Viral

Hidayah S3bak Nampak Kereta Vellfire Arwah Abam Kini Dipandu Orang Lain

Isteri mana yang tak sedih bila mengenangkan semula segala kenangan yang telah dicipta bersama arwah suami? Bagi mana-mana isteri yang mempunyai pengalaman kehilangan suami pasti faham akan perasaan ini.

Selain itu, si balu pasti akan sedikit sebanyak mengimbau semula kenangan bersama suami yang pernah ada dulu apabila melihat harta peninggalan mereka.

Begitulah yang terjadi kepada balu pelawak tanah air Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, Siti Norhidayah Mohd Ali.

 

Baru-baru ini sebuah video TikTok yang dikongsikan sendiri oleh Hidayah yang mengatakan dirinya sebak apabila melihat kereta jenis Toyota Vellfire yang pernah dimiliki Abam melintasi jalan raya dan dipandu oleh orang lain.

Menurut kapsyen di video tersebut, Hidayah sengaja merakamkan momen tersebut agar anak mereka, Hamzah tahu tentang kereta yang pernah dipakai ayahnya. Tambah Hidayah lagi, kereta Vellfire tersebut dibeli dahulu adalah untuk keselesaan anak mereka.

“Ternampak kereta arwah suami – BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Bila Hamzah dah besar inilah kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.

“Hamzah nanti doakan bisnes ibu berjaya boleh Ibu beli kereta macam arwah ayah,” tulisnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan kesejahteraan keluarga tersebut. Selain itu, banyak komen-komen positif yang diberikan oleh netizen di TikTok untuk menyokongnya.

Video yang tular di laman TikTok

 

Sumber :rakyatnow.com

 

Datanglah Jumpa Kami, Saya Tak Pernah Hebah Aib Keluarga

 

Sejak kemelut berkaitan faraid tercetus, Ali Puteh akui kehidupannya sebagai seorang pelawak ibarat ‘sendu’ seketika kerana banyak tawaran kerja yang tiba-tiba dibatalkan.

Sepanjang 2 tahun berturut-turut, dia terpaksa berjimat menggunakan duit simpanan disusuli keperluan membesarkan anak-anak serta tanggungan keluarga.

Tak Pernah Hebah Aib Keluarga, Ali Puteh Minta Hidayah Hadir Bagi Urusan Faraid

Nak ‘bertekak’ selamanya pun tiada guna…Aib keluarga saya tak pernah hebahkan pun

Hingga sekarang, kelangsungan hubungan baiknya dengan bekas kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali masih belum menemui penyelesaian akhir.

Namun melalui perkongsian bersama portal Oh Bulan, kini difahamkan pelawak itu sudah bersedia untuk bersemuka dengan balu Abam dan berharap segala isu di antara mereka selesai secara baik tanpa sengketa lagi.

Sebelum ini satu sebuah stesen televisyen yang mahu temukan kami, tetapi bagi saya jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak.

Tidak perlu dihebahkan atau diviral. nTak perlu! Kalau saya jumpa pun, biarlah saya lakukan sendiri. Kalau kita nak bermusuh selamanya pun tak ada guna. Aib keluarga saya tak pernah hebahkan pun.

Datanglah jumpa kami…Dia perlu tandatangan daripada ayah.

Tak Pernah Hebah Aib Keluarga, Ali Puteh Minta Hidayah Hadir Bagi Urusan Faraid

Berkaitan dokumen urusan berkaitan tuntutan faraid pula, Ali Puteh berkata Hidayah boleh datang bertemu pihak sana tanpa sebarang syarat pun. Memandangkan hal mutahak berkenaan melibatkan ramai orang, kerjasama yang baik adalah amat penting agar ia dapat diselesaikan dengan tertib hingga penghujung.

Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid dan sebagainya tanpa sebarang syarat.

Emak dah meninggal dunia. Hanya tinggal ayah saya saja. Datang Ia jumpa kami, dia perlukan tanda tangan dari ayah. Tuntutan faraid itu bukan kerja solo. Kalau dia datang kenapa saya nak bertekak?

Februari lalu, Hidayah menang saman fitnah…Ali diperintah bayar RM60,000

Nasi sudah menjadi bubur. Apabila diumumkan memenangi perbicaraan saman fitnah sejak Februari lalu (sudah diperjuangkan 2 tahun berturut-turut), Hidayah akhirnya dapat menaik nafas lega sekali gus membersihkan semula nama yang sudah tercalar.

Manakala bagi pihak Ali Puteh pula, dia diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar jumlah ganti rugi sebanyak RM60,000.

Tak Pernah Hebah Aib Keluarga, Ali Puteh Minta Hidayah Hadir Bagi Urusan Faraid

DALAM TEMPOH DUA TAHUN, ALI PUTEH CUMA DAPAT SATU ‘JOB’ DENGAN BAYARAN RM300 

Kuala Lumpur: Dalam tempoh dua tahun sejak 2020, pelakon dan pelawak, Ali Puteh, 33, hanya mendapat satu tawaran menjayakan program TV dengan bayaran sebanyak RM300 saja.

Ali ketika ditemui berkata, tawaran itu diterima pada Ramadan lalu untuk program mengaji Al-Quran di mana dia perlu membaca beberapa surah Al-Quran menerusi panggilan video.

“Itu saja tawaran diterima dalam tempoh itu. Saya dapat token bayaran sebanyak RM300,” katanya.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, sepanjang tempoh itu, dia menggunakan wang simpanannya untuk bertahan meneruskan kehidupan bersama keluarganya.

Ali Puteh

“Dua tahun lebih tak ada ‘job’ (tawaran kerja). Untuk program Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega di Astro itu lain sebab komuniti pelawak kecil. Tapi, untuk tawaran lain seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang tak ada langsung.

“Dua tahun saya gunakan duit yang saya ada untuk bertahan dan kami berjimat cermat. Saya ada isteri dan anak yang perlu dibesarkan dan setakat ini, masih diberikan kelengkapan yang mencukupi bagi membesarkan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Ali yang pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan turut mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menerusi pengeluaran khas KWSP yang diluluskan kerajaan, baru-baru ini untuk dijadikan modal perniagaan dan membantu kehidupannya sekeluarga.

Ali Puteh Dedah Hidayah Tuntut Rumah & Tanah RM300,000, Toyota Vellfire

“Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.

“Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu,” katanya.

Bagaimanapun, Ali bersyukur apabila dia mula menerima tawaran berlakon dan bakal muncul dalam sitkom Lot 69 yang akan ditayangkan di saluran Awesome TV bermula 11 Jun ini.

Sumber : Facebook Oh Bulan, pnews.space

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.