Viral

Mesin permainan anak patung kanak-kanak termasuk kategori judi – Mufti Perlis

Sebagai seorang muslim, kita mesti tahu bahawa judi adalah satu perkara yang haram disisi islam.

Beberapa jenis judi yang kita semua tahu adalah permainan nombor ekor dan juga permainan di kasino-kasino. Namun masih adakah permain-permainan lain yang turut dikategorikan sebagai berjudi ?

Nampak macam sudah tiada bukan sejak permainan tikam tidak lagi dimainkan? Namun permainan dengan konsep ini sebenarnya ia masih berleluasa dan ia kerap dijumpai di pusat beli belah dan juga pusat hiburan kanak-kanak. Malangnya ramai yang tak menyedarinya.

Mainan yang kami maksudkan adalah mesin claw, sejenis permainan mesin patung kanan-kanak yang begitu popular di kalangan kita.

 

Perkara itu didedahkan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya.

Fatwa tentang mesin permainan anak patung kanak-kanak
1. Mesin permainan kanak-kanak (K* **N) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir). Ini adalah kerana terdapat pertaruhan yang melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang tersebut. Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak akan kerugian.

2. Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.

3. Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhi daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk di dalam dosa.

4. Seorang muslim juga tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian seperti itu kerana ia termasuk memakan harta secara batil.

(Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021.)

 

Perkara sama turut dikongsikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Perkara sama turut dikongsikan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2019 dimana hukum permainan mesin claw ini adalah haram dan dilarang.

Ini kerana, permainan tersebut secara langsung dilihat sebagai menafikan serta mengabaikan hak pemain selaku pembeli untuk memilih barangan yang dikehendakinya setimpal dengan harga yang dibayar.

Di samping itu, permainan seperti ini adalah lebih kepada keberuntungan nasib pemain dimana permainan seperti ini tidak dibenarkan di dalam Islam

Sumber:Buzzkini.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *