Viral

[Video] Bukan Insiden Pertama Makcik Puaka Pernah Tengking Sorang Influencer Di Restorannya Sblm Ini

Terdahulu pernah kecoh di media sosial mengenai video seorang usahawan yang juga influencer media sosial yang didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di sebuah restoran popular.

Menerusi sebuah video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang wanita tersebut daripada mempromosikan produk kecantikan di premis mereka.

“Kedai makan tak boleh buka produk-produk. Selepas makan balik, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” kedengaran suara seorang wanita sebelum usahawan tersebut mengambil keputusan beredar dari restoran berkenaan.

Bercakap kepada mStar, usahawan yang lebih dikenali sebagai Eira Aziera itu berkata, insiden berlaku di sebuah restoran di Bandar Hilir, Melaka di lokasi tumpuan pelancong.

Usahawan kosmetik berusia 37 tahun itu memberitahu, dia sememangnya berpengalaman membuat reviu produk dalam membantu peniaga-peniaga tempatan secara dalam talian.

“Buat reviu produk ni boleh online di mana-mana, janji live. Masa tu saya bersama kira-kira 10 pengikut saya ada sekali nak makan di kedai tu. Bukanlah suara saya kuat, tapi bila dah ramai tu, suasana jadi riuh sedikit sebab masing-masing dapat berkumpul bersama.

“Tapi tak sangka pula masa menunggu makanan sampai, pasangan suami isteri yang merupakan pengusaha kedai makan menengking saya dari jauh,” katanya kepada mStar.

Eira berkata, tindakannya meninggalkan premis berkenaan kerana rasa malu yang teramat kerana ia turut disaksikan rakan-rakannya dan pelanggan lain.

“Masa tu, ada lebih 10,000 followers mengikuti live saya dan mereka dapat dengar saya ditengking oleh pakcik dan makcik tu. Saya malu dan ambil keputusan angkat kaki.

“Sepanjang 14 tahun saya berniaga dan buat reviu, ini kali pertama saya dimalukan sebegitu. Saya bukannya pergi dari meja ke meja jual produk,” ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Ibu seorang anak itu juga menjelaskan bahawa dia sepatutnya membuat reviu produk menerusi video penstriman secara langsung sambil menikmati makanan.

“Tapi masa tu makanan yang dipesan mereka belum sampai lagi. Kebiasaannya saya akan makan masa reviu di kedai sebab tempat awam. Sambil makan tu secara tidak langsung mempromosikan restoran tanpa bayaran.

“Ikutkan kalau saya buat reviu makanan di kedai, orang sanggup bayar RM2,000 untuk reviu setengah jam. Tapi saya buat percuma, kena maki pula.

Mereka sepatutnya menegur saya secara baik, bukannya menengking dari jauh. Bukan pasal saya customer is always right tetapi ada adab untuk menegur
EIRA AZIERA

“Kalau tak boleh buat reviu ke apa ke, pemilik kedai tu sepatutnya letak pelekat atau papan tanda siap-siap supaya pelanggan tahu.

“Dan mereka sepatutnya menegur saya secara baik, bukannya menengking dari jauh. Bukan pasal customer is always right tetapi ada adab untuk menegur, kalau tak datang sendiri tegur boleh minta pekerja lain wakilkan datang ke meja kami dan tegur,” katanya.

Sementara itu, anak kepada pengusaha restoran berkenaan ketika dihubungi mStar mengakui ketika kejadian ibunya meminta mereka beredar sekiranya mahu membuat reviu produk.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Illa kesal dengan tindakan Eira yang selamba membuat reviu produk di premis mereka tanpa kebenaran.

“Mereka datang ke restoran kami, tanpa minta izin tiba-tiba buat reviu produk. Suara dia pula tu kuat, sedangkan kami ada pelanggan-pelanggan lain ketika itu.

“Kedai kami pun ada undang-undang bukan boleh buat macam tu sesuka hati je. Tapi kami tak ada tengking dengan kata-kata kesat atau baling keluar produk mereka.

Lebih 10,000 followers saksi influencer dihalau ketika buat reviu di restoran popular Melaka, pertama kali dimalukan sepanjang 14 tahun bisnes - “PKP tak boleh lama-lama” - Viral | mStar

“Saya faham zaman sekarang semua nak buat live untuk reviu produk. Dalam video dapat dengar mak saya kata pasal PKP yang mana tak boleh lama-lama di kedai makan, jadi mereka kena ikut SOP (prosedur operasi standard) datang hanya untuk makan dan bukannya duduk lama buat reviu produk,” tambahnya.

Wanita berusia 37 tahun itu juga kesal berikutan video yang tular itu memberi imej buruk kepada bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak 30 tahun lalu.

“Kami tak suka cari masalah, tak suka cari publisiti. Dia nak buat reviu itu hak dia. Tapi janganlah viralkan video tu sehingga melingkupkan bisnes orang lain.

“Kalau tak suka, boleh pergi makan ke kedai lain tapi bukannya memburukkan kedai orang. Kami sekeluarga berniaga untuk cari makan,” katanya sambil menambah sejak insiden menjadi tular, mereka dihujani panggilan dan mesej dengan kata-kata kesat daripada individu tidak dikenali.

Sumber : Mstar

 

“Pengadu Cari Publisiti Murahan” Anak Peniaga Restoran 35 Tampil Pertahankan Ibu

 

Susulan tular video pelanggan dakwa dia dan keluarganya dari Singapura dimaki oleh peniaga Restoran 35 di Melaka baru-baru ini,

anak kepada peniaga berkenaan tampil memberi penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Berkata kepada mStar Online, Illa kesal dengan tindakan SisYana membuat dakwaan yang dianggapnya tidak berasas di media sosial, sekali gus boleh menjejaskan imej restorannya.

Menurut Illa, pelanggan berkenaan datang ke restorannya di Bandar Hilir pada jam 4 petang, bukannya 2 petang seperti yang didakwa.

Mengenai ibunya yang bersuara lantang di hadapan pelanggan, Illa memaklumkan isu itu bukanlah perkara baharu.

“Memang itu perangai mak saya. Kami bukan baru berniaga, dah berpuluh-puluh tahun. Kalau pelanggan tetap, mereka tahu macam mana perangai mak saya.

“Dia kata pernah datang ke restoran kami sebelum ini, dia sepatutnya lebih tahu perangai ibu saya. Lagipun mak saya bukan maki seperti yang diperkatakan. Dalam video itu pun sekadar perbalahan. Memang mak saya membebel, tapi mak tak mencarut,” katanya.

“Tuan kedai memekak macam marah orang datang kedai dia. Saya pun orang Melaka tetapi duduk di Selangor.

“Kita meniaga, cakap elok-elok dengan pelanggan sebab pelanggan itu (SisYana) okay je, tanya lauk. Masalahnya bukan customer itu seorang saja yang kena bambu, mana-mana pelanggan yang bertanya semua kena sekali.

“The best part is (dia kata), ‘Saya dah meniaga 50 tahun’,” katanya.

Video yang tular dilaman twitter sebelumni:

Sumber: Thereporter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.