Uncategorized

Video: “Ada hukum ke mengatakan Salah?” Mak wan Latah Jawab ISU sakan karaoke

Sebelum ini, berita keruntuhan rumah tangga Mak Wan telah menjadi buah mulut ramai kerana cuma bertahan 3 bulan sahaja. Lebih menyedihkan, perkahwinan tersebut merupakan kali ketiga sejak pelakon berkenaan hidup bersendirian selama 7 tahun.

Namun terbaru, nama artis tersebut kembali disebut-sebut apabila muncul sebuah rakaman yang disifatkan tidak sesuai dengan imej dan usianya.

Hidup mesti happy…tabarakallah

Baru-baru ini dalam sebuah video dimuat naik di TikTok milik Mak Wan, selebriti veteran berkenaan berkongsi detik berada di pusat karaoke sambil menyanyikan lagu dengan penuh rasa teruja.

 

 

Namun, perhatian ramai tertumpu pada salah satu komen yang ditinggalkan oleh seorang individu kononnya ada orang lain di sebalik akaun sengaja ingin mengaibkan pelakon senior itu.

Pergi Karaoke Pun Dipersoal, Mak Wan Jelas Video Lama & Cuma Ingin Hibur Diri

Hati kita jangan hitam, usah judge orang disebabkan status dia…itu semua perancangan Allah, kita tak boleh melawan takdir

Tampil menjawab dakwaan netizen, Mak Wan dengan tegas berkata karaoke adalah salah satu cara untuk hilangkan stres setelah penat bekerja di lokasi penggambaran.

Jelasnya lagi tidak salah jika hendak berhibur demi gembirakan hati sendiri, tambah-tambah lagi video berkenaan ternyata sudah lama dirakam.

Artis veteran itu juga beranggapan masyarakat tidak patut marah kerana perbuatan tersebut dilakukan tanpa menganggu sesiapa selain berpesan agar janganlah suka mengecam orang lain sesuka hati.

Maaf jika tersalah kata, kita bila dah status janda boleh nak elakkan dari orang bercakap bukan-bukan…kalau boleh sopan untuk diri sendiri

Ruangan komen dipenuhi dengan pendapat dari warganet yang berkata Mak Wan mungkin salah faham akan apa yang cuba disampaikan oleh individu tersebut. Ada juga peminat yang memberikan sokongan terhadap hobi pelakon berkenaan selain diminta agar tidak mengendahkan kecaman netizen.

Pergi Karaoke Pun Dipersoal, Mak Wan Jelas Video Lama & Cuma Ingin Hibur Diri

Pergi Karaoke Pun Dipersoal, Mak Wan Jelas Video Lama & Cuma Ingin Hibur Diri

Pergi Karaoke Pun Dipersoal, Mak Wan Jelas Video Lama & Cuma Ingin Hibur Diri

Aksi Mak Wan Latah berjoget sambil karaoke dikecam netizen, dakwa jadi punca perceraian

GARA-GARA memuat naik video sedang berkaraoke, pelakon Mak Wan Latah menerima kecaman netizen sehingga ada yang mendakwa perbuatannya itu menjadi punca perceraian dengan suaminya.

Menjawab kritikan tersebut, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, aktiviti karaoke itu merupakan salah satu cara untuk dia melepaskan tekanan selepas penat menjalani penggambaran.

“Salah ke saya karaoke? Itu adalah video lama dan memang saya suka berkaroke. Bila tertekan selepas shooting saya berkaraoke. Ada ke hukum yang katakan salah?

mak wan latah 3

“Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri.

“Tolonglah jangan suka kecam orang lain. Cukup-cukuplah tu,” jelasnya.

Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri
MAK WAN LATAH
PELAKON

Dalam pada itu, Mak Wan juga memohon agar netizen tidak terlalu cepat meletakkan sebarang hukuman atau mudah memberi kecaman.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3 ini juga menegaskan perceraian dengan bekas suami sudah tertulis dan ia bukan alasan untuk orang lain mudah bercakap buruk tentang dirinya.

“Hati kita jangan hitam… Jangan menghukum seseorang disebabkan dia sudah bercerai.

 

Itu semua adalah perancangan Allah. Kita tidak boleh melawan takdir,” ujarnya.

Mak Wan mendirikan rumah tangga dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

 

 

Sumber : viralnewsupdates.com, Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April.

Mak Wan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari tersebut dengan alasan tertentu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.