Viral

[Video] Jadi punca k3malangan, orang awam jumpa botol ‘pelik’ dalam kereta Myvi

Sejak semalam tular di media sosial satu rakaman dashcam k3malangan yang melibatkan lima jenis kenderaan disebabkan sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan di kilometer 243.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Ahad.

Lima kenderaan kemalangan
Menerusi laporan dari Sinar Harian, kemalangan berkenaan berlaku sekitar jam 10.40 pagi apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun dari arah Seremban hilang kawalan secara tiba-tiba.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, siasatan awal mendapati kereta berkenaan hilang kawalan lalu meIanggar bahagian belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dipandu lelaki berumur 44 tahun di hadapannya.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza turut hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali serta ter babas ke lorong kiri lalu melanggar dua lagi kenderaan iaitu Proton Saga dipandu wanita berusia 40 tahun dan Proton Persona yang dipandu lelaki berumur 35 tahun,” katanya.
“Akibat pelang garan pertama yang berlaku di antara Perodua Myvi dan Toyota Avanza telah menyebabkan tayar bahagian belakang kiri Toyota Avanza tercabut.
“Tayar berkenaan terpeIanting masuk ke laluan arah bertentangan dan terkena pada sebuah lagi kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki berumur 32 tahun,” katanya.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh laman Facebook Inforoadblok, pengguna lebuhraya segera memdapatkan pemandu Perodua Myvi itu yang memandu secara merbahaya bagi memastikan keadaannya.

Ingatkan mabvk, rupanya…
Pada awalnya, mereka menyangka lelaki tersebut berada dalam pengaruh alk0hol, namun penemuan lebih mengejutkan adalah satu botol minuman yang dipercayai mungkin diisi dengan barang terlarang ditemui.

Lelaki berkenaan juga seperti berada dalam keadaan separa sedar ketika ditanya oleh sekumpulan penunggang motosikal yang juga berada di tempat kejadian

Walau bagaimanapun, pihak polis mengesahkan tiada sebarang kecederaan berlaku dan semua pemandu serta penumpang yang terlibat dalam kemalangan tersebut berada dalam keadaan selamat.

Kes tersebut juga telah disiasat di bawah Peraturan 10 166/59 dan masih lagi dalam siasatan lanjut.

Sumber :OMM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.