Viral

Tular Isu Duit Palsu, Siti Jamumall ‘Koyak’ Netizen Ungkit Kes Anak Tertukar

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan marketing sampah yang dibuat oleh seorang influencer dan founder produk dengan menjadikan isu duit palsu sebagai konten.

Selepas mereka mempunyai masalah lain, barulah salah seorang daripada mereka mengakui bahawa gimik bergaduh itu adalah marketing yang sudah mendapat kesepakatan bersama.

Teruk dikecam netizen

Disebabkan itu, influencer dan founder produk berkenaan telah dikecam hebat netizen di media sosial sehingga mengungkit kembali isu lama yang pernah dikaitkan dengan mereka.

Ada sesetengah netizen yang mulai meragukan kes tertukar anak di hospital sewaktu dilahirkan yang dialami sendiri oleh founder produk tersebut.

Jangan libatkan anak2

Disebabkan itu, Siti Jamumall telah memuat naik video kedua orang anaknya yang berada dalam gendongan.

Menurutnya, jika marah sekalipun, janganlah mengaitkan isu sensitif berkenaan kes tertukar anak sebagai subjek untuk menyerangnya kerana situasi terbabit adalah benar.

Dia memohon agar sebarang kecaman yang hadir untuknya tidak melibatkan anak-anak kerana mereka tidak mengetahui apa-apa.

Sendiri yang jatuhkan nama baik sendiri

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyalahkan kembali apa yang dilakukan oleh founder produk itu sehingga warganet mulai tidak mempercayainya disebabkan beberapa kontroversi yang pernah dilakukan.

Mana tidaknya, kepercayaan tersebut mulai luntur susulan tular beberapa video dia membuat livedengan dengan menunjukan duit palsu yang pasti membuatkan banyak pihak tertipu dengan marketingkurang cerdiknya.

Bila dah sekali tertipu sukar nak percaya lagi

Memangla kes anak tak ada kena mengena, tapi kepercayaan tetap hilang

Jangan sampai orang dah tak percaya apa kita buat

Orang pun dah tak pasti mana betul mana tidak

 

Untuk rekod, Siti Jamumall pernah viral sekitar pertengahan tahun lalu apabila memaklumkan yang bayinya tertukar ketika keluar dari hospital setelah bersalin.

Mujur dia melihat tag nama yang telah ditanggalkan dan membawa kembali bayi tersebut ke hospital bagi mendapatkan kepastian berhubung kecuaian yang telah terjadi.

Sumber: TikTok @whitekish.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *