Viral

Sheila Rusly Dah Siapkan Nama Untuk Cucu Pertamanya

Pelakon Elisya Sandha mendedahkan yang dia dan bakal suami telah pun menentukan nama bagi bayi perempuan yang bakal dilahirkan pada 16 Jun depan.

Elisya berkata, nama untuk anak sulungnya itu diberikan oleh ibu mentuanya, pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly.

“Ketika usia kehamilan saya mencecah lima bulan, ibu mentua ada bermimpi mengenai nama untuk anak kami. Jadi, dia minta untuk berikan nama bagi cucu pertamanya.

Saya dan suami terus bersetuju… tambahan pula nama itu memang sesuai.

“Bagaimanapun, kami tidak bolehlah nak kongsikan nama itu sekarang. Tunggu lepas kelahiran. Cuma apa yang boleh dikongsikan, nama tersebut ada gabungan nama saya dan juga suami,” kata Elisya.

Bercerita lanjut nnengenai proses kelahirannya kelak, Elisya berkata dia ingin melahirkan anaknya dengan cara normal.

“Bagaimanapun, jika perlu melahirkan secara pembedahan, kami tidak kisah. Asalkan anak yang dilahirkan kelak selamat.

“Sepanjang kehamilan pula saya banyak membaca buku tentang parenting dan juga penyusuan ibu,” katanya lagi.

Elisya turut berkongsi yang dia bakal melalui proses berpantang di rumah Sheila Rusly. Elisya dan Uzair berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu.

Sumber : Gempak

“Kita pula yang pegang perut” Netlzen, Reaksl Elisya Sandha ketika majlis Buat Ramai Rlsau

Dikelilingi dengan keluarga dari ‘orang-orang industri seni’, pelakon cantik, Elisya Sandha sememangnya menjadi tumpuan media lebih-lebih lagi setelah mengumumkan kehamilan anak sulungnya.

Menantu kepada pasangan pengarah terkenal, Sheila Rusly dan Azman Yahya (Jinggo) ini dilihat bahagia bersama suami tersayang, Uzair Haqimy.

Bakal timang anak perempuan. Semalam, adik kepada aktres terkenal Fasha Sandha itu telah membuat majlis ‘gender reveal’ untuk mengumumkan jantina anak sulungnya sama ada lelaki atau perempuan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TlkTok @krkiffy dia telah memuat naik suasana ketika majlis tersebut berlangsung.

Sakan melompat gembira. Pengumuman tersebut pastinya telah menggembirakan ramai pihak terutamanya ahli keluarga kerana Elisya dan Uzair bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Namun reaksi yang ditunjukan Elisya telah mengundang rasa bimbang warganet kerana dia yang sedan sarat sempat melompat sewaktu mengetahui jantina anak yang dikandung.

Risau pula tengok melompat gitu
Menjengah keruangan komen, kebanyakan mereka menasihati agar pelakon berkenaan tidak terlalu lasak kerana bimbang akan kandungannya yang sudah semakin sarat.

Gembira sangat pun janganla lompat

Kita pula yang pegang perut

Seronok nenek dia dapat cucu
Dalam pada itu, ada juga yang sempat memuji penampilan Sheila Rusly yang juga ibu kepada Uzair Haqimy yang terlihat muda dengan busana ringkas.

Mereka juga menjangkakan cucu sulung yang akan dilahirkan itu menjadi cucu kesayangan mereka kerana dua anak mereka adalah lelaki dan ahli keluarga baru ini pula perempuan.

Mesti baby dilayan macam puteri

“Tahniah Kak Shiela Rusly Bakal jadi nenek..” Elisya Sandha umum hamil, Reaksl Shiela Rusly buat ramai terharu

Sebelum ini, pelakon Elisya Sandha perhatian ramai selepas berkongsi video dengan kapsyen ‘mengidam’ makanan. Dalam video itu, pemilik nama Nur Elisya Mohd. Faisal dilihat memegang perutnya yang makin membesar.

Ruangan hantaran tersebut mula dipenuhi dengan komen ‘baby bump’ biarpun empunya badan belum membuat sebarang pengesahan.

Kini segala persoalan tersebut telah terjawab apabila Elisya Sandha membuat pengumuman bahawa dirinya kini sedang hamil. Berita gembira ini dikongsikan menerusi laman instagram rasmi miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

 

“Bismillahirahmanhirahim. Aku bersyukur atas rezeki yang Kau kurniakan kepada aku. This video means a lot to me, wonderful moments that i cannot get elsewhere.

“To whoever yang scroll and tengah baca my caption ni, can you please spare some time and doakan anak sulung saya ni. Saya juga mendoakan semua wanita dapat experience benda yang sama , Alhamdulillah salam jumaat,” kata Elisya di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 38.3k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada Elisya Sandha dan suami.

Pelakon jelita Elisya Sandha mencurl tumpuan warganet selepas kelihatan semakin jelas ‘baby bump’ ketika melakukan satu reviu produk di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 23 tahun itu mengenakan dress berwarna hitam sambil menunjukkan cara bagi menggunakan produk berkenaan kepada pengikutnya.

Apatah lagi tampil dengan solekan penuh di wajah, pelakon drama Ratu Ten Pin itu kelihatan semakin menyerlah walaupun sedang berbadan dua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji kecantikan dimiliki menantu kepada pelakon serta penerbit terkenal Sheila Rusly itu yang dikatakan semakin berseri menjelang kelahiran zuriat pertama.

Sumber : lG elisyasandhaofficial

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *