Uncategorized

“Saya Rasa Lawak..” – Berani Buat Babak P4nas, Pelakon Baharu Siti Hariesa Akui Tak Menyes4l

Pelakon baharu Siti Hariesa akhirnya memberi kenyataan selepas dihimpit kontroversi babak panas bersama aktor popular, Zul Ariffin dalam drama Perempuan Itu.

Menurut laporan BH Online, pelakon berusia 24 tahun itu mengakui akan lebih berhati-hati dan teliti dalam menerima sebarang tawaran berlakon pada masa akan datang.

“Saya tak hilang ke mana-mana. Cuma, saya bercuti selama sebulan selepas selepas penggambaran drama Perempuan Itu.

“Tindakan berdiam diri kerana saya tak mahu mengapi-apikan dan terus sensasi isu ini. Lebih baik saya membisu daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

 

Siti Hariesa berkata, dia menyifatkannya pengalaman tersebut adalah melucukan apatah lagi namanya menjadi perbualan ramai kerana berani menjayakan babak seperti itu.

“Pada mulanya, saya rasa lawak apabila babak ini tular. Kemudiannya, barulah saya sedar beginilah perasaannya apabila diri ditularkan.

“Saya tidaklah menyesal kerana sebagai pelakon, saya kena profesional. Apa yang dilakukan atas tuntutan kerja, bukannya nak berseronok ataupun suka-suka,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon yang bakatnya digilap daripada Drama Festival Kuala Lumpur 2019 itu mencetuskan kecaman ramai apabila didakwa lebih memilih wang ringgit berbanding menjaga maruah diri.

Antara babak ghairah yang dijayakan adalah menyuap ‘whipping cream’ ke mulut Zul selain didukung dari depan oleh aktor berkenaan yang dianggap keterlaluan.

Untuk rekod, Pelakon popular, Zul Ariffin mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video memaparkan beberapa babak panas dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram, hari ini.

Menerusi video terbabit, Zul dilihat melakonkan beberapa babak panas dengan pelakon baru, Siti Hariesa.

Antara yang mencuri perhatian adalah ketika Zul merangkul badan Hariesa dan menggendong wanita itu dari depan.

Tidak hanya itu, terdapat juga babak agak mengghairahkan ketika Hariesa menyuapkan ‘whipped cream’ ke dalam mulut Zul sebelum dia menghabiskannya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan video yang dimuat naik pelakon berusia 35 tahun itu selain tidak kurang juga yang menganggap babak yang dilakonkan agak keterlaluan.

“Makin banyak la kes rogol selepas ini. Dah macam filem lcah”.

“Siapalah yang buat cerita macam ini, tak sesuai dengan kita orang Islam”.

“Cerita Malaysia otak dah karat. Hmmm takut”.

“Nak masuk Ramadan, begini gaya ceritanya”.

Demikian sebahagian komen netizen di Instagram Zul.

Sehingga kini perkongsian Zul sudah mendapat lebih 150,000 tontonan dan 1,600 komen.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Zul bagi mendapatkan komennya tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dijawab dan dibalas.

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.