Viral

“Buang duit je!”- Lelaki Bayar Hampir RM7,000 Tukar Imej, Akhirnya….

Tindakan seorang lelaki yang membuat perubahan terhadap penampilannya tidak seindah disangka apabila hasil transformasi dilakukan seolah-olah tidak dapat diterima dalam kalangan netizen.

Seorang pengguna laman Twitter, @QusyairiH memuat naik sedutan video memaparkan lelaki tersebut menggunakan khidmat seorang perunding imej bagi menukar penampilan menjadi lebih segak.

Tempah slot sekarang!

Difahamkan, lelaki yang juga pemilik sebuah chalet itu nekad melakukan transformasi berkenaan setelah berdepan banyak masalah apabila terdapat pengunjung menyangka dia adalah tukang kebun.

Selepas perunding imej mengambil kira dari pelbagai sudut, penampilan lelaki itu diubah dari t-shirt berkolar ke baju kemeja yang dilihat lebih profesional sebagai majikan atau bos.

Bagaimanapun, hasil perubahan imej itu membuatkan segelintir netizen kurang berpuas hati apatah lagi lelaki berkenaan membayar sebanyak RM6,999 untuk sesi transformasi tersebut.

Rata-rata berpendapat bahawa transformasi itu tidak berbaloi dengan jumlah dibayar kerana hasilnya dilihat ‘biasa-biasa’ sahaja sekali gus membandingkan imej terbabit seperti ‘kakitangan kerajaan’.

 

Last-last macam cikgu disiplin

Aku boleh jadikan kau Awal Ashaari la!

Macam pekerja nak buka kaunter?

Buang masa dan duit! Baik ubah sendiri

Macam kena ‘scam’ pula?

Muka menyesal bayar RM7,000?

Hmm apa pendapat korang? Ada yang tak mahu belajar menukar imej dari media sosial sebab lebih yakin kalau mempunyai perunding imej yang mengajar dalam semua aspek! Apapun, sekurang-kurangnya lelaki itu ada usaha untuk kelihatan lebih menarik.

Sumber: Twitter @QusyairiH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *