Uncategorized

Sah TaIak 3, Ini Iuahan hati Bekas lsteri Ammar Asyraf

Pelakon Amar Asyraf dan wanita bernama Vivy Jeffry kini disahkan bukan lagi suami isteri setelah pengesahan talak tiga dibuat terdahulu. Vivy dikatakan merupakan isteri kedua kepada Amar Asyraf sebelum ini.

Pengesahan talak tiga itu disahkan oleh pihak Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Ketika ditemui media, Vivy memberitahu dia telah digantung tidak bertali selama tiga tahun selepas dcraikan oleh Amar pada tahun 2019.

“Saya dicraikan dengan talak tiga pada 4 November 2019, namun begitu proses pengesahan talak berkenaan tidak dapat diselesaikan dengan cepat oleh pihak mahkamah.”

“Ini disebabkan dokumen didapati tidak lengkap selain ada perkara yang berlaku dari pihak Amar yang telah membuatkan pihak mahkamah tak dapat buat keputusan rasmi tentang perpisahan kami.”

“Setiap hari saya doa agar proses pengesahan lafaz ini dapat diselesaikan dengan cepat sebab saya nak teruskan kehidupan tanpa ada sebarnag isu. Saya dah penat nak hadapi kehidupan yang ditangguhkan ini.”

“Saya nak jalani hidup dengan tenang dan tak mahu toleh belakang melihat segala hal yang berlaku antara saya dan Amar yang pernah terjadi.”

“Kini semuanya berakhir. Saya amat lega setelah pengesahan talak tiga dah selesai sungguhpun kena tunggu lama.”

Jelas Vivy lagi, dia hanya nak fokus pada anaknya saja iaitu Mikhail.

“Sebelum ini, Amar ada cakap nak bincang tentang anak lepas kes ini selesai namun saya anggap itu hanya nak sedapkan hati saja.”

“Harapnya dia dapat fikir apa yang terbaik untuk kehidupan sebab hidup kita ni tak lama. Insyaallah sebagai ibu saya selalu saja berikan kasih sayang kepada Mikhail. Dia pun bersama saya sejak isu ini terjadi dan dialah tempat saya luah rasa sayang dan cinta.”

Itulah komen serta kenyataan dari Vivy Jeffry, bekas isteri kedua Amar Asyraf.

Amar Asyraf berkahwin kali ketiga?

Belum reda berita pengesahan lafaz cerai talak tiga membabitkan isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis lalu, terbaharu aktor itu dikatakan berkahwin kali ketiga dengan wanita dikenali Farhana Yusof.

Menerusi tinjauan ke Instagram dipercayai milik ibu Amar terdapat sekeping foto mesra yang dimuat naik pada 19 Mac lalu memperlihatkan pelakon itu dengan wanita yang didakwa sudah memiliki dua cahaya mata selain keduanya mengenakan busana berwarna putih.

Lebih menguatkan spekulasi itu lagi, tinjauan ke akaun Instagram yang dikatakan milik salah seorang adik-beradik Farhana terdapat foto keluarga ketika mereka menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

Menerusi foto yang dimuat naik itu, Amar kelihatan berada di sebelah Farhana manakala dua anaknya hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Arna Salleh iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian turut berada dalam foto itu.

Melihat ke akaun Instagram Amar, aktor berusia 36 tahun itu juga dilihat mengikuti akaun peribadi Farhana selain mereka juga dikatakan sedang menjalankan sebuah perniagaan bersama.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Amar untuk mendapatkan pengesahan dan kesahihan berita perkahwinannya tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan  membalas pesanan WhatsApp.

Khamis lalu Harian Metro melaporkan pengesahan lafaz cerai talak tiga yang dibuat Amar pada 4 November 2019 terhadap Vivy menemui titik noktah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini.

Sumber: news-tel.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published.