemaninya menziarahi kubur ibu disebabkan lesen dan cukai jalan sudah tamat tempoh.

“Saya minta tolong dia hantar ke kubur mak saya atas sebab lesen memandu dan cukai jalan kereta dah mati. Bukan sebab nak kenalkan dia dengan keluarga.

“Tanya lah makcik-makcik saya sendiri, ada ke saya kenalkan F dengan mereka sebagai bakal isteri?” ujarnya.

Sementara itu, Azri menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan maruah dan memalukannya.

“Buktikan… kang saya saman nanti.

“Kalau you tulis Ara itu perampas lagi, sehinggakan apabila saya pergi Perlis esok ayah dia tak buka gate kerana malu dengan saya… saya akan saman satu-satu,” jelasnya lagi.

Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini mengumumkan bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Azri dan Ellie Suriaty bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published.