Uncategorized

“Saya bukan wanita..” – Terpalit video cium, kekasih Syafi Tee mengaku mak nyah?

Sejak beberapa hari lalu, kecoh mengenai rakaman video memaparkan pelakon Syafie Tee didakwa berpelukan dan mencium seorang wanita sehingga tular di aplikasi TikTok.

Terbaru, memetik laporan Cari Forum, seorang pengguna laman Twitter @arifeddy12 mendedahkan bahawa wanita tersebut bukan perempuan tulen sebaliknya adalah seorang transgender.

Menerusi ciapan itu, @arifeddy12 juga berkongsi tangkapan skrin memperlihatkan sebuah akaun Instagram didakwa milik ‘wanita’ berkenaan

Pada ruangan bio akaun tersebut, ‘wanita’ itu secara terang-terangan mengaku dan menyatakan dirinya seorang ‘mak nyah’ selain turut meletakkan bendera ‘pelangi’.

Meninjau ke Instagram ‘wanita’ terbabit, banyak posting foto dan video yang agak mencolok mata dan kurang bersesuaian untuk dilihat oleh netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @apink9161

Walau bagaimanapun sehingga kini, pelakon berusia 29 tahun itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi panas tersebut.

Semalam, bapanya pendakwah dan penceramah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengakui dirinya tidak sempurna dan sudah mendidik anak-anak dengan baik.

 

Malah tambah Ridhuan, dia berterima kasih kepada semua individu yang prihatin selain berharap ujian menimpanya dapat dijadikan pengajaran untuk semua pihak.

Sumber: Cari Forum , Twitter @arifeddy12 , Instagram @apink9161

ARTIKEL SEBELUM ITU,

“Nabi Nuh Pun Tak Mampu Selamatkan Anaknya, Ini Pula Saya” – Ridhuan Tee

SELEPAS lima hari berdiam diri, pendakwah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah akhirnya tampil membuka mulut berhubung kontroversi video cium mulut anaknya iaitu pelakon Syafi Tee.

Ridhuan menganggap apa yang berlaku sebagai satu ujian buat dia dan anaknya yang baharu menceburi industri seni.

Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mahu menyelamatkan anaknya, inikan pula diri saya, hamba Allah yang hina. Tetapi saya sudah melakukan yang terbaik untuk semua enam orang anak saya. Selebihnya saya berserah… saya pasrah.

“Syafi, anak kedua ini lebih meminati bidang seni setelah tamat belajar. Sebagai bapa saya telah menasihatinya tentang dunia seni yang telah saya ceburi semenjak memeluk Islam lebih 30 tahun dahulu. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni artis hiburan.

“Saya tidak melarang, cuma mengingatkan agar pandai membawa diri. Pastikan seni dapat mendidik anak bangsa. Titipan demi titipan. Namun, apakan daya Allah mahu menguji hamba-Nya yang kerdil ini,” jelas beliau.

Jumaat lalu tular satu video seorang lelaki yang didakwa sebagai Syafi bercium dengan kekasihnya hingga menerima kecaman hebat netizen.

Tahun lalu, nama Syafi turut menjadi kontroversi apabila video dia sedang berpelukan dengan seorang wanita menjadi tular.

Sementara itu Ridhuan berkata, kejadian yang berlaku ini tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus menegur mana-mana artis yang melakukan kesalahan.

“Ambil iktibar apa yang berlaku di Indonesia, ada segelintir ulama dan ilmuan berdiam diri, tidak menegur kehidupan artis, akhirnya ramai artis tersasar. Apakah kita mahu itu juga berlaku kepada artis-artis kita?

“Kejadian ini tidak akan menjadikan saya berdiam diri. Sesiapa sahaja yang buat mungkar, akan saya tegur meskipun berada dalam keluarga saya sendiri. Teguran saya tidak hanya kepada artis, tetapi semua orang, tidak kira siapa.

“Kehidupan ini adalah ujian. Jangan kerana ujian ini, menjadikan kita kecewa dan alpa akan tanggungjawab kita sebenarnya” katanya.

Untuk rekod, Ridhuan antara seorang pendakwah yang sering memberi komen terbuka berkaitan dunia hiburan termasuk kontroversi melibatkan video aksi panas pelakon Zul Ariffin dan gambar Yazmin Aziz berpelukan dengan Danial Chuer.

Sumber :Mstar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *