Viral

“T4kut Rosak Buah Pinggang” Founder’ Dik3cam Bagi Anak ‘Consume’ Kolagen Untuk Putih.

Seorang usahawan produk kecantikan dikecam ramai netizen gara-gara memuat naik sebuah video mempromosikan produk ‘pemutih’ menggunakan anaknya.

Menerusi video dimuat naik di Facebook itu, ‘founder’ wanita berkenaan telah menunjukkan perbezaan warna kulit anaknya sebelum dan selepas mengamalkan minuman tersebut.

Perbezaan tersebut adalah pada jarak 3 tahun di mana gambar sebelum adalah ketika anaknya yang bernama Zahara itu pada usia 11 tahun dan selepas iaitu ketika dia berumur 14 tahun.

Ramai netizen di Facebook mengecam tindakannya kerana menggunakan anak atas tujuan ‘marketing’. Selain itu, ada juga yang mengkritik kerana dia seolah-olah memberi gambaran bahawa berkulit gelap itu tidak cantik.

Segelintir turut menegur ‘founder’ ini kerana membiarkan anak yang masih muda umurnya, ‘consume’ produk berkenaan selain risaukan buah pinggang kanak-kanak tersebut.

Bagaimanapun, lain pula reaksi dan respon netizen di aplikasi TikTok di mana rata-ratanya bertanya tentang produk tersebut.

Agak ramai yang menunjukkan minat untuk mendapatkan produk memutihkan kulit itu.

 

 

 

“Naik Bulu Roma!!!”- Beli Beg Arwah ‘Founder’ Kosmetik, Wanita Terkejut Jumpa Buku Jampi

Segala rezeki yang diberi adalah daripada Allah SWT dan mempercayai makhluk lain selain Allah boleh mendatangkan syirik bagi seseorang muslim.

“Naik Bulu Roma!!!”- Beli Beg Arwah ‘Founder’ Kosmetik, Wanita Terkejut Jumpa Buku Jampi

Itulah yang terjadi melalui perkongsian di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai Haslina Hashim, apabila dia terperanjat setelah dia menemukan sebuah buku jampi di dalam beg tangan yang dibelinya oleh seorang pengasas produk kecantikan.

Dikatakan juga buku jampi itu merupakan milik pengasas produk kecantikan yang telah meninggal dunia dan pemilik video TikTok itu menyatakan bahawa dia terjumpa buku itu di dalam beg ‘preloved‘ yang dibelinya.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata warganet mencari identiti pengasas produk kecantikan itu dan ada juga yang meremang bulu roma setelah terbaca jampi tersebut.

 

 

 

‘Alarm’ Kecemasan Berbunyi Masa Layan Cerita Seram, Netizen Kaitkan Kejadian Dengan Unsur Mistik

Baru-baru ini filem seram yang berjudul KKN Di Desa Penari daripada negara jiran Indonesia telah ditayangkan di Malaysia yang dinanti-nantikan oleh peminat filem seram Malaysia.

Oleh itu, ramai yang berebut-rebut untuk menjadi yang terawal menonton filem tersebut untuk merasai pengalaman kisah seram adaptasi daripada kisah benar berkenaan.

Walaupun begitu, satu pengalaman yang tidak menyenangkan telah dikongsi oleh salah seorang penonton filem itu di media sosial TikTok.

Pengguna yang dikenali sebagai @ftn.atrhhh berkongsikan pengalamannya di mana penggera kecemasan tiba-tiba berbunyi dalam panggung wayang ketika sedang ‘syok’ menonton filem tersebut.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu bahawa mantera-mantera yang digunakan di dalam filem itu adalah benar dan ada juga yang meracau semasa filem itu ditayangkan.

Sumber : Redaksi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *