Uncategorized

Influencer akui isu terima duit palsu dari founder produk hanya ‘marketing’

Sejak minggu lalu, tular di media sosial seorang influencer mengamuk apabila diberi duit palsu oleh seorang founder produk.

Momen pergaduhan tersebut dikongsikan influencer itu di akaun TikTok miliknya sehingga mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen.

Kebanyakan mereka menuduh bahawa kejadian tersebut hanya satu strategi pemasaran kerana sudah mengenali kerenah kedua-duanya yang sering membuat konten marketing.

Kes gaduh dapat duit palsu
Walau bagaimanapun, menerusi beberapa posting influencer tersebut di TikTok, dia telah menjelaskan contoh duit palsu yang diterima dan menjawab persoalan netizen mengapa tidak membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum menyerang founder produk berkenaan.
.

Mengaku memang marketing
Namun begitu, tekaan netizen tepat kerana apa yang mereka lakukan sebelum ini memang marketing sahaja selepas satu potongan video ketika influencer itu sedang membuat live di media sosial tular apabila dia mengakui ia sudah dirancang.

Menerusi TikTok @dayahae_, influencer yang menggunakan nama Puteri Sari itu memaklumkan ada masalah lain selepas video mereka mendapat perhatian tempoh hari.

 

Patutnya cuma tiga hari…
Menurutnya, pada awal ‘drama’ mereka semuanya dalam keadaan baik dan mereka juga sepakat hal tersebut akan berlangsung selama tiga hari sahaja memandangkan dia mempunyai banyak lagi kerja yang harus diselesaikan.

 

Namun, pihak founder produk itu dilihat seakan sengaja membiarkan masalah tersebut berlarutan dan menggangu perjalanan kerjanya.

Bangga jadi pencetus fitnah
Walau bagaimanapun, video tersebut hanyalah potongan daripada live yang dibuat dan cerita asal tentang kejadian itu tidak dijelaskan dengan tepat.

Susulan daripada itu, ramai yang mengakui sudah menyedari marketing sampah yang dibuat oleh mereka sedari awal lagi.

 

 

Mana tidaknya, banyak kejanggalan dilihat menerusi video yang dikongsikan di TikTok lebih-lebih lagi momen pergaduhan yang nampak sangat palsu.

 

Dah agak dah sebab tak pergi report polis

Dulu orang takut kena fitnah, sekarang fitnah diri sendiri

Bila akhir zaman fitnah dicipta sendiri

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :OMM
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.